Monday, May 9, 2011

Seribu Penyesalan




Sarah dan Aniq merupakan pasangan kekasih sejak mereka di kolej lagi. Sarah merupakan junior kos Aniq. mereka berkenalan semasa minggu orentasi Sarah dan Aniq merupakan fasi yang menjaga kumpulan Sarah. titik tolak daripada itu, mereka membina hubungan dan semakin mesra serta direstui keluarga mereka.


ramai pelajar mencemburui keakraban mereka namun itu bukanlah bermaksud benci dan dengki malah orang di sekeliling suka melihat kelibat mereka samada di cafe, dewan kuliah, fakulti mahupun di luar. mereka ibarat belangkas, di mana ada Aniq, di situ ada Sarah dan begitu juga sebaliknya.


Aniq menamatkan pengajian setelah Sarah setahun di kolej dan atas berkat doa mereka, Aniq berjaya memegang jawatan di syarikat swasta terkemuka di ibu kota. namun itu tidak menghalang mereka daripada untuk terus bersama dan berjumpa kerana keutuhan kasih dan cinta mereka.


namun, hubungan mana yang terlalu tenang tanpa dilanda badai.


tatkala Sarah sedang membelek belek buku di kedai buku di sebuah kompleks membeli belah, dia ternampak akan kelibat seseorang yang amat dikenalinya. Aniq. dia mengambil keputusan untuk mengekorinya sahaja ekoran perilaku Aniq yang agak tergesa gesa seperti mengejar masa.


langkah Sarah terhenti di hadapan Starbucks apabila kekasih hatinya itu masuk ke premis berkenaan. dan dia terlihat seorang gadis yang sangat dikenalinya dahulu, Zurina. Zurina merupakan sepupu Sarah yang baru pulang dari belajar di luar negara. baru seminggu dan dia sungguh terkilan kerana Zurina berjumpa dengan Aniq dahulu tanpa berjumpa dengan sepupu kesayangannya.


Sarah terus memerhati gelagat mereka yang begitu mesra. Sarah semakin tidak bersabar melihat kerenah mereka sehinggalah Zurina mengeluarkan sesuatu dan menghulurkan pada Aniq. dengan muka merah padam, Sarah memberanikan diri melangkah masuk ke premis berkenaan untuk berjumpa dengan mereka.



"ohhh ini kerja korang selama ni ye? buat hubungan belakang aku? sekarang aku dah nampak dengan mata kepala aku sendiri. kau nak kata ape? takde hubungan?", bentak Sarah seperti dirasuk hantu.

"Sarah, sabar sayang. i boleh jelaskan semua ni. i takde pape dengan Zu ni. i jumpa dia sebab. . .",

PANGGGG!!!



belum sempat Aniq menghabiskan kata katanya, tamparan seorang gadis yang dipanggil kekasih hinggap di pipinya. Sarah terus berlalu dari situ tanpa sepatah kata.


Aniq yang panik cuba untuk mengejar Sarah namun sekelip mata sahaja Sarah hilang ditelan ratusan orang di kompleks membeli belah berkenaan. dia bertambah panik.



* * * * * *



2 hari Sarah tidak menjawab panggilan Aniq mahupun membalas mesejnya. malah jika ada nombor yang tidak dikenali membuat panggilan, dia mengabaikannya dengan alasan nombor berkenaan adalah milik rakan rakan Aniq yang membantu mencari Sarah. tetapi nombor tidak dikenali semakin banyak muncul pada hari kedua. malah tidak ada satu pun nombor daripada Aniq. tapi dia sudah tidak peduli semua itu.


keesokan harinya, nombor yang tidak dikenali berkenaan masih membuat panggilan kepada Sarah. Sarah yang rimas, mengambil keputusan untuk menjawab.



"hah kau nak ape lagi call aku ni? aku dah ucapkan selamat tinggal pun tak cukup ke? ingat aku tertipu la kau call guna phone orang lain? please lah, so typical", bentak Sarah sejurus menerima panggilan berkenaan.

"wey bukanlah, ni aku. Razak. kau apasal tak jawab call? ramai cuba call kau termasuk Aniq tapi kau biarkan je. aku ada benda penting nak bagitahu kau ni", ujar Razak dengan nada yang mencemaskan.

"ape benda yang penting sangat? Aniq nak tinggalkan aku? cakap dengan dia, aku dah tinggalkan dia. dia boleh belah. pergilah kat cousin aku tu, dua dua pun tak boleh harap", Sarah masih berdegil.

"Sarah! dengar ni. memang. memang Aniq dah tinggalkan kau, tapi bukan dia yang nak. dia tinggalkan kau buat selamanya Sarah. dia dah takde. aku harap kau tabah Sarah".



bergenang air mata Sarah ketika itu, Blackberry Bold kepunyaannya jatuh ke lantai seraya itu dia terus melutut dan menangis akibat terkejut dengan berita itu.



* * * * * *



Sarah segera ke rumah keluarga Aniq di Selayang, dia memecut laju keretanya tanpa menghiraukan keadaan trafik dan keselamatannya. sampai sahaja di rumah Aniq, dia diberitahu jenazah Aniq sudahpun dibawa ke tanah perkuburan. die bergegas ke sana.


dia disambut kakak Aniq yang sememangnya rapat dengan Sarah. kakaknya, Aisha, menenangkan Sarah yang berkejar mahu ke tengah kerumunan manusia yang sedang membaca talkin di kubur Aniq.


Sarah hanya mampu memandang dari jauh. sayu. sedih. terkilan. dalam hatinya cinta dan sayang kepada seorang lelaki bernama Aniq masih kuat dan serta merta kemarahannya pada Aniq hilang bersama hilangnya jejaka pertama yang berjaya mencuri hatinya tatkala Sarah begitu polos dalam bercinta.


Aniqlah lelaki yang mengajarnya erti dunia, kehidupan, persahabatan, pergaulan, kejujuran dan segalanya kerana Sarah hanya berumur 19 ketika mengenali Aniq yang ketika itu sudah berumur 23 tahun. Aniqlah yang berjaya membuat Sarah mengurangkan baran, boros dan gopoh. Aniq berjaya membuat Sarah menjadi membuka mata terhadap lelaki yang sebelum ini dianggapnya lelaki itu tiada yang baik.


segalanya sudah tidak bermakna lagi. Sarah hanya mampu melihat kubur Aniq tanpa sempat menatap jenazah Aniq buat kali terakhir. hatinya terkilan. benar benar terkilan.


selepas selesai talkin, jemaah beransur pulang. Sarah dan Aisha masih di situ. tidak mahu berganjak. Razak yang dari tadi memerhatikan mereka berdua cuba mendekati.



"hai Sarah, bila kau sampai? kau sorang saja? house-mate kau tak ikut sekali?".



Sarah hanya diam membatu sambil matanya yang berjuraian dengan air mata masih menatap kubur Aniq.



"ni aku ade something nak bagi kau. aku rasa barang ni kau punye. Aniq pernah bagitau kat aku dia nak bagi kau benda. dan aku yakin benda ni lah yang dia nak bagi".



Sarah meneliti barang berkenaan, dia yakin itu adalah barang yang sepupunya bagi pada Aniq tempoh hari. tapi apa kaitan dia dengan barang itu?



"ahhh ni barang Zurina bagi kat Aniq haritu. aku ingat lagi. kau jangan pandai pandai kata ni barang aku. aku taknak!", Sarah menolak barang berkenaan. hampir terjatuh tapi Razak cekap mengawal keadaan.

"sebenarnya Sarah, barang ni Aniq kirim Zurina beli kat London tempoh hari sebelum Zurina balik Malaysia. Aniq yang survey barang ni, Aniq cari kedai yang jual kat London, bank-in duit pada Zurina. sebab tu Zurina bagi kat Aniq macam yang kau nampak. Aniq dah cerita kat aku semuanya pasal salah faham tu. dia nak buat surprise kat kau".


Sarah terpaku.


"pagi sebelum kejadian, Aniq keluar rumah tergesa gesa lepas dia dapat tahu kau kat rumah member kau. bila dia dapat tahu je, dia terus blah keluar rumah dan tertinggal barang ni kat rumah. padahal dia nak bagi kau masa tu. aku nak ikut tapi tak sempat sebab die terus keluar. aku risaukan keadaan dia. dia tak tidur, tak makan 2 hari sejak kau nampak dia haritu Sarah. 2 hari tahu!".

"dia carik kau sampai ke kampung kau kat Melaka, tanya parents kau. dia contact semua member kau. tanya kakak kau. tanya kakak dia. dia round tempat korang selalu lepak kat taman, pusat rekreasi, sampai ke Air Terjun Batu Hampar kat Perak sana. sorang sorang. dia balik tu pun sebab dia buntu taktau nak carik kat mana. nasib baik member rumah kau tumpang tu bagitau dia. tu yang dia gopoh terus keluar".

"aku yang jumpa dia. eksiden dengan lori kat depan simpang taman perumahan. orang kata kereta dia melayang, hilang kawalan. tak rupa kereta dah. aku harap kau terima benda ni".



maka berjurailah air mata Sarah gugur ke bumi. tangannya menggeletar tatkala membuka bungkusan berkenaan. di dalamnya, terdapat seutas rantai dan sebentuk cincin serta sepucuk surat. surat dari Aniq.



"Sarah,


abang mintak maaf atas kejadian tempoh hari. abang tahu salah abang jumpa Zurina tak bagitau Sarah dulu. berahsia dengan Sarah. tapi percayalah sayang, abang takde niat lain. bukan abang menduakan Sarah, abang jumpa dia sebab nak ambik barang untuk Sarah. abang kirim dari Zurina tak bagitau Sarah sebab abang nak buat surprise kat Sarah. 2 barang dalam bungkusan ni untuk Sarah.

rantai tu sempena perkenalan kita yang hampir 2 tahun sejak hari pertama kita mula berkenalan masa minggu orientasi. Sarah ingat lagi tarikhnya? ya, tarikh tu sepatutnya minggu depan dan abang ingat nak bagi minggu depan tapi sebab semua ni dah terjadi, abang terpaksa bagi awal.

abang harap Sarah maafkan abang. abang tak marah Sarah. Sarah tak salah, abang yang salah. abang menyesal tak bagitau Sarah perkara sebenarnya. abang harap Sarah dapat terima abang balik. abang sayang Sarah sorang! please forgive me sayang.


...Aniq"



Sarah semakin tak terkawal, dia menangis semahunya. sekuat hatinya. dia menggenggam erat surat itu. Aisha yang berada di situ cuba untuk menenangkannya dan memeluk erat Sarah.



"habistu cincin ni pulak? untuk apa? kenapa dia tak bagitau dalam surat ni?", Sarah bertanya separuh menjerit kepada Razak.

"cincin tu. ermmm sebenarnya Sarah, dia nak melamar kau. nak jadikan kau isteri dia. dia bercadang nak kahwin dengan kau. setahun sejak dia mula kerja, dia kumpul duit demi matlamat dia ni. tapi semuanya tinggal matlamat sekarang. aku harap kau dapat terima kenyataan ni Sarah".



seluruh badan Sarah terasa longlai seraya itu dia terus melutut di tepi kubur Aniq sambil memeluk kubur Aniq dan meraung. tahulah dia yang sayang Aniq terhadapnya tak pernah pudar walaupun sedikit. tahulah dia segala pengorbanan Aniq terhadapnya selama ini ikhlas. dia benar benar menyesal akan perbuatannya tempoh hari tanpa mendengar penjelasan Aniq dan Zurina terlebih dahulu. kalau boleh diundurkan masa, dia ingin menebus kesilapan besarnya itu. namun itu hanyalah sia sia.




gua, AJ.


14 comments:

Mimi Dyana said...

gua emo baca cerita2 macam ni. demmm!

Ariffin Janal said...

baru bape minit dah 15 like woih!

aini ibrahim said...

sdey.. T.T

cik FIFFY said...

sudah 23 like? apakah?

Ariffin Janal said...

aini : jgn nanges kat sini

FF : tak berbaloi lg. gua nak lebih!

MiCkeYguRL said...

so tacing..~ eh ade org nm aini ibrahim jugak la..huhu~

Ariffin Janal said...

aini : hahaha mari berkenalan

nurshamimi zainuddin said...

tacink hbs baca cite ni.. T__T

Ariffin Janal said...

shamimi - jgn ngs2, tak macho

Miss FieRa said...

rasa nk tampar sarah tu laju2....tu la, cemburu buta lg..

-mood: emo tahap gaban-

Ariffin Janal said...

xierza : oi oi sabo. cerita je pun.

aini ibrahim said...

ariffin : nangis sorg2 je dlm bilik..hee

mickeygurl : name awk aini ibrahim gak ke?

Miss FieRa said...

tapi kan, aku asa cam penah baca citer ni kt tempat len...errmmmm??????
no komen.ehee~~~~~

Ariffin Janal said...

aini : hahaha kantoi

xierza : taktau la kalau kebetulan sama tapi cerita ni karangan sendiri :)

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.