Tuesday, July 19, 2011

Bella

Nuraina Nabila. lebih mesra dengan panggilan Bella. seorang pelajar tingkatan 5 dengan perwatakan yang simple dan mudah difahami. sesuai dengan umurnya, tiada solekan berat tercalit pada wajahnya cukup sekadar bedak nipis bagi menaikkan seri pada wajahnya. pemakaiannya juga tidak terlalu ekstrim, cukup sekadar jeans dan tshirt tersarung pada tubuhnya.


keramahannya menutup segala duka yang bersarang di hatinya. keramahaannya juga tidak menampakkan kesusahan yang dihadapi malah perangai kebudak-budakannya lebih menguasai dirinya. ya, dirinya masih seperti remaja di awal umur yang tidak serius dan kuat menyakat. mungkin kerana faktor umurku yang lebih tua darinya menampakkan perangai kebudakan padanya.


lumrah remaja, cinta monyet. setiap orang pasti akan melalui ini. walaupun suka-suka, walaupun main-main, walaupun syok sendiri. begitu juga Bella. cinta monyetnya menjadikan dia mencari sesuatu untuk berhibur dan melupakan kedukaannya. menurutnya, dia dan Ejat sudah lama tidak berhubung. entahkan hidup entahkan tidak. Ejat membawa diri ke Negeri Sembilan untuk bekerja bersama abang angkat Bella. pada awal pemergian Ejat, Bella bagaikan hilang arah. menangis hampir tiap hari, dan cuba mencederakan dirinya sendiri dengan mengelar pergelangan tangannya.


walaupun sudah lama, tapi perlakuannya itu mendorong aku untuk memarahinya kerana kebodohannya itu boleh meragut nyawanya sendiri. bagi menutup kesedihan dan melupakan Ejat, dia mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan hidupnya dengan bekerja sementara. dia tidak seperti waktu remaja aku yang hanya duduk di rumah pada waktu malam. aku sangat suka akan ketabahan dan semangat yang ditunjukkan. waktu bekerja, walaupun main-main tapi keseriusan melakukan tugas diberi menampakkan kematangan dirinya.


namun kelemahan terbesarnya adalah malas belajar dan kuat ponteng sekolah. walaupun baru kenal, tanpa segan aku memarahi dan nasihatkan dia supaya pergi sekolah. berbakul nasihat aku bagi galakkan dia pergi sekolah. bukan apa, pada aku walaupun dia taknak sambung belajar lepas sekolah, sekurang-kurangnya dia ada SPM yang kuat untuk memohon kerja dan memudahkan dapat gaji lebih tinggi. walaupun pada masa akan datang, SPM tidak dipandang oleh kebanyakan majikan namun dengan ilmu itulah yang akan dia gunakan untuk melalui hidup.


aku bagi nasihat bukan sebab aku suka atau sayang dia tapi aku sayangkan masa depannya. aku taknak dia susah sama macam family dia. yelah, kalau senang mana mungkin dia bekerja lepas waktu persekolahan bukan? aku menganggap dia seperti adik aku sendiri yang perlukan bantuan menemui jalan sebenar dalam hidup.


dan daripada dialah aku mengenal erti ketabahan dan kekuatan dengan lebih mendalam. ketabahan boleh menjadi pelbagai definisi dalam satu perkataan yang sama.




gua, AJ.
by SeliparLOUR. Powered by Blogger.