Sunday, November 27, 2011

Long Distance Relationship

hey-ho!

berikut adalah pendapat-pendapat gua pasal LDR yang gua tweet. gua malas nak taip balik, lagipun tak ingat. so gua printscreen segala apa yang gua tweet dan attach kat sini.

ingat, ini hanyalah pendapat gua dan beberapa rakan yang lain. yang baik diambil, yang tak boleh diterima mohon jangan butthurt.

*err, ada jugak tweet yang tak berkenaan. mohon abaikan. susunan tweet dari bawah ke atas. enjoice





























gua, AJ.

Saturday, November 26, 2011

it goes to each and everyone of you, people :)

"I like not only to be loved, but also to be told that I am loved. I am not sure that you are of the same kind. But the realm of silence is large enough beyond the grave. This is the world of light and speech, and I shall take leave to tell you that you are very dear".

- George Eliot, A Letter to a Friend.

little ain~

Tuesday, November 22, 2011

deep in him


sebenarnya seorang lelaki tak suka bila adanya tentang lelaki lain di dalam perbualan dia dan wanitanya. bincangkan.


Saturday, November 12, 2011

dan kau hanya aku temui di mimpi

...


malam yang sejuk tetap hangat. sehangat suara halus berbisik manja di cuping telinga. kekadang tertawa, kekadang keras nadanya. kekadang manja sekali rindunya. kekadang manis rajuknya.

engkau yang bernama gula hati. ya segala yang bernama gula pasti manis. ini bukan gula berpenyakit. ini gula penawar. sang gula hati.

aku sengaja biar kau tertawa. aku nikmati indah tawamu.
aku sengaja biar kau tinggi suara. aku halusi rasa sayangmu.
aku sengaja biar kau manja. aku belai rasa hatimu.
aku sengaja biar kau merajuk. aku tersenyum lihat keletah itu.

segalanya tentang kau adalah manis sekali di mata di hati. terbawa hingga mimpi.

mimpi?

mimpi hilang bila aku bangkit dari lena semalam.
aku bangkit dan kau hilang.
ke mana kau pergi?
tak sudikah kau berlari lari denganku di taman mimpi ini?

tertidur lagi.

tiada manusia lain kecuali jasad kau dalam mimpi aku itu.
jasad lain, aku.
lagi jasad lain, buah cinta kita.
berulang lagi seperti semalam, semalam, semalam dan semalam.

terjaga kau hilang. terpejam kau datang. terjaga terpejam terjaga terpejam.
sehingga tidak aku merelakan diriku bangkit berkali kali.
hanya kerana sebuah mimpi yang ber-inti-kan kau.

rindu barangkali aku pada kau.

hakikatnya aku bukan lagi gula hati kau.
dan mimpi tetap akan jadi mimpi  bukan?




tertawa sendiri mentertawakan diri.


...

Thursday, November 10, 2011

newbie


oh ya since ada sedikit masa, atas suggestion cik MD, let me introduce myself here.

just call me cik hanum. masih baru di sini. atas jemputan dua ahli panel dato AJ dan datin MD. terimakasih dato datin yepp.

 mohon diguna mana yang betul, mohon ditunjuk mana yang salah untuk semua fatwa chentan chentun saya ya. sama sama belajar okey? :)

lastly, feel free (rasa percuma) untuk jenguk ke blog saya sendiri. sini.

have a nice day peeps.

Wednesday, November 9, 2011

perfect doesn't make it perfect.

semuanya tentang sempurna. kekadang saya rasa teruk, untuk terus bersama saya menyembunyikan segala yang buruk untuk awak sebab saya tak mahu awak melihat segala kekurangan saya.supaya awak menerima saya. untuk awak tetap mahu bersama saya. supaya hanya saya yang awak mahukan. it's so selfish. saya sayangkan awak. eh?

do perfection make our life perfect? adakah dengan menjadikan diri kau nampak sempurna sekarang, akan membuat kau kekal bahagia? kekal bersama? by now the answer is no.

tengok niat yang mula mula sekali. nak bersama seseorang itu just for fun atau dunia akhirat. kalau aku, aku pilih dunia akhirat. so bila nak selama lamanya, tolonglah ingat bahawa dalam selama lamanya itu akan ada pasang dan surut. ada gembira ada derita. ada sempurna ada cela. bila claim diri tak sempurna, ingat juga pasangan tak sempurna. so jangan expect bahawasanya kau nampak dia sempurna 24/7. dia akan ada masa cantik, dia akan ada masa tak senonoh. terima seadanya dan jadikan ketidaksempurnaan itu sebagai point untuk kau lebih mencintai dia. chewahh kemain ayat aku. get the point? okey next.

then takkan kau nak berpura pura untuk nampak perfect? kau dah tak jadi diri sendiri tu, kau dah jadi orang lain tuu. baiklah aku bagi contoh eh. contohnya je tau. aku la contohnya. aku ni buruk lantak. makan selalu tak senonoh. so takkan aku nak berlapar semata mata mahu cantik depan tersayang dan membiarkan perut aku lapar sebab taknak dia tengok buruk lantak aku seterusnya tinggal aku, dump aku sebab aku buruk lantak? takut mak dia tak terima perempuan buruk lantak? haha. go to hell. well this is just example people. pointnya, bila kau kawen dengan dia nanti, dia akan tetap nampak buruk tu lambat laun kan?. soooo why not masa sekarang tunjuk je buruk lantak kau tu. kalau dah kawen kang membawa kepada penceraian. mintak simpang eh.

tu aje kot untuk kali ini.

lastly bila dah cinta, semua tu bukan alasan lah untuk menerima seadanya :)




laporan asal Khalilah Hanum

Tuesday, November 1, 2011

nene


sayu.
aku lihat jasad kaku.
menjerit aku.

b!
tengok nene.

kaku.
aku tiup seperti selalu.
kaku.

nene.
aku undur setapak ke belakang.

b.
nene.
tak gerak.

aku mula teresak esak.
ke belakang lagi aku undur.
nene.

keras terkujur kaku.
nene dah takde.

takpe sayang.
kita tak mintak dia mati.
kata b pada aku.

tapi..

tiada kata bole ungkap perasaan aku.
air deras menitik keluar.
lemah lutut.

tiada lagi peneman tidur aku.
tiada lagi peneman aku kala berjaga 3 4 pagi buat kerja.
tiada lagi bola bergolek di pagi hari mengejutkan aku.
tiada.



berehat dengan aman nene.
011111.

pada aku, cinta tiada batas.
sesama makhluk Allah itu sudah semesti.

sekarang,
aku sudah rindu nene.



keyboard basah,
theryteah


by SeliparLOUR. Powered by Blogger.