Tuesday, August 2, 2011

Putus Sambung

Assalamualaikum w.b.t dan selamat berpuasa kawan-kawan.
Syukur, kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhan kali ni.
Dah alang-alang berpuasa tu, kurang-kurangkan lah aktiviti yang yang boleh mengurangkan pahala puasa tu ye.
Jangan nanti, dapat sekadar lapar dan dahaga je. :)

Amboi, kemain baik lagi mukadimah aku ye. Bukanlah untuk korang je, semua tu pon peringatan untuk diri aku yang mudah lupa ni.

Baru-baru ni kecoh dengan gosip orang putus tunang. Putus tunang ni biasalah, adat hidup di dunia ni. Tapi memandangkan yang putus tunang ni orang yang terkenal, maka hebohlah semua orang. Kat blog-blog pon diulang cerita yang sama. Copy-paste pula tu, cubalah buat ayat sendiri hah.

Eh, tak boleh juga. Nanti buat ayat sendiri dikatakan memanipulasi fakta pulak. -.-"

Macam-macam... (--,)

Lelaki dikatakan tak suka menghebohkan kisah percintaan mereka. Itu aku tak tahulah kebenarannya macam mana, sebab aku tengok ramai juga blogger-blogger lelaki yang suka menempelkan cerita cinta euww-euww diorang untuk tatapan umum. Perempuan pula kononnya lebih cenderung bercerita kisah cinta diorang, ini aku tak nafikanlah sebab memang banyak blog yang stok cerita pasal dia dan pasangan dia. Kalau tak keluar dating, tak terupdatelah blog tu.

Fine, blog masing-masing kan...

Dan kalau hubungan tu tak menjadi dan berakhir dengan cara tak sepatutnya, macam mana?

Orang luar lah paling best, sebab tengok drama free. Kau caci maki dia di pelbagai laman sosial, dia pula balas balik. Daripada pasangan yang dulu pernah berkasih sayang, sekarang umpama musuh yang langsung tak boleh bertemu. Pula tu, nanti ada je suara-suara asing, batu-batu api yang galak menambahkan minyak ke atas kemarahan kita. Daripada mungkin ada peluang untuk berbaik, terus menjadi seteru sepajang hayat.

Takde perasaan malu ke?

Sebab itulah, Allah pon ada berfirman (maafkan & betulkan kalau aku salah):

"Boleh jadi yang kamu suka itu mendatangkan keburukan untuk kamu, dan boleh jadi juga yang kamu benci itu ada baiknya untuk kamu."

Lebih kurang macam tu lah ayatnya...

Sebab itulah didalam setiap perbuatan kita, kita digalakkan untuk bersederhana. Jangan melebih-lebih.

Kisah kau bercinta kalau nak tayang kat orang pon setakat biasa-biasa sudahlah. Kalau tak bernikah lagi, nak berpegang-pegang tu lantak korang lah, masing-masing dah besar kan? (Jangan kata aku yang ajar, aku lepuk kang. Nak buat dosa, tanggung sendiri) Tapi tak perlu lah tayang-menayang kat laman sosial.

Seorang kawan pernah tanya kat aku,

"Kenapa yang selalu gaduh dengan kita adalah yang paling rapat dengan kita? Contoh macam kawan baik, pakwe makwe, adik-beradik?"

Lepas dia tanya aku, dia pulak yang jawab balik,

"Sebab, orang yang paling rapat dengan kitalah yang paling jelas sekali dengan keburukkan dan kelemahan kita."

Maksudnya? Pandai-pandailah korang fikir sendiri.

Apa sebenarnya yang korang rasa apabila kekasih yang dulunya korang rasa "dunia ini aku yang punya", tetapi sekarang menjadi "muka kau pon aku langsung tak ingin nak tengok!"?

Jadi, bercintalah seadanya. Kalau ada jodoh, syukur alhamdulillah. Andai tiada jodoh, tak dapat jadi kawan balik pon sekurang-kurangnya janganlah caci-maki dia. Perbuatan kau tu umpama meludah ke langit, jatuh kena muka kau balik.

Akhir kata dari aku,

"Don't regret something/someone that once made you smile."

p/s: aku nak cari penulis baru. sesiapa berminat?

xoxo,
M.D


8 comments:

taufiq ahmad said...

curik idea gue!

Mimi Dyana said...

mana ada curi! tipu! kalau dialog tu ye lah. HAHAHA!

taufiq ahmad said...

apasal link blog kau dah takde kat"pemakai selipar" atas tu?

Unknown said...

nak ! nak ! haha ;D

Mimi Dyana said...

@taufiq ahmad
-saja. low profile gitu... hahaha!

@Amna.Qedeeja
-sila hantar resume untuk dipertimbangkan, serius ni.

little ain said...

nice one!

kesian. sebab bukan main lagi kan. she had the best day of her life on the engagement day, but apparently it didnt ended the way it's supposed to be.

may God be with thee.

Mimi Dyana said...

@little ain
- thank you. betul tu, semoga baik-baik saja sudahnya.

Anonymous said...

lelaki kalau nak citer kisah cinta... dia suka past punya. perempuan suka present n future.

masalah dia. present n future selalu lelaki malas mau citer

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.