Tuesday, August 2, 2011

jumpa semula




harini nak cerita sikit kisah berpisah, jumpa semula. orang biasa dengar jejak kasih, tapi tu hal kekeluargaan je. ni hal bercinta. berbeza. pernah tak korang menyukai sesiapa tapi hubungan tak terjadi? maybe sebab tak terjadi tu banyak. mungkin sebab dah berpunya, mungkin sebab si dia tak bersedia lagi nak bercinta atau mungkin apa sahaja sebab. dan apabila ditakdirkan, suatu masa korang bertemu balik dengan orang yang korang sukai tu. dan waktu tu, masing-masing dah bersedia dan tiada lagi sebab untuk tidak bersama.

aku ada cerita, tentang diri aku.

story begin ketika aku belajar kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. dahulunyu terletak di Batang Berjuntai. tapi sekarang Bestari Jaya. sekolah tu tak berpindah, tapi nama tempat tu je berubah. back to the story. waktu mula-mula masuk, macam biasalah Orientasi. benda paling aku tak suka dalam hidup aku. tapi terpaksa lalui jugak. semua pelajar baru dibahagi ikut kumpulan kecil. campur la laki pompuan. kelas lain-lain. then ada seorang perempuan ni kumpulan dengan aku. 1st time tengok, crush! dia jadi salah satu sebab aku bersemangat nak pergi orientasi masa tu.

seminggu orientasi, tapi sekali pun aku tak tegur dia. sebab aku ni jadi AMAT pemalu kalau berdepan dengan orang yang aku suka. kelemahan aku. tapi aku think positive. kalau tak tegur or kenal-kenal sekarang pun takpe lah, 2 tahun kat sini. mesti boleh tegur lagi. so, seminggu tu aku sia-siakan sahaja.

habis orientasi, semua masuk kelas masing-masing. aku carik balik dia. aku jumpa, dia budak awam. kelas atas kelas aku. nampak macam dekat, tapi jauh. dengan bertambah pemalu nak naik atas sana. jadi usaha berkenalan ditangguh lagi. tiba-tiba satu hari aku dapat tau dia ni dah jadi adik angkat senior. dan senior tu senior yang paling aku benci. ditambah pulak ada seorang budak kelas aku ni amat berkenan dengan dia tu. memang nak dibandingkan aku ngan budak kelas aku tu, aku ni ape la sangat. kacak pun tidak. membuatkan aku berputus asa dan melupakannya selagi mampu.

so, sejak habis SPM tahun 2006, takde sekali pun aku nampak dia ni. lost contact. macam dah lupa pun ada. then aku pun sebok bercinta lepas tu. dia aku taktau la apa yang dia buat. kata pun lost contact. tak pernah terdetak sedetik pun aku nak fikir pasal dia. dengan hal cinta aku yang tak kesampaian semua. kewangan bagai. belajar. rasa serabut je palotak kalau asek nak fikir pasal orang. tiba-tiba satu hari tu, aku terfikir nak try approach dia. but how? 1st, social network. place where everyone get around. sebab aku dulu rasanya pernah jumpa dia kat Facebook. tapi carik punya carik, tak jumpa.

FYI, tujuan aku nak carik bukan sebab aku desperate ke hape. cuma nak berkawan. bayangkan lah dulu dah suka, tapi berkawan pun tidak. so, kalau dapat berkawan pun dah okeh. sebab aku ni pemalu, memang susah la pompuan nak lekat ngan aku. haha. anyway, baru-baru ni aku mula berjinak dengan Twitter. Timeline, retweet dan berbagai lagi istilah baru yang kena belajar. berbeza dengan wall, like dan haramjadah pada Facebook.

macam tak percaya, aku jumpa dia kat Twitter. terkedu. remind me of past. tapi, masih malu macam dulu. harap dapat berkawan satu hari nanti. dan berharap kali ni peluang takkan aku sia-siakan. semua sebab sifat malu yang tak kena tempat ni. haih~

penapeluru

6 comments:

little ain said...

dah ade twitter yawwww

serang!

taufiq ahmad said...

pergi laaa

Mimi Dyana said...

nak tgk lah sapa. HAHAHA!
go asbeq go!

taufiq ahmad said...

kau lak eksaited ea?

Mimi Dyana said...

aah, aku suka betul bab2 jejak kasih ni. boleh touching ouhh!

kaizen said...

stylelah bro!!! teruskn usaha anda...

*kalau jodoh x ke mana ok??

latest entry ST : Nisbah Lelaki-Perempuan & Urban : Camera Paling CANGGIH

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.