Thursday, May 5, 2011

Kawan.

Hari tu (gua tak ingat bila), gua keluar dengan seorang member ni untuk berjumpa dengan pensyarah.
Member ni, gua kenalkan sebagai Cik Lia lah.
Bukan nama sebenar.

Dah nak tunggu bas tu punyalah lama kan,
jadi gua dan Cik Lia ni borak-borak lah.

Cik Lia bercerita tentang kisah percintaan nya yang lalu,
dan macam mana percintaan dia tu mempengaruhi hubungan dia dan kawan-kawan dia.
Dan gua pon setia saja tadahkan telinga dengar luahan rasa dia.

Cintanya Cik Lia dulu ni pada pendapat gua mungkin paranoid, takut atau ayat-ayat yang sama waktu dengannya.
Yelah, bagi gua Cik Lia ni cantik.
Mungkin sebab itu, Cintanya tu terlalu mengongkong kehidupan Cik Lia.
Sampaikan, Syah (bukan nama sebenar, cintanya Cik Lia ni lah) tak suka Cik Lia kawan dengan kawan-kawan Cik Lia tu sendiri, walau perempuan sekalipun.
Hingga, kawan-kawan baik Cik Lia semua pulaukan Cik Lia.
Sebab menyampah gila dengan perangai si Syah tu.

Malangnya, jodoh tak panjang kan.
Si Syah dan Cik Lia masing-masing bawa haluan sendiri.
Tambah malang lagi, kawann-kawan Cik Lia semua memang dah menjauhkan diri dari dia.

Cik Lia sangat terkilan dengan sikap kawan-kawan dia.
Yang mana tiada disaat Cik Lia ni perlukan mereka.
Yelah, lu orang kalau putus cinta ke apa ke mesti lu orang cari kawan-kawan baik untuk bercerita kan?
Macam tulah yang Cik Lia rasa.

Sampaikan Cik Lia cakap macam ni,

"Mie, aku tahu yang dulu mungkin pilihan aku salah. 
Aku tahu dulu mungkin sikap si Syah tu mengecewakan diorang.
Tapi, kenapa diorang tinggalkan aku saat aku perlukan diorang?"

Gua diam, gua hanya angguk-angguk, geleng-geleng.
Cik Lia sambung lagi,

"Ibaratkan lah yang jalan aku pilih ni salah. Aku jalan, aku jatuh. Aku jalan, aku jatuh.
Tak boleh ke diorang tunggu aku di hujung jalan yang salah tu, lepas tu pimpin aku balik, beri sokongan dan galakan.
Bukannya gelakkan aku, dan tinggalkan aku terkontang-kanting.
Kita bukan tahu apa yang kita buat dulu betul ke salah kan, at least let me experienced the mistakes so I won't do it again."

"Sebab tu kan Mie, aku sekarang sangat menghargai setiap kawan yang aku ada.
Tapi malangnya, masing-masing suka tikam aku dari belakang."

Apabila Cik Lia cerita macam tu kan.
Bergenang air mata gua Cik Lia bercerita macam tu.
Habis kemachoan gua masa tu.
Demm!

Teringat gua, waktu mula-mula gua nak bercinta dengan pakcik dulu.
Kawan baik gua tak suka pakcik atas sebab-sebab tertentu.
Gua sedih gilavavi masa tu, fikir kenapa kawan baik gua sendiri tak boleh terima pakcik.

Pakcik pon nasib baik jenis yang cool je.
Dia suruh gua bagi masa dulu kat kawan baik gua tu.

Nasib gua baik sikit dari Cik Lia sebab kawan baik gua tak terus tinggalkan gua.
Lepas gua cerita elok-elok.
Terangkan keadaan sebenar, macam jawab soalan shipping 10 markah tu.
Barulah keadaan kembali seperti sedia kala.

Gua memang bersyukur gila-gila apabila tengok pakcik dan kawan baik gua boleh ngam.
Dua-dua memang pentinglah dalam hidup gua.

Sumber:Tumblr

Kepada Cik Lia (kalau dia bacalah) dan mereka yang menghadapi situasi yang sama,
gua hanya mampu berkata, sabar jelah.
Dugaan yang Allah bagi tu sangat sikit, berbanding kasih sayangNya.
Masih ada lagi yang menyayangi kita, kita je yang mungkin buta hati untuk melihatnya.

Dan kepada pasangan bercinta tu,
bercinta, orang lain bercinta juga.
Tapi jangan sampai lupa kawan-kawan.

Peringatan juga untuk diri gua yang sentiasa terlupa ni.

Entri pertama gua untuk Seliparlour ni.
Salam perkenalan dari gua.

Gadis Merah Jambu,
M.D


3 comments:

Anonymous said...

Sobs3

Ariffin Janal said...

tabahkan hati anda Lia

Mat Sabu said...

Lia? woi aq lah hahaha

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.