Thursday, August 25, 2011

Penyakit Hati: Cemburu

Photobucket
Harapnya K.A tak marah aku print screen status dia.

"Mi, aku ada cemburu dengan seorang perempuan ni. Dia rapat dengan BF aku. Dah lah cantik, pandai masak pulak tu. Aku cemburu sangat, perempuan tu macam sempurna sangat."

Rasa cemburu itu pada aku perkara biasa dalam setiap hubungan, bukan saja bercinta, malah dalam keluarga dan kawan-kawan pon cemburu itu tetap ada. Tapi, biarlah kali aku menulis dalam skop orang-orang bercinta.

Kalau ikutkan diri aku, memang aku sendiri kuat cemburu. Itu aku tak menafikan. Cuma aku kurang nak menzahirkan cemburu tu. Selalunya kalau aku tak suka akan sesuatu perkara, aku diam. Oh ye, kadang-kadang je terlepas ke Twitter. Hik, hik...

Jadi aku tak tahu cara yang paling berkesan dan efektif untuk mengawal rasa cemburu. Cara yang aku selalu buat, belum tentu kawan aku tu boleh pakai juga. Kan? Setiap orang itu perasaannya berbeza-beza. Lagipon, apa yang dia alami, belum tentu kita boleh rasa seperti mana dia. Kan?

Jadi, aku tanya secara umum kat Twitter.

Photobucket


Dan ini adalah respon kawan-kawan aku yang lain.

Photobucket
Baca dari bawah. :)


Betul, aku tak tahu apa yang kau rasa. Dan aku sendiri tidak boleh bantu kau. Hanya diri kau saja boleh tolong diri sendiri.

Pesan aku, jangan rendah diri sangat. Kau ada kelebihan kau sendiri (walaupun aku tak tahu apa kelebihan kau sebab aku bukan kenal kau sangat pon kan?), just be proud of yourself, bebeh. #FeelingLondon


Photobucket

Jangan terlalu letak harapan pada manusia ni, sebab manusia selalu mengecewakan dan dikecewakan. Kata pon manusia, mana ada yang sempurna. Ye tak?

Kalau ada jodoh, kau kat Birmingham dia kat Delhi sekalipon mesti berjumpa juga.

Kalau takde jodoh, usaha macam mana sekalipon memang tak bersatu juga. Belajar lah untuk melepaskan. Ya, memang sakit. Tapi lagi sakit kalau kau sendiri tak bahagia dengan dia.

Berzikirlah banyak-banyak untuk hilangkan gundah-gulana tu. La Tahzan.

Pesanan dibawakan oleh, Ustazah Pilihan (lah sangat)
The Marbeles Me. XD

Eh, aku gurau je, bukan Ustazah Pilihan lah.
Doktor Cinta Pelesu, baru betul.
HAHAHA!


7 comments:

cik hanum said...

bahaya penyakit cemburu. tapi kalau tak cemburu baik bercinta dengan dinding. mcm tak berperasaan/bernapsu aje. har har har!

little ain said...

woahhhhhh Alhamdulillah! hahaha

ARC™ said...

aku dan awek aku berbincang utk best solution lepastu kitorg deal camne

bukan susah pun. terus terang je

Jejentik said...

cemburu ada limit, kalau lebih dari limit, itu bukan cemburu tapi perasaan syak wasangka aka tidak mempercayai pasangan masing-masing...

el-janna said...

bahaya bahaay~~

d_LA said...

betul..cemburu ni penyakit hati tp tgk jugak cemburu yg mcm mane kan..kalo smpai cemburu smpai main fitnah2 bahaya tu..pepun, mmg kene bersabar ngan org yg kuat cemburu ni

Yong Sofea said...

bila rasa cemburu, geram sangat hati. tapi bila tahu zikir itu ubatnya, okay lepas ni nak amalkan lah! :)

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.