Thursday, May 26, 2011

Tiada Pelangi Sekiranya Tiada Hujan.

Aku harap betullah ungkapan tu.

Aku hanya orang luar yang lagaknya seperti pemerhati.
Pendapat aku mungkin 'bias', pedulilah.

Betul kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Kadang-kadang aku rasa macam 'useless' gila, tak dapat nak buat apa-apa.
Yang hanya mampu aku kata: "Sabar, sabar, sabar..."
Demm...

Sedangkan pasangan yang sudah berkahwin pon ada badainya,
apatah lagi kalian yang hanya tunangan.
Dan apatah lagi aku yang baru nak mengenal cinta. *Cait!*

Kepada kamu,
aku sangat kagum dengan ketabahan kamu.
Berkali-kali dia menipu kamu, berkali-kali juga kamu sabar. *Dah macam lagu Siti Nurhaliza dah*
Belum pernah aku jumpa perempuan yang sekuat kamu.
Apa yang boleh aku katakan, semoga bahagia milik kamu suatu hari nanti kawan.
Aku sentiasa doakan itu untuk kamu.
Penat.
Melihat kamu dalam keadaan macam ini selalu.

Kepada si lelaki,
aku tak menjatuhkan hukum terhadap kau.
Mungkin kau ada alasan kau sendiri kenapa kau berbuat demikian.
Cuma, janganlah memainkan perasaan orang.
Cukup-cukuplah kau menjerut perasaan tunang kau.
Kalau kau betul cintakan dia, perlukan dia.
Tunjukkan lah sebaiknya.
Kalau betul kau lebihkan yang lagi satu, lepaskan lah tunangmu dengan cara elok.

Disini kau cakap sayang, disana kau cakap cinta.
Disini kononnya dia lebih memahami, disana pulak lebih kau perlukan.
Jadi?
Kau nak dua-dua?
Jangan tamak wahai kawan.
Soal hati dan perasaan ni.

Kepada yang lagi satu,
nak kata kau PERAMPAS, bukan hak aku.
Mungkin kau juga tak dapat menahan rasa.
Ya, tepuk sebelah tangan tak berbunyi.
Ada salah di pihak kau, ada salah di pihak dia.
Mungkin...
Bukan hak aku juga untuk jatuhkan hukum.
Tapi, tidakkan kau pernah letakkan tempat kau di tempat dia?
Bagaimana rasanya bila orang bermain cinta dengan bakal suami kita?

Ouh, aku lupa.
Bila masuk bab-bab cinta.
Ada segelintir manusia jadi tamak, pentingkan diri sendiri.
Aku pon tak terkecuali kot.
Cuma kadang-kadang kalau bercinta, bawalah sekali akalmu.
Sampai mana saja kau nak bawa cintamu yang tak pasti tu.
Tepuk dada...





I can't bite my tongue forever
While you try to play it cool
You can hide behind your stories
But don't take me for a fool


[Your Love Is A Lie by Simple Plan]



Setiap hubungan itu pasti akan diuji,
untuk dilihat sama ada pasangan itu mampu atau tidak berusaha untuk kekalkan hubungan itu.
Tapi, kalau setakat menanam tebu di bibir tanpa ada usaha baik tak payah kan.

Mungkin sakitmu sekarang, bahagia di kemudian hari.
Kita tak tahu tu kan?
Allah tidak akan menguji sesuatu yang tidak tertanggung oleh hamba-Nya.

M.D


4 comments:

Mat Sabu said...

Nasib i Bujang trang tang tang

نورا أميلا رسلان said...

She deserves someone much better than him. Allah loves her more than she could ever imagine. Semoga Allah memandangnya dgn penuh kasih n sayang seperti dulu, seperti dulu..:)

Nurul Yaqeen said...

berat mata memandang, berat lg memikul..

terima kaseh kawan!

sayang kamu kuat-ketat! :D

Unknown said...

yup,moga bahagia milik dyer suatu hari nt. Insyaallah :)

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.