hey readers.
it's been a while since my last update in this blog.
gua terpanggil untuk up entry pasal kecurangan. pada korang apa definisi kecurangan? main kayu tiga dengan orang lain? scandal? 'BFF'? 2 or 3 or might be more couples? tak kisah lah mana-mana pun term tu. aku pasti ada kalangan korang yang pernah menghadapi keadaan macam ni. tak pernah personally face pun, mesti ade member yang buat macam tu.
pada korang patut tak kecurangan berlaku? dilakukan oleh si polan/si polanah dengan berlaku curang terhadap pasangannya yang pada mata korang baik tahap sikit lagi nak jadi dewa.
"eh kejam gile budak tu, sanggup dia menduakan pakwe/makwe die yang baik gila babi tu"
tapi kalau pasangan tu seteruk si polan/si polanah berkenaan mungkin korang akan buat tak endah.
"ala nak heran ape. makwe/pakwe die pun sama jugak"
. . . . .
situasi 1.
gua namakan A sebagai lelaki. dia merupakan seorang sweet talker yang akan mencuba sedaya upaya untuk mengayat mana-mana gadis yang merupakan kepunyaan lelaki lain supaya cair kepadanya. tujuan tak dapat dikenalpasti. mungkin untuk test power dan tentukan siapa lebih power dalam bab mengayat perempuan, boyfriend si perempuan ataupun dia.
ketepikan fizikal dia.
seorang sweet talker tidak akan mengambil kira apa status si gadis. awek member, budak sekelas yang dah ade pakwe tapi jauh, junior cun yang susah diayat juga awek orang. dia akan cuba. dikatakan dia berjaya memikat hati seorang daripada budak sekelasnya yang juga merupakan awek kepada member dia. gua namakan awek ni sebagai I. member ni pun budak kelas dia. gua namakan sebagai K. ayat mudah, tiga-tiga tu sekelas.
si I ni pun tangkap cair dengan ayat power si A. si K dapat hidu akan perkara berkenaan. setelah disiasat aktiviti dan hubungan mereka, sah A dengan I lebih dari seorang kawan. si K pun tinggalkan si I kerana taknak jadi dayus. dimainkan awek sendiri dan juga housemate sendiri.
pada masa itu status si A sudah berpunya.
dikatakan awek si A sekarang (awek rasmi) yang usha dia. bukan dia usha awek dia. so mungkin dia terasa mudah sangat tu yang dia cuba ayat orang lain. rela ketepikan awek yang jauh dengan mempunyai hubungan dengan I? dan skandal berkenaan tahu si A ni sudah mempunyai awek.
soalan 1, apa motif operandi si A ni? dendam kesumat? saje suka-suka?
soalan 2, kenapa si I sanggup skandal dengan pakwe orang? tak takut karma ke?
. . . . .
situasi 2.
gua namakan gadis ni sebagai J dan pakwenya S. gua mulakan dengan S. si S, wataknya sungguh baik perilakunya. datang dari keluarga yang baik-baik. walaupun pekerjaannya kureng tapi kesetiaannya tiptop. si J ni pulak belajar tinggi tapi kesetiaan rendah gila babi. kenapa?
fakta penting. mereka sudah bertunang semasa sama-sama bekerja sebelum si J sambung belajar.
begini ceritanya. si J dikatakan tidak bersedia untuk berkahwin dan memberi alasan sambung belajar supaya dapat melengahkan perkahwinan mereka. okaylah, fine then. si S pun terima dan menunggu.
juga ketepikan fizikalnya.
J sanggup buat taik kat belakang si S. berskandal dengan macam-macam lelaki, keluar sana-sini, berhabis duit untuk lelaki selain S. hidupnya semasa belajar ditaja oleh tunangannya. nak beli barang, call tunang. tak cukup duit, call tunang. nak itu nak ini, call tunang. tapi kebanyakan dari duitnya itu adalah bertujuan berpoya-poya.
ditanya kepada salah seorang ex-skandalnya kenapa dia tertarik dengan si J, jawapan yang diberi si J ni merupakan seorang sweet talker. oh ya, si J pandai menyorok status sebenar dengan mengaku single. bila ex-skandal dapat tahu si J ni dah bertunang terus dia diam taknak layan si J. mungkin takut akan karma yang akan berulang kepadanya. tapi si J masih mencari skandal lain.
ya, mungkin benar si S bukanlah seorang bergaji besar, bekerja jawatan tinggi, seorang yang bijak pandai. tapi dia patut sedar selama ni hidupnya ditanggung oleh gaji S yang tidak seberapa itu. duit kereta, duit makan, duit belanja balik, duit beli barang untuk skandal, duit berjoli dengan skandal semuanya datang dari si S. si S pulak sanggup takde harta demi tunangan tersayang. itu pun tak reti bersyukur lagi?
tahukah dia, sedarkah dia tunangannya itu sanggup menunggu lama untuk berkahwin dengannya? si S kemain setia tak cari perempuan lain tapi si J sanggup berbuat demikian. oh kejamnya.
soalan 1, kenapa si J sanggup bertunang kalau tak sedia nak kahwin? ikut trend?
soalan 2, apa tujuan dia menipu si S yang baik gila babi tu?
bincangkan. . . . . .
gua, AJ.
2 comments:
ala, macam soalan LAW la.. ade isu, huraian pe semua. =="
balik dating nanti aku baca balik. hahaha!
Post a Comment