semuanya tentang sempurna. kekadang saya rasa teruk, untuk terus bersama saya menyembunyikan segala yang buruk untuk awak sebab saya tak mahu awak melihat segala kekurangan saya.supaya awak menerima saya. untuk awak tetap mahu bersama saya. supaya hanya saya yang awak mahukan. it's so selfish. saya sayangkan awak. eh?
do perfection make our life perfect? adakah dengan menjadikan diri kau nampak sempurna sekarang, akan membuat kau kekal bahagia? kekal bersama? by now the answer is no.
tengok niat yang mula mula sekali. nak bersama seseorang itu just for fun atau dunia akhirat. kalau aku, aku pilih dunia akhirat. so bila nak selama lamanya, tolonglah ingat bahawa dalam selama lamanya itu akan ada pasang dan surut. ada gembira ada derita. ada sempurna ada cela. bila claim diri tak sempurna, ingat juga pasangan tak sempurna. so jangan expect bahawasanya kau nampak dia sempurna 24/7. dia akan ada masa cantik, dia akan ada masa tak senonoh. terima seadanya dan jadikan ketidaksempurnaan itu sebagai point untuk kau lebih mencintai dia. chewahh kemain ayat aku. get the point? okey next.
then takkan kau nak berpura pura untuk nampak perfect? kau dah tak jadi diri sendiri tu, kau dah jadi orang lain tuu. baiklah aku bagi contoh eh. contohnya je tau. aku la contohnya. aku ni buruk lantak. makan selalu tak senonoh. so takkan aku nak berlapar semata mata mahu cantik depan tersayang dan membiarkan perut aku lapar sebab taknak dia tengok buruk lantak aku seterusnya tinggal aku, dump aku sebab aku buruk lantak? takut mak dia tak terima perempuan buruk lantak? haha. go to hell. well this is just example people. pointnya, bila kau kawen dengan dia nanti, dia akan tetap nampak buruk tu lambat laun kan?. soooo why not masa sekarang tunjuk je buruk lantak kau tu. kalau dah kawen kang membawa kepada penceraian. mintak simpang eh.
tu aje kot untuk kali ini.
lastly bila dah cinta, semua tu bukan alasan lah untuk menerima seadanya :)
laporan asal Khalilah Hanum
No comments:
Post a Comment