lu orang tau tak apa yang paling penting selain kepercayaan terhadap pasangan dalam bercinta?
BERTOLAK ANSUR.
nampak perkara ini mudah.
tapi sebenarnya agak susah, lebih-lebih lagi yang memang jenis keras kepala.
kalau memang sejak kecil perangai tak pernah berubah,
asyik dia je yang betul,
memang susah lah nak perbetulkan balik tabiat buruk tu kan?
gua ada story,
senang cerita, gua namakan perempuan ni ALIA.
Alia merupakan seorang andartu *anakdaratua*.
Dia seringkali mencuba mencari cintanya,
tetapi setiap kali berkenan di hati, ada saja tidak kena.
suami orang lah, tunang orang lah, pihak lelaki tak terima dia lah dan pelbagai perkara lagi.
Dia juga mencuba dengan cara mencari kenalan di internet.
Akhirnya, setelah 3-5bulan bercinta,
lelaki tersebut iaitu ZAIDI menerimanya sebagai isteri.
Dalam alam perkahwinan, tak semuanya indah.
Macam masakan jugak, kalau semua lauk sama rasa, mesti bosan kan?
jadi kadang-kadang kita perlu tambah sedikit garam, cuka dll untuk mendapat masakan yang lebih sedap.
perkahwinan juga tidak lari dari masalah dan pertelingkahan.
Setakat pergaduhan kecik, hanyalah dugaan dalam perkahwinan.
Setiap pasangan perlu bersabar dan sentiasa ada sifat tolak ansur.
Tetapi berbeza dengan pasangan ALIA & ZAIDI.
Boleh dikatakan setiap hari mereka bergaduh, bermasam muka.
Masing-masing menunjuk ego.
Masing-masing tidak sabar.
Masing-masing ada perkara yang tidak puas hati.
Masing-masing tidak mahu mengalah.
Perkara kecik boleh jadi besar,
sehinggakan mereka tidak malu bergaduh di hadapan bapa mentua sendiri.
Alia sering meninggikan suaranya terhadapa Zaidi,
dan Zaidi jugak tidak pernah mahu mengikut tuntutan Alia, meskipun apa yang dikatakan Alia benar.
Zaidi selalu melakukan kesalahan dan sering dibebel Alia.
Alia juga tidak pernah mencuba alternatif lain untuk memperbaiki keadaan.
yang Alia tahu hanya menuduh dan menengking suaminya.
Sampai sekarang, Alia dan Zaidi tetap begitu.
Entah apa kesudahannya pun gua tak tahu.
Ada jodoh lagi atau tidak, semua terletak di tangan Tuhan.
Nak harapkan gua yang bagi nasihat kat dyorang, gua muda lagi.
Belum mengalami tahap perkahwinan macam dyorang.
Kalau gua nasihat nanti, takut tak boleh terima pulak.
Jadinya, gua membebel je lah dekat Seliparlour ni.
Kadang-kadang gua terfikir,
dyorang ni tak sayang pasangan ke?
gua bagi contoh paling simple la kan,
antara gua dengan DD.
2tahun lebih kitorang bersama, mestilah ada pertelingkahan biasa.
Tapi gua tak pernah bermasam muka lama-lama.
gua tak boleh tak bertegur dengan DD lama-lama.
DD pun macam tu.
Bila bergaduh, DD dengan gua masing-masing tolak ansur.
kalau DD yang tinggi suara, gua senyap.
kalau gua yang tinggi suara *kadang-kadang je gua tinggi suara kat dia. heh!*, DD pulak yang cool down kan gua.
Tapi kenapa dyorang tak boleh macam tu eh?
gua bukannya nya expert macam Dr. Fadzillah Kamsah pasal rumah tangga.
Tapi gua percaya, tolak ansur tu penting bagi sesebuah hubungan walaupun dalam berkawan.
Dalam kes Alia & Zaidi ni,
mereka sudah 2tahun berkahwin dan masih lagi tidak dikurniakan anak.
mungkin mereka belum lagi ada rezeki.
dan ALLAH itu maha mengetahui.
jika mereka berterusan dengan hubungan suami isteri yang sentiasa bermasalah,
dan di kurniakan anak, mungkin anak tersebut tertekan dengan kedua ibu bapanya.
Ya ALLAH, Kau berkatilah kehidupan ku,
Kau kurniakanlah aku suami yang sentiasa sabar dengan kerenahku,
serta Kau kurniakanlah aku kesabaran dalam melayan suamiku kelak.
Amin.
Selipar Cinta, cik FF.
2 comments:
gaduh suami isteri
dengan pasangan bercinta ni lain
masa bercinta senang tolak ansur
tp dah kawen bergantung
tu pasal selalu org bercinta nampak bahagia jer tp kawen jd lain plak
dah boleh jadi doktor cinta nie..
Post a Comment