Friday, May 20, 2011

cinta laman sosial?

as salam

sekarang 2011, maksudnya sudah hampir 22tahun gua hidup kat muka bumi ini.
sudah 22tahun gua kenal erti pahit manis dalam hidup gua.
setakat ni gua rasa hidup gua simple, tak banyak hal, takde masalah keluarga.
gua sangat-sangat bersyukur di kurniakan keluarga yang macam ini.

bila menjelang tahun 2011,
banyak gila laman-laman sosial yang muncul macam paku pakis. heh!
gua je aktif blogging, facebook-ing, dan twitter-ing.
myspace dengan friendster tak payah cakap lah.
memang gua dah lupa password.
skype, untuk DD gua je.
ym, haram J la nak bukak. memanjang "hang".

dari laman-laman sosial ini jugak la korang kenal ramai orang kan?
takde lah macam katak bawah tempurung.
dapatlah jugak kawan-kawan baru yang ada minat yang sama.
bila dah mula berkawan-kawan ni,
mula lah nak ber"jatuh cinta" pulak.
biasalah, jiwa muda.

gua ada kawan,
rupa paras memang tak menawan.
jujur gua taip di Seliparlour ni.
memang beliau dalam kalangan biasa-biasa.
lelaki memang takkan tertarik la kalau tengok rupa paras je.
lebih kurang spesis gua, cuma gua extra comel berbanding beliau.
bila bukan rupa paras jadi taruhan,
nada suara yang manja dapat jadi point untuk beliau memikat lelaki.
o yeah! sekiranya anda dengar beliau bergayut di telefon pun boleh cair.
tapi itu hanya untuk golongan lelaki seperti AJ.
kalau gua atau MD yang dengar, boleh cair #taiktelinga.
bukan bermaksud gua cemburu dengan ayat-ayat manis beliau.
tapi gua tahu perangai sebenar beliau.
senang cerita, depan warga wanita lain, depan warga lelaki lain.
atau dengan perkataan lain, hipokrit.

beliau sangat meminati berkawan di alam maya.
bukan gua cakap salah, tapi memang gua kurang percaya.
lebih-lebih lagi kalau baru berkawan sehari dua dah nak bercinta.
WHATHECK la kan?
ingat perasaan ni perkara yang boleh di buat main ke?
ingat macam mee segera ke? tuang air panas, tunggu 2minit ready.
ingat hati ni macam air RO (reverse osmosis) ke? letak 20sen dapat 1liter air.
gua adalah manusia yang susah nak bercinta.
walaupun gua dah declare dengan pasangan, cinta tu baru berputik, jadi kena la selalu di belai agar berkembang.

lagi satu perkara yang buat gua kurang percaya cinta laman sosial,
dia tak pernah tengok gua, gua tak pernah tengok dia.
bukan bermaksud gua memilih, tapi gua risau lelaki tu yang memilih.
gua bagi satu contoh yang simple,
sebelum berjumpa, chatting bagai nak gila.
mesej, call sampai ke subuh.
tapi bila dah bersua muka, yang lelaki pandang macam tak ikhlas je.
gua tau la gua tak cantik macam erra fazira.
selepas pertemuan tu, perangai lelaki berubah.
call tak angkat, mesej tak reply.
nampak sangat muka gua takde market.
sebab tu gua lebih suka berkawan, bersua muka dulu. baru la nak bercinta ke nak ape ke.

masalah menyampah gua timbul pada beliau bila beliau sangat beriya-iya bercinta,
tapi tak pernah bersua muka,
gua pelik kenapa beliau tak rasa apa yang gua rasa kalau bercinta di laman sosial ni.
beliau tak rasa di permain-mainkan ke?
bukan gua cemburu lihat beliau bercinta di laman sosial,
tapi gua risau beliau tertipu.
gua tak nak beliau dijadikan mangsa.

tumblr*


tapi apakan daya,
gua hanya kawan yang memberi nasihat.
beliau tak dengar atau buat-buat tak faham lantak beliau la.
asalkan gua dah buat tanggungjawab gua untuk menasihati beliau.
yang lain terserah pada beliau sendiri.
kalau benar pertemuan jodoh beliau di laman sosial, alhamdulillah.
jodoh orang kita tak tau.
jodoh gua dengan DD pun belum tentu.
jodoh AJ dengan cikgu M pun belum tentu.
jodoh MD dengan MR. R pun belum tentu.


bercinta lah sejujurnya dalam hatimu, agak kelak bahagia menanti di sana.

selipar cinta, cik FF.

3 comments:

Ariffin Janal said...

apasal gua plak cair???

SheyPull said...

org kate CINTA tu BUTE..
so boleh la bercinta mcm mn sekali pun...:P




JOM singgah blog saya nak... Thesis sudah siap...hehehe

nureenina said...

air RO~2posen! :)

follow kamoo..from sintokkian's blogger

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.