oh shit! time ni CIK MAYA CULLEN pasang lagu "KASIH IBU -AISYAH-" *sila google@download*
aku ada mama. untuk pengetahuan korang, aku merupakan anak sulung dari 4 beradik.
dah kata pun anak sulung kan? mesti lah masa aku kecik dulu, aku lah paling di sayangi.
ngeng! bangga la beb!
mama dengan aku dah macam adik dengan kakak.
setiap kali mama aku ada sebelah aku je, mesti orang cakap mama aku macam kakak aku.
dulu masa pergi hantar aku sekolah rendah darjah 1, makcik kantin tu cakap "kakak ke tu?"
dulu masa aku pergi interview medsi, ada mak student tu cakap kat mama aku "hantar adik ke kak?".
dulu masa aku pergi main bowling, mama ada kat line sebelah, member aku aku cakap "fie, adik kau ke tu?" *wtfISH?*
tak dinafikan, mama aku memang nampak muda. memang cun. lebih dari aku. *mama, sila jangan baca*.
bila aku kaji selidik balik surat beranak aku, mama aku lahirkan aku pada umur 21tahun.
sekarang aku dah 22tahun. maksud di sebaliknya? *gua dah boleh kahwin rupanya?!*
mama kahwin pada umur 20tahun.
ini bermaksud mama dengan aku jarak umur tidak jauh.
tapi bukan tu sebab mama aku nampak muda dan cun melecun.
heh~
sebenarnya aku sangat bangga ada mama macam mama aku.
sudah lah cantik, pandai jugak lah bergaya.tidak dilupakan juga, pandai bergosip.
masak jangan cakap lah.
apa-apa tentang aku tak perlu aku beritahu, mama dah tahu dulu.
walaupun secara realitinya aku ego nak tunjuk kasih sayang aku kat mama,
tapi aku tahu mama tahu aku sayang mama.
tak pernah aku terfikir akan kehilangan mama,
bila mama sakit, aku tersangat risau.
walaupun aku kat sini, jiwa aku semua kat sana.
kalau boleh, lepas kahwin pun aku nak duduk dengan mama.
tapi awal-awal lagi mama dah pesan,
"jangan sibuk-sibuk duduk dengan mama.
mama nak dating dengan ayah pulak."
ngeh2~
aku selalu terbayang dapat sebuah keluarga kecil aku sendiri macam keluarga kami.
mama dengan ayah yang macam kawan baik.
bergurau setiap hari. kalau romantik macam mengada-ngada pun ada.
hee~
tapi perkara yang paling aku suka bila mama jadi orang tengah.
aku dengan ayah memang tak rapat dari dulu.
entah lah. takde sebab. rasa macam janggal sangat kalau dengan ayah aku.
lebih banyak diam. tapi adik-adik aku tak macam tu pulak.
disebabkan aku memang berat mulut dengan ayah aku,
mama selalu jadi orang tengah kami.
haha!
ok, mama. kakep dah mula final exam.
kadang-kadang tension sangat.
kak ep tahu mama selalu doakan yang terbaik untuk kak ep.
tumblr
semoga mama sentiasa berada di dalam ketenangan dan kegembiraan,
semoga mama panjang umur sampai sempat tengok cicit. hee~
i love you mama.
selipar cinta mama : cik FF
1 comment:
so sweet! luv to read this enty. it reminds me of my ibu.. thanks! :)
Post a Comment