Monday, October 31, 2011

nothingness :)

Assalamualaikum, people! :)

apa khabar? huhu it's been decades since my last entry, kan? haha sorry, been busy ;p

anyway, lets get straight to the point.

i talked to froggish this morning. nothing in particular for sure, just a routine chat. habes sembang, aku rasa macam nak nanges, for a reason. and it has always been the same reason. pastu gi merapu kat twitter. ahahaha sengal je :D

aku selalu rasa macam aku dah lebih daripada ready to face this. i mean, to feel nothing. thou aku tau memang that girl is sooo into him. but somehow, bila jadi macam ni, aku still rasa sedih. still rasa macam dah tak nak nak hold on, tak nak ada hope. funny because there's nothing to hope for pon actually. huhu. but somehow, i can still feel the pain.

i know i know, someday i'll meet some one else, forget him and move on, tapi at the moment, still rasa macam ya Allah, peliharalah kami. masa depan, kita tatau kan?




tapi cukuplah kalo sekarang je aku rasa sedih sedih, rasa terkilan, rasa insecure, rasa macam i'm not the one for him. in the future, kalo betol kami berjodoh, aku tak nak macam ni. kalo tak berjodoh pulak, mesti ada hikmah di sebalik semua ni. Allah is the best planner. believe in that. if he truly loves me, he'll put his effort to be with me, no matter what. if it's meant to be, it will. and if it's not, then no matter how hard you try, if won't.




i know, mesti sume orang akan rasa pening baca entry ni. it's okay! ahaha. i just don't want to talk about it kat always you and i, takot nanti dia baca.

orait then people, until next time.

see you!

little ain~

Saturday, October 22, 2011

wad dermatologi.


aku ke wad siang tadi.
melawat mama kepada teman rapat aku.
di masukkan ke wad 3 hari lepas.
baru harini aku berpeluang melawat.

sunyi wad tu.
lengang.

berbual dengan aunty buat hilang segala sakit yang di tanggung.
rindunya kat aunty.
detik hati aku.

tiba tiba muncul soalan.
mne uncle?
hmp.
tak terluah di mulut aku.

cinta si isteri pada suami tiada galang ganti.
susah si suami pasti disenangkan suami.
sakit si suami dibelai sang isteri.
sakit si isteri?
ditanggung sendiri?

bukan aku nak salahkan pihak lelaki.
ada masa perlu kita tinggikan ego.
ada masa perlu direndahkan.
kita manusia.
lelaki perempuan kedua punya ego.
cuma cara kita mengawal itu bezanya.

sakit tak beerti mengalah.
sayang tak mungkin berubah.
itu yang pasti.



cinta tak boleh di paksa. dia datang dia pergi. bila - bila masa, di mana sahaja. juga ikut ketentuan- Nya. - Ariffin Janal 2011



dia terima kau seadanya.
sedangkan kau?
hmp.

dia sakit.
datanglah..


hargai insan itu sebelum terlambat.



sayu,
theoryteah.


Tuesday, October 18, 2011

Manusia dan Cinta

Manusia datang dan pergi. datang dengan izin-Nya, pergi dengan kemahuan-Nya. manusia tidak berhak menentukan kedua perkara itu.

. . . . . .

begitu juga perasaan. yang merasai adalah hati.

hati adalah objektif dan perasaan adalah subjektif.

cinta dirasai oleh hati. maka cinta adalah perasaan.

cinta juga adalah subjektif. subjektif sesuatu yang tidak boleh dijawab tepat hanya boleh dihurai mengikut pendapat.

cinta tidak boleh dipaksa. dia datang, dia pergi. bila-bila masa, di mana sahaja. juga ikut ketentuan-Nya.

memperolehnya adalah nikmat dunia. kehilangannya adalah azab dunia.

kehilangan cinta dengan rela adalah redha, kehilangan cinta dengan paksa adalah seksa.

cinta bukan seperti permainan dam, sudoku, futsal, cityville mahupun farmville.

rasa nak undur, undur. rasa nak maju, maju. bukan begitu. tidak boleh dibuat main dengan perasaan.

sekali berbunga, ingat sepurnama. sekali sakit hati, ingat sampai mati.

hargai cinta, sayangi cinta dan jangan mendustai cinta.


Ariffin Janal, 2011.

Friday, October 14, 2011

theory.


bismillahirahmanirahim.


aku datang tak di undang.
aku masuk tak di jemput.

tarik nafas.


lama papan kekunci ni aku tak ketuk untuk menaip.
selepas banyak yang terjadi.
ayat berkerak.
sendi jari berkarat.
dunia blog mungkin bukan untuk aku lagi.


dalam senyap.
dalam diam aku bangkit lagi.
aku bina cita cita.
cambah benih impian aku semula.


ok dah.
merepek!



malu sebenarnye nih.

em.

terima kasih buat pemakai selipar yang lain untuk terima aku sebagai pemakai selipar macam korang.

hikhik.



selipar bau kedai,
theoryteah.



Sunday, October 9, 2011

TRUST = LOVE


salam

eh, CIK FF update!
bukan best pongg.
dah lama menghilang?

fuh, dah berabad lama la jugak aku menghilangkan diri kat Seliparlour ni.
entahlah, merajuk kot.
ok, ketepikan hal itu. aku ade satu isu yang nak dikupas.

TRUST = LOVE


TRUST atau dalam bahasa kita KEPERCAYAAN.

dalam kisah percintaan ni, macam-macam dugaan yang korang kena lalui.
ala, kalau takda badai melanda, tak mencabarla kan?
setiap hari buat rutin yang sama.

sayang dah makan?
sayang dah pergi kerja?
sayang dah balik?

lama-lama BF korang pon bosan kan? tak pun dengan korang sekali bosan.

setiap masalah yang dapat kita atasi dalam sesuatu perhubungan akan mematangkan kita.
cuma ikut pada kemampuan dan kematangan korang lah macam mana nak atasinya.
masalah selalunya datang melibatkan kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.
lebih-lebih lagi PJJ *perhubungan jarak jauh* dan jenis yang ada penyakit cemburu yang kritikal.
tahap kepercayaan kena push kasi tinggi woo.

contoh la eh, BF/GF korang ni memang hot la dikalangan tempat kerja.
dan korang pun tahu yang dia ni memang ayat nak manis je.
bila ada perempuan nak kawan dengan dia,
korang kena pandai.
jangan nak tiba-tiba pergi serang dia.

eh! BF/GF korang pun perlukan KAWAN tau.
jangan ingat nak berkepit je 24jam mengadap muka kau.
tapi, dalam korang menerima kawan dia yang berlainan jantina tu,
korang kenalah sentiasa berhati-hati.

pada saat ni lah kepercayaan dan kesetiaan korang diuji.
kali ni, diorang pergi makan sama-sama.
ramai-ramai pulak tu. korang jangan pulak mengamuk macam meroyan pulak.
pergi makan je pun. fikiran tu kena positif.
ingat, dia sayang kau lagi.


dia tak tipu kau pun dia pergi keluar makan dengan orang lain.
dia takde lah pula nak keluar makan berdua dengan orang lain.
dia takde pulak tak report kat kau dia balik pukul berapa.

jadi, jangan ikutkan hati sangat.
kalau betul dia curang kat kau,

mesti dia senyap-senyap keluar dengan orang lain.
bagi macam-macam alasan kat korang.

kadang-kadang, bercinta ni pun kena guna akal jugak.
memang kita ikutkan hati, tapi fungsi akal untuk mengawal tindakan hati.


akhir kata, kepercayaan sangat penting tapi jangan pulak dengan terlalu percaya,
hubungan korang putus di tengah jalan.
korang kena pandai-pandai lah.
:P

tapi yang ini kau kena betul-betul percaya.

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu.

jodoh tu di tangan TUHAN, bercinta lah selama manapun, kalau dia bukan jodoh kita, terima sebaik mungkin.

selipar cinta, Cik FF

Curang?

hey readers.


it's been a while since my last update in this blog.


gua terpanggil untuk up entry pasal kecurangan. pada korang apa definisi kecurangan? main kayu tiga dengan orang lain? scandal? 'BFF'? 2 or 3 or might be more couples? tak kisah lah mana-mana pun term tu. aku pasti ada kalangan korang yang pernah menghadapi keadaan macam ni. tak pernah personally face pun, mesti ade member yang buat macam tu.


pada korang patut tak kecurangan berlaku? dilakukan oleh si polan/si polanah dengan berlaku curang terhadap pasangannya yang pada mata korang baik tahap sikit lagi nak jadi dewa.


"eh kejam gile budak tu, sanggup dia menduakan pakwe/makwe die yang baik gila babi tu"


tapi kalau pasangan tu seteruk si polan/si polanah berkenaan mungkin korang akan buat tak endah.


"ala nak heran ape. makwe/pakwe die pun sama jugak"


. . . . .


situasi 1.

gua namakan A sebagai lelaki. dia merupakan seorang sweet talker yang akan mencuba sedaya upaya untuk mengayat mana-mana gadis yang merupakan kepunyaan lelaki lain supaya cair kepadanya. tujuan tak dapat dikenalpasti. mungkin untuk test power dan tentukan siapa lebih power dalam bab mengayat perempuan, boyfriend si perempuan ataupun dia.

ketepikan fizikal dia.

seorang sweet talker tidak akan mengambil kira apa status si gadis. awek member, budak sekelas yang dah ade pakwe tapi jauh, junior cun yang susah diayat juga awek orang. dia akan cuba. dikatakan dia berjaya memikat hati seorang daripada budak sekelasnya yang juga merupakan awek kepada member dia. gua namakan awek ni sebagai I. member ni pun budak kelas dia. gua namakan sebagai K. ayat mudah, tiga-tiga tu sekelas.


si I ni pun tangkap cair dengan ayat power si A. si K dapat hidu akan perkara berkenaan. setelah disiasat aktiviti dan hubungan mereka, sah A dengan I lebih dari seorang kawan. si K pun tinggalkan si I kerana taknak jadi dayus. dimainkan awek sendiri dan juga housemate sendiri.


pada masa itu status si A sudah berpunya.


dikatakan awek si A sekarang (awek rasmi) yang usha dia. bukan dia usha awek dia. so mungkin dia terasa mudah sangat tu yang dia cuba ayat orang lain. rela ketepikan awek yang jauh dengan mempunyai hubungan dengan I? dan skandal berkenaan tahu si A ni sudah mempunyai awek.


soalan 1, apa motif operandi si A ni? dendam kesumat? saje suka-suka?

soalan 2, kenapa si I sanggup skandal dengan pakwe orang? tak takut karma ke?


. . . . .

situasi 2.

gua namakan gadis ni sebagai J dan pakwenya S. gua mulakan dengan S. si S, wataknya sungguh baik perilakunya. datang dari keluarga yang baik-baik. walaupun pekerjaannya kureng tapi kesetiaannya tiptop. si J ni pulak belajar tinggi tapi kesetiaan rendah gila babi. kenapa?


fakta penting. mereka sudah bertunang semasa sama-sama bekerja sebelum si J sambung belajar.


begini ceritanya. si J dikatakan tidak bersedia untuk berkahwin dan memberi alasan sambung belajar supaya dapat melengahkan perkahwinan mereka. okaylah, fine then. si S pun terima dan menunggu.


juga ketepikan fizikalnya.


J sanggup buat taik kat belakang si S. berskandal dengan macam-macam lelaki, keluar sana-sini, berhabis duit untuk lelaki selain S. hidupnya semasa belajar ditaja oleh tunangannya. nak beli barang, call tunang. tak cukup duit, call tunang. nak itu nak ini, call tunang. tapi kebanyakan dari duitnya itu adalah bertujuan berpoya-poya.


ditanya kepada salah seorang ex-skandalnya kenapa dia tertarik dengan si J, jawapan yang diberi si J ni merupakan seorang sweet talker. oh ya, si J pandai menyorok status sebenar dengan mengaku single. bila ex-skandal dapat tahu si J ni dah bertunang terus dia diam taknak layan si J. mungkin takut akan karma yang akan berulang kepadanya. tapi si J masih mencari skandal lain.


ya, mungkin benar si S bukanlah seorang bergaji besar, bekerja jawatan tinggi, seorang yang bijak pandai. tapi dia patut sedar selama ni hidupnya ditanggung oleh gaji S yang tidak seberapa itu. duit kereta, duit makan, duit belanja balik, duit beli barang untuk skandal, duit berjoli dengan skandal semuanya datang dari si S. si S pulak sanggup takde harta demi tunangan tersayang. itu pun tak reti bersyukur lagi?


tahukah dia, sedarkah dia tunangannya itu sanggup menunggu lama untuk berkahwin dengannya? si S kemain setia tak cari perempuan lain tapi si J sanggup berbuat demikian. oh kejamnya.


soalan 1, kenapa si J sanggup bertunang kalau tak sedia nak kahwin? ikut trend?

soalan 2, apa tujuan dia menipu si S yang baik gila babi tu?




bincangkan. . . . . .



gua, AJ.
by SeliparLOUR. Powered by Blogger.