Thursday, August 25, 2011

Penyakit Hati: Cemburu

Photobucket
Harapnya K.A tak marah aku print screen status dia.

"Mi, aku ada cemburu dengan seorang perempuan ni. Dia rapat dengan BF aku. Dah lah cantik, pandai masak pulak tu. Aku cemburu sangat, perempuan tu macam sempurna sangat."

Rasa cemburu itu pada aku perkara biasa dalam setiap hubungan, bukan saja bercinta, malah dalam keluarga dan kawan-kawan pon cemburu itu tetap ada. Tapi, biarlah kali aku menulis dalam skop orang-orang bercinta.

Kalau ikutkan diri aku, memang aku sendiri kuat cemburu. Itu aku tak menafikan. Cuma aku kurang nak menzahirkan cemburu tu. Selalunya kalau aku tak suka akan sesuatu perkara, aku diam. Oh ye, kadang-kadang je terlepas ke Twitter. Hik, hik...

Jadi aku tak tahu cara yang paling berkesan dan efektif untuk mengawal rasa cemburu. Cara yang aku selalu buat, belum tentu kawan aku tu boleh pakai juga. Kan? Setiap orang itu perasaannya berbeza-beza. Lagipon, apa yang dia alami, belum tentu kita boleh rasa seperti mana dia. Kan?

Jadi, aku tanya secara umum kat Twitter.

Photobucket


Dan ini adalah respon kawan-kawan aku yang lain.

Photobucket
Baca dari bawah. :)


Betul, aku tak tahu apa yang kau rasa. Dan aku sendiri tidak boleh bantu kau. Hanya diri kau saja boleh tolong diri sendiri.

Pesan aku, jangan rendah diri sangat. Kau ada kelebihan kau sendiri (walaupun aku tak tahu apa kelebihan kau sebab aku bukan kenal kau sangat pon kan?), just be proud of yourself, bebeh. #FeelingLondon


Photobucket

Jangan terlalu letak harapan pada manusia ni, sebab manusia selalu mengecewakan dan dikecewakan. Kata pon manusia, mana ada yang sempurna. Ye tak?

Kalau ada jodoh, kau kat Birmingham dia kat Delhi sekalipon mesti berjumpa juga.

Kalau takde jodoh, usaha macam mana sekalipon memang tak bersatu juga. Belajar lah untuk melepaskan. Ya, memang sakit. Tapi lagi sakit kalau kau sendiri tak bahagia dengan dia.

Berzikirlah banyak-banyak untuk hilangkan gundah-gulana tu. La Tahzan.

Pesanan dibawakan oleh, Ustazah Pilihan (lah sangat)
The Marbeles Me. XD

Eh, aku gurau je, bukan Ustazah Pilihan lah.
Doktor Cinta Pelesu, baru betul.
HAHAHA!


Wednesday, August 24, 2011

reason





okeh! tajuk harini bahasa omputih. siapa tak faham maksud dia, pergi google translate sana. malas aku nak cerita intro panjang-panjang untuk korang. sebab kalau korang baca cerita yang aku nak cerita ni nanti, korang secara automatik akan faham maksud tajuk tu.

dalam relationship, macam biasalah, banyak cabaran nak kena lalui. bukan setakat berselisih faham je. bermacam-macam lagi. bagi aku, tempoh yang paling memenatkan dalam satu hubungan tu ialah waktu mula-mula nak bercinta. serius! waktu ni sebenarnya yang paling susah. nak belajar macam-macam. memenatkan. ni la sebabnya aku tak cari pengganti. sebab malas nak lalui semua intro-intro ni, whole over again.

okeh. dalam permulaan tu, sepatutnya mestilah ada subjek nya. yang lelaki, subjeknya perempuan lah. yang perempuan pulak, subjeknya tentulah lelaki. kalau ada yang songsang tengah baca ni, boleh-boleh la ringankan tangan untuk tekan button pangkah kat atas belah kanan sana. sebab kat sini takde cerita untuk golongan macam korang. sini untuk orang yang lurus. bukan lurus bendul. maksud aku, straight!

bila dah ada subjek, kena ada move. takkan nak duduk saja. ingat subjek nak turun dari langit? dah tentu kena ada usaha. bila usaha tu, biasalah kena belajar pasal subjek kau. latar belakang dia. dia suka apa. tak suka apa. soal siasat habis semua. dah habis tu, kena ingat pulak. kang lupa kang, kecik hati. aduh! tu la yang penat. lagi penat dari kalau masa bergaduh. sebab aku ni penyabar. kalau gaduh-gaduh pun, senang settle sebab aku mengalah. haha!

dalam soal siasat ni dah tentu la macam-macam soalan keluar. dalam banyak-banyak soalan pulak, ada satu soalan yang aku tak suka tanya kat orang dan aku tak suka orang tanya kat aku. soalan tu ialah:

"kenapa awak/you/kau suka saya/i/aku?"

kalau ada orang tanya macam ni kat aku, aku tak segan silu cakap aku tatau jawapan dia. sebab aku memang taktau jawapan dia. perasaan tu tetibe je datang. lidah aku just sampaikan je. yang lain, semua hati aku punya kerja. kalau kau kata kau suka sorang perempuan ni sebab dia cantik, then kalau dah tak cantik, macamana? tanak suka dah? tak adil la kan kalau macam tu. 

aku nak cerita banyak pun sebenarnya tak guna jugak. sebab entry pasal ni dah pernah ada kat Seliparlour ni lama dulu. cuma entry dulu takda explanation dia bagi perkataan je. untuk orang yang pandai-pandai paham la, kalau yang bangang tu tak paham. jadi, kita kena lah terangkan ye tak? entry tu diupdate oleh M.D, seorang minah typo yang mengaku dirinya doktor cinta pelesu. 


okeh lah. asek-asek update seliparlour, muka aku. haha! dah orang lain bizi, aku conquer la. okeh lah. ni last entry untuk seliparlour sebelum raya. jumpa lagi lepas raya nanti. 










Friday, August 19, 2011

pendek






harini rasa macam nak buat entry pendek. sebab kecenderungan remaja sekarang ni yang selalu sangat menyalahkan satu sama lain bila berlaku perpisahan. tak habis-habis tuding jari. kesudahan, masalah tak selesai. silap-silap jadi lebih teruk. tanak merujuk pada mana-mana individu, cukup lah biar akal yang Tuhan berikan untuk korang berfikir sejenak.


percaya tak kalau aku cakap sebenarnya apa-apa masalah dalam hubungan sebenarnya adalah salah kedua-dua pihak. bukan nak backup laki, bukan nak backup perempuan. in case of relationship, we are equal. kadang-kadang penat baca status FB dan Twitter. masing-masing merungut pasal opposite gender. kemon! lelaki melengkapkan perempuan dan perempuan melengkapkan lelaki. simple fact yang semua orang kena terima. takpayah nak tunjuk kau anti-jantina selain kau kecuali kalau kau ni gay atau lesbian. selagi kau ada nafsu kat opposite gender, kau jangan nak anti-anti pulak.

dah-dah, tanak cakap banyak-banyak. mata dah ngantuk. pukul 3 pagi da. just remember:


"two wrong don't make a right"

but

"two Wrights do make an Aeroplane"

=)



Wednesday, August 17, 2011

bebelan cinta

as salam



lu orang pernah terfikir tak dapat seorang putera impian,
membawa kuda putih ditepi pantai,
memandang terus ke mata lu,
lu pun terjatuh cinta dengan putera tu.
dan akhirnya masing-masing bahagia ke jinjang pelamin.

alaah.
itu semua dongengan semata-mata.
bak kata DD gua,
"realiti tu memang sakit diterima".
ye, memang tepat.
kadang-kadang, gua sendiri pun tak nak menghadap realiti yang bakal gua lalui.
kadang-kadang, gua nak biarkan diri aku di selimuti semua angan-angan yang indah.
kadang-kadang, gua berharap biarkan lah mimpi-mimpi indah jadi kenyataan.
malangnya, hidup kita ini tak sentiasa indah.
macam-macam dugaan yang kita perlu lalui.

lu orang yang sedang bercinta ni,
tahu ke pengakhiran cerita cinta lu orang?
lu orang tahu ke sempat untuk lu orang bahagia dengan yang tersayang atau tak?

cinta ini bukanlah untuk kebahagiaan pada akhirnya semata-mata,
mungkin kita perlu lepaskan orang yang kita sayang untuk lihat dia lebih bahagia.
mungkin kita tak dapat bersama di dunia, tetapi hati tetap berpaut teguh ke akhirat sana.
mungkin kita mempunyai dunia yang berbeza dan tidak mungkin akan bersama.

tapi gua nak lu orang percaya,
walau apa pun akhirnya lu orang dengan pasangan,
terima dia seadanya.
hargailah orang yang mencintai lu orang.
jagalah dia sebaik mungkin,
kelak nanti lu tak akan rasa menyesal jika lu orang tinggalkan dia.



sekadar nasihat dari gua, cik FF.

*baru nak up entri. sorry seliparlour crews. gua busy. =.="*

Saturday, August 13, 2011

#AlasanBreakUp #1




Saya nak break dengan awak sebab biskut awak rasa kertas pasir.
Maaf.

Sunday, August 7, 2011

controlled or controlling?

Assalamualaikum dan selamat pagi.
wahhh semangat arini tak tido lepas Suboh sebab nak conteng sana sini walhal semalam tido cuma dua jam. 
serious tak tipu, dua jam je =___= *sape suruh tak tido pastu sebok nak cakap kat sini.

orait, arini punya entry meh sini nak warning awal awal, mungkin akan menjadi sedikit panjang lahh sebab al kisahnya pon tak reti aku nak pendekkan macamane. but nevermind, i'll try my best to make it simple yet precise. another thing to remind you, entry arini adalah berdasarkan apa yang aku baca lah dan bukan semata mata dari pendapat aku sebab kalo nak cite dari aku punya experience, memang mintak maaflah, takde. hahaha. and actually idea untuk nak tulis entry ni adalah disebabkan kerana ada seorang hamba Allah ini telah putus cinta di bulan Ramadhan yang mulia ini. aku tompang simpati. dan aku berharap semoga kau tabah menghadapi dugaan ini T.T *aku pulak yang tacing lebih.

okay, enough with the introduction. 

dalam sesuatu perhubungan ni, bagi aku (bagi aku lah) yang paling penting ialah percaya, saling hormat menghormati, tak pentingkan diri sendiri, sayang dan cinta serta beberapa perkara lagilah. haaa meh sini aku nak tegaskan bahawa sayang dan cinta haruslah datang secara pakej. mengapakah? sebabnya, sayang itu maksud dia definite. i mean, kita tau yang perasaan sayang tu akan kekal dalam diri kita, which means we care about that person regardless whom, why and many other reasons lah. you don't need a reason to love someone, do you? 

"There comes a point when you just love someone. Not because they’re good, or bad, or anything really. You just love them. It doesn’t mean you’ll be together forever. It doesn’t mean you won’t hurt each other. It just mean you love them. Sometimes in spite of who they are, and sometimes because of who they are. And you know that they love you, sometimes because of who you are, and sometimes in spite of it."

- Laurell K. Hamilton (Incubus Dreams) 

tapi cinta ni, dia subjektif sikit. cinta kerana apa? cinta pada apa? which means, love can somehow fades away. tak caye? okay, meh sini aku bagi contoh. 

kalo budak-budak zaman sekarang yang baru nak up tu *muahaha* bercinta kann. masa bercinta bukan main la kann i lebiu u leb me. tapi, once dah putus, hamboiii nyah, bukan main pung pang pung pang kau kutuk dia. kutuk kat mana? kat facebook la derr. baru kelas orang tengok. hahahahaktuiiihhh. okay okay, itu aku gurau je lahh, tapi mende tu betol kann? haaa seee. so korang dah boleh nampaklah bezanya kalo kau just cinta orang tu, kau cinta kejap je, pastu mengata kemain lagi, atau kau sayang dia, tak nak cakap burok burok pasal dia because he/she used to be the one that you once wanted to spend you whole life with, atau kedua-duanya sekali. *wahhh dah jadi macam akta mail lambung dah ni ;p

so selepas aku membebel dah almost separuh page, moh le kita berbalek kepada tajuk asal, control or controlling?. =.="

dalam sesuatu perhubungan ni, tak kiralah antara suami isteri atau pon pasangan yang bercinta, mesti akan ada sebelah pihak yang mendominasi perhubungan tersebut. itu kalo nak ada kelass sikit nak guna jargon dokter kita cakap dominant lah kann. dan lagi sebelah pihak tu ialah resesif. agak agak kau orang la kann, mana satu yang lagi baik sebenarnya, dominant ke resesif? herm herm. 

The one who cares the least in a relationship, controls the relationship.

okay ini quote dari Tony Parsons dari novel beliau, Man and Boy. he's one of my favorite writers.

tapi sejauh mana kebenarannya? haa itu yang kita nak tau tu. so, i've done some last minute studying related to the subject that we are discussing about here. and kau orang boleh refer kat sini [klik] dan jugak sini [klik]. haaa kau orang baca lah sampai abis, then kau orang boleh nilai sendiri lah nanti.

tapi kann, bagi aku lahh, this thing depends on how we position ourselves into the relationship itself. maksudnya, kalo kau orang rasa kau orang sume selesa dengan keadaan menjadi dominant, you like to give orders, bossing your partner around, make decisions every single time, do the calls, then, mungkin kau orang akan rasa yeahh, i'm the boss baby! on the other hand, kalo kau orang lebih selesa apabila di'control' oleh pasangan, contohnya apa baju nak kena pakai arini, dengan laki sapa kau keluar, makan apa arini yadda yadda yadda all those boring stuffs, then that's it. nampak macam sangat tak independent, bukan? HAHA. taklahh, aku gurau je. itu tak bermaksud kau orang ni sangat manja-mengada-ngada-nak-mamp** semua benda pon nak kena tanya ke. haha. itu bermaksud kau orang sangat mengambil kira dan menghargai pandangan boyfriend kau orang. HAHAHAHAHAHAHA. *oh people if u know what i mean ;p

atau pon, vice versa lah. dimana, kalo kau orang rasa dengan cara untuk tak call, endah tak endah je, buat dek, buat muka macam mintak kasut atau sebab kau tau kau chantique atau hemsem, then kau rasa kau the big boss here, then it's up to you jugaklahh. macam yang aku cakap tadi, bergantung kepada cara berfikir masing masing and the way you define the word itself.

haaaa panjang lebar dah aku rasa entry kali ni. agaklah lebih kepada mengarut daripada pengisian yang boleh diguna pakai oleh warga seliparlour sekalian. hahaha. memang layak dipanggil dokter love pelesu. lagi pelesu dari mimi dyana, kan? kan? kannn?! errr ape ape je lahh >_____<

so okay then, till we meet again people.
have a great weekend.
happy fasting too :)

LOL,
little ain~

Tuesday, August 2, 2011

jumpa semula




harini nak cerita sikit kisah berpisah, jumpa semula. orang biasa dengar jejak kasih, tapi tu hal kekeluargaan je. ni hal bercinta. berbeza. pernah tak korang menyukai sesiapa tapi hubungan tak terjadi? maybe sebab tak terjadi tu banyak. mungkin sebab dah berpunya, mungkin sebab si dia tak bersedia lagi nak bercinta atau mungkin apa sahaja sebab. dan apabila ditakdirkan, suatu masa korang bertemu balik dengan orang yang korang sukai tu. dan waktu tu, masing-masing dah bersedia dan tiada lagi sebab untuk tidak bersama.

aku ada cerita, tentang diri aku.

story begin ketika aku belajar kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. dahulunyu terletak di Batang Berjuntai. tapi sekarang Bestari Jaya. sekolah tu tak berpindah, tapi nama tempat tu je berubah. back to the story. waktu mula-mula masuk, macam biasalah Orientasi. benda paling aku tak suka dalam hidup aku. tapi terpaksa lalui jugak. semua pelajar baru dibahagi ikut kumpulan kecil. campur la laki pompuan. kelas lain-lain. then ada seorang perempuan ni kumpulan dengan aku. 1st time tengok, crush! dia jadi salah satu sebab aku bersemangat nak pergi orientasi masa tu.

seminggu orientasi, tapi sekali pun aku tak tegur dia. sebab aku ni jadi AMAT pemalu kalau berdepan dengan orang yang aku suka. kelemahan aku. tapi aku think positive. kalau tak tegur or kenal-kenal sekarang pun takpe lah, 2 tahun kat sini. mesti boleh tegur lagi. so, seminggu tu aku sia-siakan sahaja.

habis orientasi, semua masuk kelas masing-masing. aku carik balik dia. aku jumpa, dia budak awam. kelas atas kelas aku. nampak macam dekat, tapi jauh. dengan bertambah pemalu nak naik atas sana. jadi usaha berkenalan ditangguh lagi. tiba-tiba satu hari aku dapat tau dia ni dah jadi adik angkat senior. dan senior tu senior yang paling aku benci. ditambah pulak ada seorang budak kelas aku ni amat berkenan dengan dia tu. memang nak dibandingkan aku ngan budak kelas aku tu, aku ni ape la sangat. kacak pun tidak. membuatkan aku berputus asa dan melupakannya selagi mampu.

so, sejak habis SPM tahun 2006, takde sekali pun aku nampak dia ni. lost contact. macam dah lupa pun ada. then aku pun sebok bercinta lepas tu. dia aku taktau la apa yang dia buat. kata pun lost contact. tak pernah terdetak sedetik pun aku nak fikir pasal dia. dengan hal cinta aku yang tak kesampaian semua. kewangan bagai. belajar. rasa serabut je palotak kalau asek nak fikir pasal orang. tiba-tiba satu hari tu, aku terfikir nak try approach dia. but how? 1st, social network. place where everyone get around. sebab aku dulu rasanya pernah jumpa dia kat Facebook. tapi carik punya carik, tak jumpa.

FYI, tujuan aku nak carik bukan sebab aku desperate ke hape. cuma nak berkawan. bayangkan lah dulu dah suka, tapi berkawan pun tidak. so, kalau dapat berkawan pun dah okeh. sebab aku ni pemalu, memang susah la pompuan nak lekat ngan aku. haha. anyway, baru-baru ni aku mula berjinak dengan Twitter. Timeline, retweet dan berbagai lagi istilah baru yang kena belajar. berbeza dengan wall, like dan haramjadah pada Facebook.

macam tak percaya, aku jumpa dia kat Twitter. terkedu. remind me of past. tapi, masih malu macam dulu. harap dapat berkawan satu hari nanti. dan berharap kali ni peluang takkan aku sia-siakan. semua sebab sifat malu yang tak kena tempat ni. haih~

penapeluru

Putus Sambung

Assalamualaikum w.b.t dan selamat berpuasa kawan-kawan.
Syukur, kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan ramadhan kali ni.
Dah alang-alang berpuasa tu, kurang-kurangkan lah aktiviti yang yang boleh mengurangkan pahala puasa tu ye.
Jangan nanti, dapat sekadar lapar dan dahaga je. :)

Amboi, kemain baik lagi mukadimah aku ye. Bukanlah untuk korang je, semua tu pon peringatan untuk diri aku yang mudah lupa ni.

Baru-baru ni kecoh dengan gosip orang putus tunang. Putus tunang ni biasalah, adat hidup di dunia ni. Tapi memandangkan yang putus tunang ni orang yang terkenal, maka hebohlah semua orang. Kat blog-blog pon diulang cerita yang sama. Copy-paste pula tu, cubalah buat ayat sendiri hah.

Eh, tak boleh juga. Nanti buat ayat sendiri dikatakan memanipulasi fakta pulak. -.-"

Macam-macam... (--,)

Lelaki dikatakan tak suka menghebohkan kisah percintaan mereka. Itu aku tak tahulah kebenarannya macam mana, sebab aku tengok ramai juga blogger-blogger lelaki yang suka menempelkan cerita cinta euww-euww diorang untuk tatapan umum. Perempuan pula kononnya lebih cenderung bercerita kisah cinta diorang, ini aku tak nafikanlah sebab memang banyak blog yang stok cerita pasal dia dan pasangan dia. Kalau tak keluar dating, tak terupdatelah blog tu.

Fine, blog masing-masing kan...

Dan kalau hubungan tu tak menjadi dan berakhir dengan cara tak sepatutnya, macam mana?

Orang luar lah paling best, sebab tengok drama free. Kau caci maki dia di pelbagai laman sosial, dia pula balas balik. Daripada pasangan yang dulu pernah berkasih sayang, sekarang umpama musuh yang langsung tak boleh bertemu. Pula tu, nanti ada je suara-suara asing, batu-batu api yang galak menambahkan minyak ke atas kemarahan kita. Daripada mungkin ada peluang untuk berbaik, terus menjadi seteru sepajang hayat.

Takde perasaan malu ke?

Sebab itulah, Allah pon ada berfirman (maafkan & betulkan kalau aku salah):

"Boleh jadi yang kamu suka itu mendatangkan keburukan untuk kamu, dan boleh jadi juga yang kamu benci itu ada baiknya untuk kamu."

Lebih kurang macam tu lah ayatnya...

Sebab itulah didalam setiap perbuatan kita, kita digalakkan untuk bersederhana. Jangan melebih-lebih.

Kisah kau bercinta kalau nak tayang kat orang pon setakat biasa-biasa sudahlah. Kalau tak bernikah lagi, nak berpegang-pegang tu lantak korang lah, masing-masing dah besar kan? (Jangan kata aku yang ajar, aku lepuk kang. Nak buat dosa, tanggung sendiri) Tapi tak perlu lah tayang-menayang kat laman sosial.

Seorang kawan pernah tanya kat aku,

"Kenapa yang selalu gaduh dengan kita adalah yang paling rapat dengan kita? Contoh macam kawan baik, pakwe makwe, adik-beradik?"

Lepas dia tanya aku, dia pulak yang jawab balik,

"Sebab, orang yang paling rapat dengan kitalah yang paling jelas sekali dengan keburukkan dan kelemahan kita."

Maksudnya? Pandai-pandailah korang fikir sendiri.

Apa sebenarnya yang korang rasa apabila kekasih yang dulunya korang rasa "dunia ini aku yang punya", tetapi sekarang menjadi "muka kau pon aku langsung tak ingin nak tengok!"?

Jadi, bercintalah seadanya. Kalau ada jodoh, syukur alhamdulillah. Andai tiada jodoh, tak dapat jadi kawan balik pon sekurang-kurangnya janganlah caci-maki dia. Perbuatan kau tu umpama meludah ke langit, jatuh kena muka kau balik.

Akhir kata dari aku,

"Don't regret something/someone that once made you smile."

p/s: aku nak cari penulis baru. sesiapa berminat?

xoxo,
M.D


by SeliparLOUR. Powered by Blogger.