Thursday, August 16, 2012

sayang, tapi melepaskan?


assalamualaikum,

sebab saya sayangkan awak, saya lepaskan awak dengan lelaki yang boleh bahagiakan awak

ayat ni selalu aku dengar.
nak faham? dah banyak kali aku fahamkan.
mula-mula tu memang lah terima je ayat penyata tu.
tapi bila di fikir balik dalam-dalam dan digabungkan dengan pengalaman,
sebenarnye ayat ni ade 2 maksud (double meaning).

1. ok, memang betul lelaki tu tak nak kau hidup susah dengan dia dan suruh kau cari yang lebih baik.
2. ayat reject-kan awek secara halus (barangkali)

yang nombor satu tu, memang jelas dan nyata lah maksudnya. so, malas nak explain, malas nak bagi pendapat.

yang nombor dua tu.
ngapenye aku kabo begitu?

bila difikirkan secara logik,
bila kau bercinta/berpasangan mesti lah kau dah boleh fikir baik buruk dia kan?
mesti kau tahu kelemahan secara zahirnya pasangan kau kan?
daaannn bila dah sayang, mostly kau boleh terima kelemahan pasangan tu, atau pun bantu perbaiki kan?
dan paling penting, sudah semestinya bila bercinta kau nak akhirinya dengan pernikahan kan?
jadinya, takkan lah kau nak bernikah bila kau rasa tak sedia?
takkan lah kau nak bernikah dengan lelaki yang tak meyakinkan boleh membahagiakan kau kan?

bila seseorang perempuan tu dah rasa bersedia dengan pilihan hatinya,
selalunya perempuan dah fikir apa bakal berlaku selepas bernikah.
dah boleh merancang macam mana nak buat family planning.
family planning tu merangkap segala masalah dalam rumah tangga.
dan yang paling penting ialah dari segi KEWANGAN.

berbalik pada ayat persoalan tadi,

"... lepaskan awak dengan lelaki yang boleh bahagiakan awak ..."

sudah pastinya bercinta adalah untuk dapatkan kebahgiaan kan?
kalau kau tak bahagia, tu bukan bercinta nama nya. Eh
tapi bila kau sedang elok rasa bahagia dengan pasangan,
tiba-tiba pasangan kau kabo macam ayat penyata tu, apa perasaan kau?
kau tak terfikir ke yang kau sedang bahagia dengan pasangan,
tetibe dia suruh kau cari lelaki lain yang KONON nya boleh bahagia kan kau.
kan ke PELIK namanya tu?

senang cerita..

"saya ni sedang bercinta dengan awak tau.
yang awak suh saya cari lelaki lain yang boleh bahagiakan saya tu kenapa?
bila saya maksudkan saya sedang bercinta dengan awak,
saya memang terasa bahagia dengan awak. buat apa saya cari lain?
bukan bahagia yang sekarang yang saya dah fikirkan,
tapi masa depan pun saya dah fikirkan,
dan insyaAllah saya sanggup susah senang dengan awak.
dan sesebuah perkahwinan tu memerlukan kerjasama kedua belah pihak untuk susah senang bersama.
dan bagi saya, insyaAllah kita boleh bahagia bersama."

"kalau betul awak sayang saya,
dan awak tahu saya bahagia dengan awak,
kenapa perlu awak nak lepaskan saya?"

ah, kalau fikir-fikir balik, ayat penyata tersebut macam ayat lelaki yang dah tak sayang kau.
kalau sayang kenapa nak lepaskan?


by SeliparLOUR. Powered by Blogger.