Monday, July 4, 2011

Jarak.


Percintaan Jarak Jauh (PJJ) adalah satu situasi dimana korang bercinta dengan jarak jauh. OK, definisi ini memang macam haram. Sila gelak. Tapi kalau setakat seorang kat DPP Petronas, dan seorang lagi kat DPP Sime Darby, bukan PJJ namanya tu. Dalam konsep uni aku. Eh?!

Untuk tulisan kali ini, bukan kerana aku mahu berkongsi tips macam mana hendak bercinta dalam keadaan PJJ. Ini semua korang boleh tanya pakar seperti @efyna dan @ariffinjanal. Sebab kalau bab-bab bagi tips dalam sesuatu hubungan, I'm totally a LOSER. =,=" Aku mengaku tu.

Aku hanya nak berkongsi pengalaman aku yang sebesar hama mengenai PJJ ni. Kalau rasa ada input, pakailah. Kalau rasa macam sampah je entri ni, buang lah. Tapi kalau nak kongsi pengalaman kau, kotak komen ada di bawah. Sharing is caring yaw!

Daripada boyfriend yang pertama sehinggalah yang terbaru ni, semuanya PJJ. 
Ex-BF #1= Kami couple waktu form 5. Then lepas SPM aku sambung matrik di Melaka, dan dia masih di Klang.
Ex-BF #2= Kenal since form 1, tapi berpacaran masa aku sem 1 ke 2 ntah *hehe, lupa* di uni. Aku di Kedah, dia di UPM Serawak.
Ex-BF #3= Abang angkat kepada kawan aku, senior di uni tapi masa couple dia dah kerja di KL, aku di Kedah. Masa ni sem 3 kalau tak silap. Ex aku paling ****** sekali.
Pakcik,cinta-yang-aku-harap-akan-jadi-ayah-kepada-anak-anakku. *muntah!*= Kenal kat Kolam Air Panas Ulu Legong, DPP sebelah-sebelah dan sekarang ni aku di KL dia di Nilai, nanti naik sekolah dia kat Kedah pulak. HUH!

See, kesian tak aku? Apa kau ingat nak bercinta tu nak hadap muka si dia hari-hari? Bertuah lah. 

Pakcik pon ada cakap, sayang kekasih tinggal-tinggalkan. Bahagian yang paling manis sekali apabila kau berjumpa kembali *datelah!* si dia yang sudah lama tak ketemu. Aww, hilang rindu dendam I tau nyah! Euww, euww...

Tapi, sebelum manisnya pasti ada yang kelatnya kan? So how do you cope with Long-distance Relationship? Apabila jauh, mesti ada bermacam-macam perasaan dan fikiran yang cuba mengganggu kita kan? Kan? Come on lah, tak baik tipu tau.


Yeah! Tepat sekali. Bukan jarak yang merosakkan hubungan korang. Sifat ragu-ragu dan langsung tiada kepercayaan terhadap pasangan yang merosakkan sesuatu hubungan tu. Hell yeah, kata-kata dari seorang LOSER. HAHA!

Pakcik selalu pesan kat aku supaya jangan nakal-nakal sangat apabila berjauhan ni. Eh, tak boleh lah gitu sebab nature aku memang dah nakal. Cuma menggatal tu je tak. HAHA! Ok, semua ini bullshit. 

Aku takde tips yang berfaedah mengenai PJJ ni, tapi apa yang aku nak tegaskan disini sikap saling mempercayai itu sangat penting dalam konsep PJJ ni. Come onlah, kau nak ragu-ragu, dia pulang tuduh-menuduh. Serius, tak kemana lah beb. 

Jenis aku pulak, aku tak kisah dia nak keluar dengan sesiapa pon asalkan dia tahu batas kawan. Macam tu jugak aku. Aku takkan buat perkara yang aku taknak dia buat terhadap aku.

HAHA! Faham ke tak korang ni? Blur-blur je hah aku rasa?! 


Apa ada hal dengan jarak? Bercinta guna hati, tak kisahlah andai seorang di utara, seorang lagi di selatan. Erm, tapi dugaan kuat juga tu. Pandai-pandailah korang nak hidupkan percintaan korang. 

Akhir kata dari aku, 


well, bukan aku yang kata lah. HAHA! Mamat negro ni yang cakap.

Sekian, ini hanya pandangan aku. Korang?

M.D


8 comments:

Anonymous said...

Dime Darby? ekeke typo oi

Mimi Dyana 沙美美 said...

HAHAHA! My bad. thank you.

Amna.Qadeeja said...

aku suke betei entri nih hihi ;D

taufiq ahmad said...

its all about TRUST.

cik cengeng said...

kalau nak orang setia dgn kita, kita kena setia dulu dgn orang kan? karma :)

Ariffin Janal said...

gua jugak kena? nak gua up entry ke?

Anonymous said...

up jela btw cikit cik mD pnye ex ekekeke

Mimi Dyana 沙美美 said...

@Amna.Qadeeja
- Sebab ada kena mengena dengan anda juga kan?

@taufiq ahmad
- indeed. TRUST that's matter.

@cik cengeng
- saya tak percaya karma, saya percaya akan ketetapan Allah. :)

@Ariffin Janal
- uplah, kata 3 tahun dah PJJ. kekeke... kira pro lah ni...

@Anonymous
- sikit jelah, aku bukan HOT pon. HAHAHA!

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.