Thursday, May 5, 2011

Cinta

AJ



Cinta. Sayang. Kasih ?


lu orang tau ape tu cinta? ape tu sayang? ape tu berkasih?


bagi gua, cinta tu tak boleh dibuat macam mainan Lego. yang dibina tak bersungguh lepas tu pejam mata pun boleh robohkan. cinta dan sayang ni benda serius. mainan hati. hati pulak salah satu bahagian penting bagi kita untuk teruskan hidup. lu orang buat main dengan cinta, akibatnya boleh jadi buruk bagi orang yang tak kental.


nanti jadi la siri kedua episod #TerjunKBMall ataupun #minumclorox. mahu macam tu? heh.


bagi gua cinta tu biar macam bunga tahi ayam. biar tak terlalu indah, biar tak terlalu wangi tapi berbaloi sebab tahan lama. bagi gua jugak cinta jangan dianggap macam bunga ros. wangi, cantik tapi jangka hayat pendek. itu semacam buat main. lu orang mahu?


mahukan cinta, lu orang kena berkorban. bagi yang tak faham, diorang anggap cinta perlukan duit semata mata. takde duit tak boleh bercinta. baiii, orang miskin takde hati ke? pengorbanan kat sini membawa maksud korban masa, hati, dan ya mungkin sedikit wang ringgit.


bolehlah jugak lu orang belajar faham orang lain dan kurangkan ego dan pentingkan diri lu orang tu. makin lu orang lama kenal orang yang lu orang suka, lu orang akan makin matang dalam pergaulan. takdelah ikut kepala angin sendiri je kan? nak teruskan macam tu tak bagus jugak untuk lu orang. silap silap takde sape tahan dengan lu orang, tinggallah lu orang sebatang kara. mahu? kesian beb.


bagi gua lagi, berkorban pada orang yang kita sayang dan cinta dengan ikhlas buat orang tu makin dekat pada kita. bukan maksudnya dekat bersentuh badan, tapi dekat di hati. lu orang paham kan? berbaloi pulangannya kalau kita berkorban dengan ikhlas tapi besar kerugiannya kalau kita tak ikhlas.


tapi cinta bukan boleh timbang kilo.


kenapa gua cakap macam tu? katakanlah gadis atau jejaka idaman lu orang tu tak terima lu orang sebab ada orang lain suka dia, lu orang tak boleh banding dan bezakan benda tu. lu orang tahu besar mana cinta orang tu pada idaman lu orang tu? tak tahu kan? lu orang yakin cinta dia tak sebesar cinta lu orang? tak tahu jugak kan?


so, dalam hal ni lu orang perlu give and take. jangan memaksa. ingat! mana tahu dengan cara ni lu orang boleh dapat yang lagi terbaik ataupun pintu hati gadis atau jejaka idaman lu orang tu terbuka untuk lu orang. kan? memaksa takkan memastikan orang yang lu orang suka tu tertarik kat lu orang dan akan ada kesan negatif pada hubungan lu orang.


mana mana orang pun tak suka dipaksa tapi ramai orang lebih suka memaksa. jangan mengharap orang yang kita suka tu untuk terima kita tapi belajar untuk menerima orang yang sayang kita. alryte?


3 comments:

erlina said...

gua cinta tu biar macam bunga tahi ayam. biar tak terlalu indah, biar tak terlalu wangi tapi berbaloi sebab tahan lama. bagi gua jugak cinta jangan dianggap macam bunga ros. wangi, cantik tapi jangka hayat pendek. itu semacam buat main. lu orang mahu?

from cinta si bunga tembam :))

saya sokong ini entri haha :))

Ariffin Janal said...

erlina - hamagaddd kantoi ke? kekeke

ima althafunnisa' said...

love is cinta...he2

cinta ni unik kan..kita ambil masa yang lama untuk membawa seseorang ke dalam dunia kita..

tapi orang tu boleh pergi sekelip mata je...

dan Tuhan boleh padamkan rasa cinta antara pasangan tu bila2 masa yang Dia nak..

moga rasa cinta antara saya dan 'si dia' tak terpadam sampai Syurga..amin..^^

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.