Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Gua bukan datang dari keluarga yang sempurna.
Bak kata orang Birmingham, "broken family" gitu.

Ini kerana ayah dan bonda gua telah bertalak kasih pada umur gua 17 tahun.
Mungkin kerana memikirkan masa depan anak-anak mereka rujuk semula.
Dan akhirnya tiada persehafahaman, mereka akhirnya setuju untuk berpisah lagi pada umur gua 18 tahun.

Nak kata tak pernah salahkan sesiapa, itu tipu.
Masa tu, umur gua boleh dikatakan pada peringkat yang kurang matang.
Jiwa remaja pula asyik memberontak.
Mungkin kerana gua anak sulung, jadi sikap memberontak tu kurang kerana gua perlu tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik gua.

Hubungan bonda dan gua memang tak berapa nak rapat.
Sebab kami ada banyak sangat krisis sejak dari gua zaman sekolah lagi.
Jadi apabila perpisahan antara ayah dan bonda terjadi, gua lebih cenderung menyalahkan bonda gua.
Tapi, gua tak pernah menzahirkan tidak puas hati gua secara lisan.
Semuanya hanya nampak pada tindakan gua yang kebudak-budakkan.

Gua kalau bercakap dengan bonda dulu, hanya cakap yang penting je.
Selebihnya angguk-angguk, geleng-geleng.
Sampai bonda cakap mulut gua ni simpan emas.

Kalau bonda hulur duit belanja, gua ambil.
Tapi tak pernah berterima kasih secara ikhlas.

Walaupun ayah asyik cakap, kisah dia dan bonda adalah urusan mereka saja.
Biarpun mereka bercerai, kasih sayang mereka terhadap gua adik-beradik takkan putus.
Ayah juga berkali-kali pesan, bahawa apa yang terjadi antara mereka, mereka akan terus mengasihi kami sampai bila-bila.
Gua masih dengan jiwa remaja gua, yang memberontak dalam diam.
Bukan gua saja, adik-beradik gua pon begitu.
Masing-masing dengan perangai sendiri.

Dan seterusnya, pada tahun 2009 ke 2010 ntah (gua lupa).
Bonda jumpa pengganti ayah.
Memang waktu tu, gua memang tak boleh terima.
Gua dan dua adik gua tak pergi pon majlis nikah tu.
Sampaikan nenek, dan sekalian saudara-mara paksa sekalipon kami nekad tak nak pergi.
Hingga ayah gua (masa tu kerja) terpaksa call dan pujuk kami pergi ke majlis akad tu.

Malam tu, memang gua menangis.
Tak pernah gua menangis macam tu sekali.
Menangis sampai tertidur.
Sebab, gua selalu berdoa dan berharap yang ayah dan bonda gua akan bersatu kembali.
Dan nampaknya harapan tinggal harapan.

Malam yang sama, ayah balik.
Ayah kejutkan aku, ayah cakap.

"Along, apa yang jadi antara ayah dan bonda tu benda yang dah lepas. Apa sekalipun, dia tetap bonda along. Ayah tak pernah ajar anak-anak ayah macam ni."

Gua diam, ayah sambung lagi.

"Ajal, maut, jodoh, pertemuan tu kan kuasa Allah. Dah jodoh kami sampai sini je, apalah daya ayah nak melawan kuasa Allah ni. Andai dia bahagia dengan pilihan baru dia, ayah hanya mampu doakan yang terbaik je.
Lagipon, ayah nak anak-anak ayah kuat. Jangan cepat patah semangat. Lagipon along kan kakak, kalau kakak kuat, adik-adik yang lain pon kuat lah."

Tapi, masa tu.
Cakaplah macamana sekali pon, gua memang boikot tak pergi majlis akad bonda.

Pada peringkat awal, gua memang tak boleh terima langsung bapak tiri gua.
Gua nak pandang muka dia pon tak mahu, kalau boleh.
Nak panggil dia ayah pon, tersekat je rasa kerongkong ni.
Balik cuti pon, memang kalau boleh tu tak mahulah pergi rumah bonda.

Gua tahu, kelakuan gua masa tu memang buat bonda gua sedih.
Saudara-mara semua cuba pujuk gua untuk terima bapak tiri gua, kasihankan bonda.
Bonda pon selalu mesej gua dengan nada-nada yang patah hati dan merajuk.

Ya Allah, betapa besarnya dosa gua buat bonda gua menangis masa tu.
Tapi, hati gua masa tu keras lagi. Memang tak boleh buat apa lah.

Tapi sekarang alhamdulillah.
Setelah gua boleh berfikiran matang dan waras ni.
Gua akhirnya boleh terima semua ni dengan terbuka.

Apabila difikir balik, memang bergunung dosa gua dengan bonda gua.
Memang golongan derhaka betul, asyik buat bonda gua sedih.

Gua bukan tak sayang bonda gua.
Tapi sikap memberontak tu lebih menguasai.
Lagi-lagi bila benda berlaku pada waktu gua masih berfikiran tak matang.

Gua memang tak pandai masak macam anak-anak tiri bonda gua.
Hari Ibu tahun lepas, bonda cakap diorang buat kek untuk bonda.

Gua belajar lagi, tak macam anak-anak tiri bonda gua masing-masing dah kerja.
Dah boleh bagi duit, sebagai tanda kasih sayang mereka.

Jiwa memberontak gua memang kuat, kalau tak suka memang gua tak suka.
Tak macam anak-anak tiri bonda gua yang boleh taat dan bermulut manis.


Sebusuk-busuk gua, gua tak pernah lupa berdoa untuk bonda gua.
Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Semoga dikurniakan rezeki yang berkat.
Semoga dilindungi dari sebarang kecelakaan.

Bagaimana tiada siapa yang boleh mengganti ayah dalam hati gua.
Macam tulah tempat bonda dalam hati gua.
Sampai bila-bila pon tiada yang boleh mengganti.

Gua bukanlah anak yang baik, gua tahu.
Tapi gua berjanji untuk berusaha tidak buat bonda menangis lagi lepas ni.

Hargailah bonda lu orang.
Kalau pon bukan dengan kata-kata, sekurang-kurangnya janganlah susahkan hati dia.

Selamat Hari Ibu.
Untuk ibu-ibu yang hebat diluar sana.

p/s: cinta tu sifatnya universal. kasih sayang antara ibu dan anak juga merupakan rasa cinta yang dikurniakan Allah terhadap hambaNya.

M.D


7 comments:

Mat Sabu said...

Bertalak Kasih mase umur 17 tahun?
Saye Dari 6 tahun ag...Sobs3=.=

Mimi Dyana said...

Hee, ada hikmah semuanya ni. :)

Mat Sabu said...

Sebab 2 skang saye jd mcm broken person..kurang kaseh sayang hahahaha

Mimi Dyana said...

Hee, no comment. :)

yang tersebot said...

gua sebak bace entri ni beb..

Ariffin Janal said...

gua tak macho lagi baca entry lu MD

Mimi Dyana said...

@yang tersebut
hee, gua pon sebak masa menaip tadi.

@Ariffin Janal
hee, awatnya? bukan gua buat wayang hindi. :)

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.