Monday, July 25, 2011

Long Distance Relationship


topik ni menjadi kebiasaan bagi setiap orang bercinta. banyak persoalan akan timbul dan bersarang dalam diri kalau terpaksa menghadapi situasi macam ni.


"boleh ke aku setia?"


"boleh ke aku percaya dia?"


"nanti aku rindu gila kat dia! taknak jauh jauh, tak sanggup!"


dan lain lain...


tapi korang percaya tak long distance relationship atau dalam malay adalah perhubungan jarak jauh boleh membuktikan kesetiaan korang? nak tau korang ade potensi carik lain, nak uji kesetiaan pasangan korang, korang perlu cuba untuk bercinta jarah jauh. korang tau lah seronok ataupun tak seronok bercinta jarak jauh.


bagi gua, kunci utama hubungan macam ni adalah setia, jujur dan percaya. 3 benda ni jadi kawan dalam diri gua sejak gua terpaksa berjauhan dengan Cikgu Nurul sejak lepas matrik tahun 2008. sejak dari tu, gua tercampak ke Kedah, Cikgu Nurul tercampak ke Kelantan. walaupun dalam peta nampak dekat, tapi jauh bhaiii. 6 jam pergi Kelantan dari Kedah, suku hari gua dalam bas je.


sejak gua terpaksa jauh, gua belajar cara jujur dan percaya. jujur kat diri sendiri dengan diri dia penting. kau tipu dia maknanya kau tipu diri kau sendiri, complete set kan. then kau kena belajar percayakan dia. kalau madah nak cemburu buta, tuduh melulu, kekang pergerakan die nak pergi sana sini, tak macam die lagi nak carik orang lain plak kan? ye memang potensi die untuk di'usha' orang lain tu ade. tapi rileks, kau jangan ingat die yang gatal melayan. taknak awek tak kena kacau, jangan carik yang lawa brader. simple. jangan nak hangin baran kau je boleh kasi tunjuk.


dan yang paling penting, korang setialah kat pasangan korang. kalau korang setia, pasangan korang pun akan buat yang sama.


lagipun tak semestinya hubungan jarak dekat tu menjamin kesejahteraan hubungan korang. dekat dekat pun boleh gaduh. dekat dekat pun boleh main kayu tiga. lagipun kalau dekat, tak wujud istilah rindu dalam kamus hidup korang. betul tak? kalau berbelas jam sehari tu korang jumpe tapi still rindu, aku taktau la nak cakap ape. ikat jelah kaki korang biar tak berjauhan. senang. tapi ingat, takde rindu, hubungan korang tak power sebab satu istilah penting dalam perhubungan tak wujud dalam kamus hidup korang.


gua dengan Cikgu Nurul jenis tak suka berbalas mesej, meleret leret dari awal pagi sampai lewat malam. kitorang jenis suke call. haaa kan surprise tu. anytime boleh masuk call. kalau kantoi tengah date dengan pompuan, mampuslah gua. so untuk elak kantoi, gua tak keluar dengan pompuan kecuali bagitau Cikgu Nurul awal awal.


akhir kata dari gua, kemanisan hubungan korang adalah dari perkataan rindu.


gua, AJ.

10 comments:

Amna.Qadeeja said...

gua tabik pada mereka yg leh bertahan ngan long distance relationship nih.

bg gua rindu yg jauh itu sgt sakit. *lap air mata T__T

Mimi Dyana 沙美美 said...

yang sakit tu yang indah. kekeke...

nur aynie said...

pergh...power la bile retis bermadah..i like this entry...=)

Kapten Atok said...

bagus

little ain said...

apesal AJ sangat suweet? hehe :D

Ariffin Janal said...

amna : haha belajar cara rindu yg jauh.

Ariffin Janal said...

MDS : yup! yg sakit itu adalah penawar pada masa akan datang.

aynie : thanks

ain : i suweet? wow!

taufiq ahmad said...

nice! anyway, long distance, aku dah fail. haha

Mimi Dyana 沙美美 said...

@taufiq ahmad
- tak salah kalau cuba lagi.

♥ Cahaya Pelangie ♥ said...

dem! its true. haha

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.