okeh! tajuk harini bahasa omputih. siapa tak faham maksud dia, pergi google translate sana. malas aku nak cerita intro panjang-panjang untuk korang. sebab kalau korang baca cerita yang aku nak cerita ni nanti, korang secara automatik akan faham maksud tajuk tu.
dalam relationship, macam biasalah, banyak cabaran nak kena lalui. bukan setakat berselisih faham je. bermacam-macam lagi. bagi aku, tempoh yang paling memenatkan dalam satu hubungan tu ialah waktu mula-mula nak bercinta. serius! waktu ni sebenarnya yang paling susah. nak belajar macam-macam. memenatkan. ni la sebabnya aku tak cari pengganti. sebab malas nak lalui semua intro-intro ni, whole over again.
okeh. dalam permulaan tu, sepatutnya mestilah ada subjek nya. yang lelaki, subjeknya perempuan lah. yang perempuan pulak, subjeknya tentulah lelaki. kalau ada yang songsang tengah baca ni, boleh-boleh la ringankan tangan untuk tekan button pangkah kat atas belah kanan sana. sebab kat sini takde cerita untuk golongan macam korang. sini untuk orang yang lurus. bukan lurus bendul. maksud aku, straight!
bila dah ada subjek, kena ada move. takkan nak duduk saja. ingat subjek nak turun dari langit? dah tentu kena ada usaha. bila usaha tu, biasalah kena belajar pasal subjek kau. latar belakang dia. dia suka apa. tak suka apa. soal siasat habis semua. dah habis tu, kena ingat pulak. kang lupa kang, kecik hati. aduh! tu la yang penat. lagi penat dari kalau masa bergaduh. sebab aku ni penyabar. kalau gaduh-gaduh pun, senang settle sebab aku mengalah. haha!
dalam soal siasat ni dah tentu la macam-macam soalan keluar. dalam banyak-banyak soalan pulak, ada satu soalan yang aku tak suka tanya kat orang dan aku tak suka orang tanya kat aku. soalan tu ialah:
"kenapa awak/you/kau suka saya/i/aku?"
kalau ada orang tanya macam ni kat aku, aku tak segan silu cakap aku tatau jawapan dia. sebab aku memang taktau jawapan dia. perasaan tu tetibe je datang. lidah aku just sampaikan je. yang lain, semua hati aku punya kerja. kalau kau kata kau suka sorang perempuan ni sebab dia cantik, then kalau dah tak cantik, macamana? tanak suka dah? tak adil la kan kalau macam tu.
aku nak cerita banyak pun sebenarnya tak guna jugak. sebab entry pasal ni dah pernah ada kat Seliparlour ni lama dulu. cuma entry dulu takda explanation dia bagi perkataan je. untuk orang yang pandai-pandai paham la, kalau yang bangang tu tak paham. jadi, kita kena lah terangkan ye tak? entry tu diupdate oleh M.D, seorang minah typo yang mengaku dirinya doktor cinta pelesu.
okeh lah. asek-asek update seliparlour, muka aku. haha! dah orang lain bizi, aku conquer la. okeh lah. ni last entry untuk seliparlour sebelum raya. jumpa lagi lepas raya nanti.
3 comments:
nyah die cakap uu minah typo! hahaha jahat gila.
dah redha dah aii nyah. -.-"
hahahahaha
Post a Comment