Monday, May 16, 2011

kawal cemburu

as salam

ada orang call pagi-pagi,
ada orang wish selamat pagi,
ada orang tanya "sayang, dah makan?"
ada orang pesan "kerja/belajar baik-baik tau sayang"
ada orang panggil sayang.
ada orang nak dengar kita membebel.
ada orang layan kita bergosip.
ada orang wish selamat malam.

walaupun perkara ni tiap-tiap hari berlaku, tiap-tiap hari text massage yang sama,
gua tak bosan.
tapi gua lebih pelik kalau DD tak buat perkara tersebut.
waktu bercinta memang semuanya indah,
tapi bila ribut taufan menjelma memang dasyat la.
lebih-lebih lagi gua kan?

gua memang mengaku, gua kuat cemburu.
sebelum ni, gua minat sorang lelaki ni.
kitorang takde declare ape-ape pun.
tiba-tiba gua cemburu tak tentu pasal.
betul geng, gua dah kawal sekuat mungkin.
tapi apakan daya, gua tak kuat nak lawan perasaan cemburu gua.
akhirnya, gua menangis sendiri.
sebenarnya gua diperbodohkan oleh kawan-kawan gua dan budak lelaki tu.
gua rasa macam bodoh hanjeng cemburu tak pasal-pasal.
gua memang down gila. frust gila.

bila gua mengenali DD, macam-macam erti hidup gua belajar dari dia.
nasihat dia macam ayah nasihat anak.
dari dia jugak lah gua reti kawal cemburu gua.

sememangnya, gua akui DD memang ramai kawan perempuan.
kadang-kadang gua rasa cemburu buta pulak di siang hari.
memang dah terang lagi jelas mereka berkawan je.
depan-depan gua mereka berbual. tiada ape yang perlu di sangsikan.
kalau ada siapa-siapa mesej, dia akan beritahu gua.
sememangnya, tiada apa yang perlu dirahsiakan antara kami.

tapi entah mengapa hati ini bodoh.
yang tahu hanya cemburu.
sedih tak keruan bila dia berbual dengan perempuan lain.
gua tau gua yang salah. tapi gua sendiri tak boleh kawal perasaan gua.
akal gua kalah dari perasaan cemburu yang meninggi.
gua tuduh dia dengan bermacam-macam alasan.
gua merajuk, mogok dengan pelbagai cara.
mungkin gua sendiri tergugat dengan kehadiran rakan-rakan perempuan dia yang lain.
atau mungkin juga gua masih lagi tak percaya pada perasaan cinta dia terhadap gua.

tapi sesungguhnya gua bersyukur diberi cinta sebegini.
dia sangat sabar melayan kerenah gua.
beri nasihat, memarahi gua.
setiap kali gua buat perangai cemburu mesti dia persoalkan.

"awak tak percaya pada cinta saya ke? awak tahu saya sayang awak sorang je! tapi kenapa awak nak cemburu tak tentu pasal? salah saya ke dyorang nak kawan dengan saya? saya tak pernah pun halang awak nak berkawan dengan sesiapa sahaja. awak panggil kawan awak sayang, saya senyap je, awak cerita bukan-bukan yang saya tak suka dengar kat dyorang saya senyap je. tapi kalau orang berkawan dengan saya, awak buat hal. bukan saya tak beritahu awak pasal dyorang. semua serba serbi saya beritahu awak.
tapi kenapa awak tak percaya perasaan saya lagi? "

ayat yang sama, berulang kali dia katakan pada gua.
akhirnya gua dapat kawal diri masing-masing.
gua tak nak digelar "queen control".
walaupun sebenarnya gua usha-usha jugak lah aktiviti dia.
takkan la tak ambik tahu langsung kan? hihi.

jadi kepada readers SELIPARLOUR yang ada pasangan,
atau yang bakal ada pasangan tak kira straight, gay @ les,
sila kawal perasaan cemburu lu orang k.
jangan nak cemburu buta sangat.
kalau pasangan lu sayang kat lu,
mesti dia tak mencuba yang lain.
lu kena percaya pada hati pasangan lu.
tapi andai kata pasangan lu memang dah takde hati dengan lu,
lu redhai lah.
mungkin ada yang lebih baik @ mungkin dia akan kembali pada lu.

ni nasihat untuk gua jugak sebenarnya,
mana tahu satu hari nanti gua frust ke,
boleh gua baca balik jadi kata-kata semangat.
tapi gua mintak sangat la gua tak frust. =,="

tumblr*

selipar cinta, cik FF.

6 comments:

Anonymous said...

awk cemburu2, takde minx clash ke?

cik FIFFY said...

anon : takde. bukan sesenang itu nak mintak clash. :)

Ariffin Janal said...

cemburu is perbuatan yang mampu menjejaskan hubungan ye

cik FIFFY said...

o yeah, sebab tu gua dah pandai kawal dah skg. kalau tak tak sampai 2 tahun derrr

anumuchan said...

Salam.

Datang visit sini..nice blog :)
Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

Anonymous said...

Nice One ;)

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.