Monday, July 16, 2012
Bukan Sepantas Kilat.
Assalamualaikum dan Selamat Pagi..!
izinkan aku meroyan disini.
pernah korang rasa cinta pandang pertama?
pernah korang rasa baru seminggu kenal dah jatuh cinta?
PERNAH?
aku TAK PERNAH. aku belum pernah rasa perasaan macam tu.
atau lebih tepat lagi aku tak percaya perkara macam tu.
amende yang aku tak percaya sangat cinta pandang pertama ni?
bagi aku, once kau tengok sekali muke dia lepas tu hati kau dup dap dup dap,
tu tak beerti cinta lagi hoi. tu baru nak kerush2 (baca:crush) je.
normal lah tu kalau kite senang tengok someone kan.
kadang-kadang sebab dia hensem/cantik.
tapi SUKA tak bermaksud CINTA ye dakk?
ke korang rasa Suka tu Cinta gak?
kalau korang rasa Suka = Cinta, korang belum cukup matang untuk bercinta.
*berani nye statement gua!*
bagi korang yang memule tengok jejaka/gadis pertama kali terus hati tak keruan,
terus mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.
dan tak lupe juge asek terbayang muka jejaka/gadis tersebut,
korang perlu selidik bebetul perasaan korang.
cuba korang biar je perasaan tu seminggu dua.
kalau nak advance sikit, jadikan jejaka/gadis tadi kawan korang.
jangan terus kau cakap "Saya nak tumpang duduk kat hati awak boleh?"
tu terlebih advance pulak.
bagi masa sikit kat hati korang tu.
pasal hati dan perasaan ni bukan boleh macam beli barang Cash and Carry.
Isu hati ni lebih macam beli barang online.
nak kena tengok dulu dah ade reservation ke belum, nak kena tahu harga berapa,
nak kena tunggu di pos ke rumah dulu, baru lah kau boleh guna pakai kann?
once kau dah jadi kawan dia atau secara halusnya, kau mengenali dia yang sebenar,
baru lah kau pikir balik perasaan kau sekarang sama ke tak masa kau jumpa dia memule dulu.
kadang-kadang perasaan tu sama, tapi selalunya perasaan tu takkan sama.
takkan sama membawa maksud perasaan yang dulu tu hanyalah perasaan kau sebagai kerush dia.
bila kau dah kenal dia dengan lebih mendalam, perasaan kau akan lebih complicated.
masa tu kau kena faham ape perasaan sebenar kau terhadap jejaka/gadis tu.
ada yang rasa boleh dijadikan KAWAN je, dan KAWAN yang sangat terbatas.
ada yang boleh dijadikan kawan rapat je,
ada jugak yang rasa macam boleh move on, amek langkah seterusnya dengan lebih berani.
dan ada juga yang rasa perlu bagi masa lagi,
dan ada juga yang rasa selesa dengan keadaan sekarang, tak perlu nak gelojoh.
pada fasa ni lah baru kau faham yang sebenarnye kewujudan kerush tu hanyalah sementara!
wujud pada awal perkenalan je.
so, bagi aku sebenarnye, cinta ni bukan datang sepantas kilat.
ape-ape hal pon kite kena bagi masa untuk memahami dan mengenali jejaka/gadis tersebut.
kau tak tahu perangai dia macam mana, tetiba kau nak bercinta dengan dia.
kan rasa macam pelik tu. ke aku je rasa pelik? =="
ahh! tapi kalau memanjang bagi masa yang bebetul panjang sampai bertahun2 lama tu tak jalan gak.
mengharap pada yang belum pasti tu sesuatu yang sia-sia kalau dibuat dengan jangka masa yang lama.
apa yang boleh kau buat, kenal hati budi jejaka/gadis tu, tetapkan perasaan dan amek step yang seterusnya.
amek step yang seterusnya tu berbeza pada tahap keberanian seseorang la.
kalau kau lelaki wajib lah kau yang buat first step, yang perempuan setakat bagi hints je.
tapi kalau korang ni pesen perempuan yang berani nak buat first step, go on. :)
Wednesday, July 11, 2012
Impian atau angan-angan semata?
Keluar office pukul 5.30pm, tergedik - gedik nak tunggu lif,
nak cari kereta, nak start enjin, letak handbag, bukak kasut dah 540pm.
ahh! drive balik kalau area Johor Bahru ni,
kalau tak sesak bukan JB laa ye dakk. nasib baik jammed sekejap je.
drive sambil mata kuyu je, dengar radio sambil nyanyi2,
kutuk driver sebelah sebab cilok line tak bagi signal tu ade lah perkara biasa.
lagi-lagi aku yang masih lagi nak mahirkan drive kat area JB ni.
aduihh.. lambat nya sampai.
pukul 7.00pm baru nampak signboard Taman XXXXXXX.
AKHIRNYA.
parking, lock kereta, *jalan pantas yang gedik-gedik*,
seluk handbag cari kunci rumah, bukak pagar dan pintu, bukak lampu.
HOME SWEET HOME.
tak payah nak home sweet sangat. terus letak handbag kat kerusi, tuju ke DAPUR.
masak nasi. ala, masak 2 cawan pun dah cukup ni.
berdezup naik ke bilik, tengok frame besar tergantung kat dinding kepala katil *senyum meleret*.
mandi dan solat, turun ke dapur balik.
masak simple je lah ye.
ayam dah siap basuh semalam, kicap ade sebotol.
bawang, bunga lawang, kayu manis dan lain-lain.
taraa! siap satu lauk. next 2 lauk. next 3 lauk.
cukup lah 3 lauk. nanti kang bukan habis. T__T
"assalamualaikum sayang.."
ish! merdu betul suara jejaka itu. ekekeke~
"waalaikumsalam abang sayang busuk.. HAHA!"
salam, tolak jejaka masuk bilik. segala macam aku longgarkan.
tie, baju, tali pinggang. *hulur towel*
"mandi, solat pastu turun bawah ye bang."
"tak nak mandi boleh?"
"tak boleh. bau ketiak. wkwkwkwkk" *bayangkan gelak WKWKWKWKK*
"mandi kan boleh?"
"ayang nak mandikan pinggan kat bawah tu. nanti weekends ayang mandikan abang ye? ihikss"
*muka jejaka mengade-ngade. mintak belas kasihan*
"atotototooii.. comel nya. cepat mandi, pastu kite makan sesama. ayang masak best hari ni"
berdezzup ke bilik air.
ok sampai situ je. sila sambung angan-angan anda dengan lebih advance.
angan-angan aku yang advance haruslah orang tertentu je tahu. :D
oh baideway, ni angan-angan. tapi bukan angan-angan semata. IMPIAN sekali. hiks!
nampak sangat ye aku takde kerja kat office, tak boleh connect social network. nampak sangat ye?
Subscribe to:
Posts (Atom)
by SeliparLOUR. Powered by Blogger.