Saturday, November 12, 2011

dan kau hanya aku temui di mimpi

...


malam yang sejuk tetap hangat. sehangat suara halus berbisik manja di cuping telinga. kekadang tertawa, kekadang keras nadanya. kekadang manja sekali rindunya. kekadang manis rajuknya.

engkau yang bernama gula hati. ya segala yang bernama gula pasti manis. ini bukan gula berpenyakit. ini gula penawar. sang gula hati.

aku sengaja biar kau tertawa. aku nikmati indah tawamu.
aku sengaja biar kau tinggi suara. aku halusi rasa sayangmu.
aku sengaja biar kau manja. aku belai rasa hatimu.
aku sengaja biar kau merajuk. aku tersenyum lihat keletah itu.

segalanya tentang kau adalah manis sekali di mata di hati. terbawa hingga mimpi.

mimpi?

mimpi hilang bila aku bangkit dari lena semalam.
aku bangkit dan kau hilang.
ke mana kau pergi?
tak sudikah kau berlari lari denganku di taman mimpi ini?

tertidur lagi.

tiada manusia lain kecuali jasad kau dalam mimpi aku itu.
jasad lain, aku.
lagi jasad lain, buah cinta kita.
berulang lagi seperti semalam, semalam, semalam dan semalam.

terjaga kau hilang. terpejam kau datang. terjaga terpejam terjaga terpejam.
sehingga tidak aku merelakan diriku bangkit berkali kali.
hanya kerana sebuah mimpi yang ber-inti-kan kau.

rindu barangkali aku pada kau.

hakikatnya aku bukan lagi gula hati kau.
dan mimpi tetap akan jadi mimpi  bukan?




tertawa sendiri mentertawakan diri.


...

2 comments:

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.