Monday, July 16, 2012

Bukan Sepantas Kilat.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi..!
izinkan aku meroyan disini.

pernah korang rasa cinta pandang pertama?
pernah korang rasa baru seminggu kenal dah jatuh cinta?
PERNAH?

aku TAK PERNAH. aku belum pernah rasa perasaan macam tu.
atau lebih tepat lagi aku tak percaya perkara macam tu.

amende yang aku tak percaya sangat cinta pandang pertama ni?

bagi aku, once kau tengok sekali muke dia lepas tu hati kau dup dap dup dap,
tu tak beerti cinta lagi hoi. tu baru nak kerush2 (baca:crush) je.
normal lah tu kalau kite senang tengok someone kan.
kadang-kadang sebab dia hensem/cantik.
tapi SUKA tak bermaksud CINTA ye dakk?
ke korang rasa Suka tu Cinta gak?
kalau korang rasa Suka = Cinta, korang belum cukup matang untuk bercinta.
*berani nye statement gua!*

bagi korang yang memule tengok jejaka/gadis pertama kali terus hati tak keruan,
terus mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.
dan tak lupe juge asek terbayang muka jejaka/gadis tersebut,
korang perlu selidik bebetul perasaan korang.
cuba korang biar je perasaan tu seminggu dua.
kalau nak advance sikit, jadikan jejaka/gadis tadi kawan korang.
jangan terus kau cakap "Saya nak tumpang duduk kat hati awak boleh?"
tu terlebih advance pulak.

bagi masa sikit kat hati korang tu.
pasal hati dan perasaan ni bukan boleh macam beli barang Cash and Carry.
Isu hati ni lebih macam beli barang online.
nak kena tengok dulu dah ade reservation ke belum, nak kena tahu harga berapa,
nak kena tunggu di pos ke rumah dulu, baru lah kau boleh guna pakai kann?

once kau dah jadi kawan dia atau secara halusnya, kau mengenali dia yang sebenar,
baru lah kau pikir balik perasaan kau sekarang sama ke tak masa kau jumpa dia memule dulu.
kadang-kadang perasaan tu sama, tapi selalunya perasaan tu takkan sama.
takkan sama membawa maksud perasaan yang dulu tu hanyalah perasaan kau sebagai kerush dia.
bila kau dah kenal dia dengan lebih mendalam, perasaan kau akan lebih complicated.

masa tu kau kena faham ape perasaan sebenar kau terhadap jejaka/gadis tu.
ada yang rasa boleh dijadikan KAWAN je, dan KAWAN yang sangat terbatas.
ada yang boleh dijadikan kawan rapat je,
ada jugak yang rasa macam boleh move on, amek langkah seterusnya dengan lebih berani.
dan ada juga yang rasa perlu bagi masa lagi,
dan ada juga yang rasa selesa dengan keadaan sekarang, tak perlu nak gelojoh.

pada fasa ni lah baru kau faham yang sebenarnye kewujudan kerush tu hanyalah sementara!
wujud pada awal perkenalan je.

so, bagi aku sebenarnye, cinta ni bukan datang sepantas kilat.
ape-ape hal pon kite kena bagi masa untuk memahami dan mengenali jejaka/gadis tersebut.
kau tak tahu perangai dia macam mana, tetiba kau nak bercinta dengan dia.
kan rasa macam pelik tu. ke aku je rasa pelik? =="

ahh! tapi kalau memanjang bagi masa yang bebetul panjang sampai bertahun2 lama tu tak jalan gak.
mengharap pada yang belum pasti tu sesuatu yang sia-sia kalau dibuat dengan jangka masa yang lama.
apa yang boleh kau buat, kenal hati budi jejaka/gadis tu, tetapkan perasaan dan amek step yang seterusnya.
amek step yang seterusnya tu berbeza pada tahap keberanian seseorang la.
kalau kau lelaki wajib lah kau yang buat first step, yang perempuan setakat bagi hints je.
tapi kalau korang ni pesen perempuan yang berani nak buat first step, go on. :)

3 comments:

Judh said...

mungkin itu bukan cinta . tapi suka . . suka pandang pertama . hehe

cinta perlukan masa untuk dipupuk . :)

NUR AYNIE said...

dup dap dup dap tu bukan bunyi jantung ker? hihihi... cinta is not that easy to be real. =)

BuDaK cOmOt said...

huhuhuhu nak suka org senang...nak buat org suka kita pun senang...nak bercinta?? ianya x lah susah sangat pun...tapi nak maintain cinta tu yang paling-sangat-susah....

just my 2cents =)

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.