Monday, May 9, 2011

Nota Cinta Pertama.

as salam

korang pernah rasa CINTA PERTAMA?
pernah tak korang lupa cinta pertama korang?

Azza dan Irfan merupakan sahabat paling rapat di sekolah. Ke mana sahaja ada Irfan, di situ ada Azza.
Mereka sering di katakan sebagai sepasang kekasih. Tapi bagi mereka sendiri, mereka hanya berkawan baik dan mereka selesa berkeadaan begitu.
Mereka baru sahaja di tingkatan dua dan masih lagi tidak memahami apa itu erti cinta. Mereka hanya mengenal erti mengkagumi seseorang @ menyukai personaliti seseorang dan sudah semestinya perasaan tersebut bukan lah cinta.
Kadangkala mereka keliru tentang apa itu cinta dan suka. Bagi mereka ianya sama sahaja. Perasaan keliru tersebut lebih dirasai pada Azza.
Ya, mungkin lumrah wanita lebih suka memikirkan tentang hati dan perasaan walaupun pada ketika itu tidak perlu.

Seperti hari-hari biasa, mereka digosipkan bersama. bukan sekadar rakan-rakan, malah guru-guru turut mengatakannya.
pada mulanya Irfan hanya menganggap perkara tersebut hanya khabar angin dan dia langsung tidak ambil peduli tentangnya.
Tetapi berlainan pula dengan Azza. Benar, pada mulanya Azza tidak melayan segala khabar angin tersebut.
Tetapi apabila terlalu kerap Azza mendengar serta memuji kesesuaian mereka berdua, dia terfikir dan merasakan sesuatu pada hatinya.

        "Azza, aku tengok kau memang sesuai gila lah dengan Irfan. Tengok dari rupa pun aku dah tau. Cikgu Sarah pun selalu tanya aku korang ni pasangan kekasih ke?"
       "Mila, aku kawan je lah dengan Irfan tu. Gila kau! kalau aku jadi girlfriend dia mesti jahanam hubungan kitorang. sikit-sikit nak bergaduh. haha"
     " alaa, gaduh-gaduh manja ok la kan. mesti sweet gila kalau korang berdua bersama tau. Aku doakan lah korang berdua ada jodoh."
     " kau ni dah semakin merepek la Mila. dah lah! Cikgu Zira panggil tadi. ada budak buat kes kat kelas"

Setelah hampir setahun perkenalan mereka, perasaan Azza sukar diketahui. Kadang-kadang dia sangat gembira bila bersama Irfan, dan kadang-kadang dia rindu bila Irfan tiada.
Dia tiada tempat untuk bergurau, tiada tempat untuk bergaduh. Sejak dari itu, Azza mengenal erti rindu.
Perasaan dari kawan telah berubah dan berputik menjadi bunga-bunga cinta. Walaupun ketika itu Azza sendiri tak pasti adakah ini semua cinta.
Malangnya, Azza hanya bertepuk sebelah tangan. Walaupun Irfan seperti memberi petunjuk bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama, tetapi dia tidak pernah menyatakannya.
Azza terpaksa mengalah kerana tiada sebarang keputusan yang diucapkan pada Irfan.


     "Sorry Azza. Aku anggap kau kawan je. Aku tak boleh nak bercinta buat masa sekarang. Aku nak habiskan sekolah aku dulu."


"Aku tunggu kau Irfan" namun begitu, kata-kata tersebut tidak terucap oleh Azza. Tetapi Azza tetap bertekad untuk menanti Irfan.
Setiap kali melihat wajah Irfan, hatinya tidak tenang. Hatinya terluka. Azza membawa diri dan memberi sepucuk surat kepada Irfan.


*********

4 tahun telah berlalu. Irfan masih lagi menghubungi Azza atas dasar KAWAN. Tetapi, Azza masih lagi dengan kekuatan hatinya untuk menunggu Irfan setelah tamat SPM.
Memang benar kata-kata Irfan, dia hanya bersedia untuk bercinta selepas tamat persekolahan.


     "aku ada last paper Biologi esok. tak sabar nak habis. hehe."
     "Azza, aku nak tanya kau sesuatu la."
     "tanya je lah. pasal ape?"
     "Azza, macam mana nak mintak couple dengan perempuan ye?"
     "kau nak couple dengan siapa?" hati Azza sudah tidak keruan.
     "dengan kawan sekolah aku. aku suka dia tapi entah lah. tak terucap bila ada depan dia. kau tolong lah aku."

Azza tidak sanggup lagi meneruskan perbualan. Luluh hati kecilnya mendengar perkara tersebut. Sepanjang hari dia menangis. Meratapi nasib dirinya.
Menunggu seseorang yang tidak sudi. Buang masa. Buang masa setia pada yang tiada hati padanya. Sejak hari itu, hatinya robek. Lukanya dalam.
Sukar untuk memaafkan Irfan. Tidak mungkin dia dapat berhadapan dengan Irfan.

Benar kata orang, jodoh, pertemuan, dan perpisahan semua di tangan tuhan. Setelah 3 tahun, mereka berhubung kembali.
Walaupun pada mulanya Azza tidak mahu, tetapi hatinya berlembut dan dapat menerima Irfan kembali atas dasar kawan semata-mata.
Hari demi hari mereka dapat kembali seperti sedia kala. Perasaan Azza turut dapat di kawal kerana hatinya telah di miliki.
Walaupun begitu, Azza tidak pernah melupakan cinta pertamanya. Suatu hari, Azza bertanya pada Irfan;


     "kau takde awek lagi ke? kenapa?"
     "siapalah nak aku ni Azza. hehe"
     "dulu aku nak kau, kau pulak tak nak. haha!" sungguh tenang sekali perasaan Azza apabila berterus terang.
      "entahlah Azza, tunggulah aku dapat kerja yang bagus dulu, dapat duit, kereta. baru lah boleh tanggung anak dara orang"

Hati Azza memberontak untuk memberitahu bahawa dia muak mendengar alasan tersebut. Walaupun ada benarnya kata-kata Irfan, tetapi Azza tidak mahu tertipu.
Tidak mungkin Azza akan menanti lagi Irfan kerana hatinya telah dimiliki walaupun Irfan lah cinta pertama Azza. Cinta pertama tidak semestinya bersatu. Tetapi yang pasti, cinta pertama menjadi guru kita dalam bercinta. Walaubagaimanapun, jodoh di tangan tuhan. Jika telah ditakdirkan Irfan adalah jodoh Azza, dia menerimanya dengan khabar gembira. Jika tidak sekalipun, mungkin ada yang lebih baik dari Irfan.
Itu prinsip Azza.

tumblr

nota untuk IRFAN :
Irfan, CINTA itu tidak perlu ditunggu atau menunggu pada waktu yang sesuai. Ia datang secara tidak disangka. Datangnya tidak dijemput.
Cinta tidak pernah ada alasan. Bila terbitnya rasa cinta dalam diri, luahkan. Katakan pada kekasih hati kau bahawa dia lah cinta kau.
Kelak kau akan menyesal dengan alasan kau sendiri Irfan.



9 comments:

Ariffin Janal said...

alaaa ending die buat gua tak puas hati!

cik FIFFY said...

apesal pulak?

Ariffin Janal said...

takde ending!

Mimi Dyana said...

Endingnya, Azza ada cinta baru yang namanya Didi. Opps.

Ariffin Janal said...

hahahahaha dan Irfan bersama FF

Mimi Dyana said...

Irfan sekarang solo kalau tak silap aku. hahaha

Ariffin Janal said...

means FF boleh masuk line? ataupun MD masuk line?

Mimi Dyana said...

apa kena mengena dengan gua lak.
gua pemantau je.

cik FIFFY said...

azza bahagia bersama ZZ, tapi irfan masih berhubung dgn azza. woiih. cite ni tade ending sebab belum ending dalam reality. hahaha

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.