Monday, July 4, 2011

pengorbanan cinta




Pernah tak korang berkorban pada cinta? Bukan berkorban pada pasangan korang berkaitan cinta. Ni korang korbankan cinta korang untuk sesuatu yang lain. Aku ada seorang kawan ni. Dia pernah korbankan cinta dia demi orang yang dia amat sayangi.

Cerita ni tahun lepas. 2010. Dia ngan aku dapat sambung belajar. Aku ke UTeM. Dia ke UTHM. Aku ingat lagi seminggu lepas daftar, dia SMS aku. Dia cakap ada awek cun kat kelas dia. Aku macam biasa la bergurau suruh dia kenalkan ngan aku. Padehal waktu tu aku dah ada awek. Dia cakap sorry, dia nak adjust dulu. Aku pun bagi lah dorongan. Nak tengok kawan-kawan bahagia la katakan.

Lebih kurang 1 bulan ke 2 bulan ntah. Aku tak pasti. Dia ada cerita lagi pasal awek tu kat aku. Nama dia Puteri Farisha. Dengar je nama, aku dah terbayang, mesti cun gila awek ni. Rupanya dia tengah stalk budak ni. Okeh la tu. Ambik langkah. Tapi dia kata, mungkin awek tu dah ada BF. Aku pun tanya la macam mana dia tau orang tu ada BF. Dia cakap kat FB. Orang tu selalu komen 'sayang-sayang'. Aku pun takkan nak kawan aku down. Aku suruh la dia tanya dulu. Mana tau tu BFF je ke. Then, dia setuju.

Seminggu lepas tu, aku balik Shah Alam. Bulan puasa. Aku lepak ngan dia berbuka kat luar. Dia cerita lagi pasal Risha (dah ada nama manja dah). Dia dah approach awek ni. Tapi betul, memang dia dah ada BF. Cuma kat FB diorang tak buat 'in relationship'. Tapi kawan aku ni rilex je. Sebab awek tu okeh. Boleh buat kawan. So, aku kata bagus la. Sekurang-kurangnya takde lah kau bosan sorang-sorang kat Parit Raja (kawasan UTHM) sana. Dia angguk.

Awek ni sumpah terlalu sempoi. Dia layan kawan aku baik gile. Selalu balik sini sekali. Awek ni duduk USJ. Pernah sekali tu, kawan aku ni bawak awek tu jumpa aku. Memang cantik. Tak tipu punya. Waktu tu aku bisik kat telinga kawan aku ni. "BF dia tak kesah ke kau rapat ngan dia?". Terkejut gak la aku dengar kawan aku balas. Dia kata dia dah berkenalan siap dengan BF awek tu. BF awek tu pon sempoi. Dia PERCAYA kat awek dia. Hebat tak?

Sebenarnya, lepas kawan aku ni dapat tau awek tu ada BF, dia dah tak berharap dah kat awek tu untuk jadi GF dia. But then, perasaan cinta tu muncul sedikit demi sedikit. Boleh kata kalau kat Batu Pahat sana, memang diorang berkepit je memanjang. Sampai ada orang ingat diorang ni couple, sebenarnya tak.

Mac 2011, dia call aku. Masa tu aku kat Melaka. Dia cakap dia dah tak sengaja 'fall in love' dengan awek tu. Aku ingatkan dia, yang awek tu dah ada BF. Takkan nak cintakan awek orang. Kang tak pasal-pasal kena pukul kang. Dah la Batu Pahat tu agak jauh. Siapa nak tolong kau kat sana? Lama jugak la bersembang. Dekat 1 jam. Lelaki dengan lelaki. Dah macam GAY dah. At last, aku bagi dia solution.

Aku suruh dia lupakan awek tu. Pergi kat awek tu, mintak maaf. Cakap kat dia, kau tak boleh nak stay macam ni. Mula-mula kawan aku ni macam degil. Dia risau awek tu rasa sakit hati. Tapi aku cakap kat dia. 'kau nak fikir hati dia, hati kau camane? taknak fikir?'. Takkan aku nak tengok kawan aku simpan perasaan tu dalam hati dia je. Nak luahkan dah tentu tak boleh. Awek orang kan. Kang kalau awek tu gaduh ngan BF dia kang, tak pasal-pasal lagi dia benci kau. Betul tak?
Than, masa cuti separuh sem, dia balik dengan awek tu. Turun kat Shah Alam. Dia cakap kat awek tu. Dia tak sanggup nak teruskan hubungan macam tu. Memang dalam hati dia, dah tertanam nama Puteri Farisha. Cinta pertama dia dan cinta yang teramat bermakna bagi dia. Walaupun hanya pada sebelah pihak, aku rasa memang cinta yang hadir tu teramat ikhlas dari dia. Dia sanggup berkorban demi kebahagiaan awek tu. Dia cakap :

"biarlah aku takda cinta sekarang, tapi sekurang-kurangnya aku pernah rasa cinta dan aku hargai dia seumur hidup aku"

sharing is caring,
Taufiq Ahmad


5 comments:

Mimi Dyana 沙美美 said...

nice story bro. :)
mungkin suatu hari nanti ada cinta yg lebih indah buat dia.

taufiq ahmad said...

betul!

Mimi Dyana 沙美美 said...

Kenapa kau punya lagi banyak LIKE nih? =-="

taufiq ahmad said...

entah. sebab aku lelaki kot. haha

Mimi Dyana 沙美美 said...

perasan. =,="

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.