Friday, June 22, 2012

yang tersirat


assalamualaikum,
terasa lama tak menulis.
terasa lama tak luahkan perkara yang memang susah nak diterangkan dengan mulut.

mulut manusia, fikiran manusia memang susah nak dikawal,
kadang-kadang mulut dan fikiran sendiri pun tak terkawal apetah lagi mulut dan fikiran orang kan?

manusia secara lumrah nya, secara kasarnya bercakap tentang sesuatu berdasarkan pemerhatian.
entah kenapa kita selalu tengok guna mata, tapi tak selalu tengok guna hati.

kadang-kadang aku sendiri pon selalu cakap macam-macam sebelum betul-betul selidik sesuatu perkara tu.
dan bila terkena kat batang hidung sendiri, baru lah aku faham macam mana perasaan mereka.

tak semua perkara kita mudah cerita kat orang,
tak semua perkara kita boleh cerita kat orang.
ada jugak perkara yang kita patut biar tersemat saja dalam hati.
biar kita saja yang tahu.

dan begitu juga keadaan atau masalah aku.
memang selalu aku luahkan segala ketidakpuasan hati, kesedihan jiwa kat twitter.
twitter salah satu cara boleh membuatkan aku rasa lega.
meroyan di garis masa, tak peduli siapa yang baca.
janji hati puas.

tapi pokok pangkal cerita tak pernah aku beritahu sesiapa sebelum ni.
dibiarkan aku bercerita tentang apa yang aku rasa, tapi masalah utama langsung tak diketahui umum.
kawan-kawan yang memberi nasihat secara rambang aku ambil mana yang berkaitan.
aku tak suka bercerita masalah yang sebenar, dan hanya memberi petunjuk atau gambaran secara kasar.
mungkin sebab aku tak selesa.
tapi aku rasa terlalu berat nak tanggung semua ni, dan pada masa yang sama datang seseorang yang baru dalam hidup aku.

semua berlaku secara kebetulan, tak pernah aku sangka.
tapi yang pasti, di kala aku sendiri tak tahan dengan perasaan,
dikala aku penat nak tanggung semua perkara dalam hati keseorangan,
dia hadir dalam hidup, tempat aku mengadu.

walaupun hanya beberapa hari, segala masalah yang aku tanggung seorang diri aku luahkan.
mungkin sebab perwatakan atau aku sendiri rasa selesa bercerita dengannya.
dan hanya dia sahaja yang tahu apakah punca utama masalah aku.
dan tindak balas yang diberi walaupun hanya sekadar nasihat, walaupun hanya sekadar dia pinjamkan bahunya secara virtual,
aku lega. puas. kurang beban.

walaupun begitu, ada juga yang tidak faham.
masih lagi berkata-kata tanpa usul periksa.
sedangkan aku yang jadi mangsa, tapi dituduh aku yang menjadi punca.
tak tahu perkara sebenar terus aku diperkatakan sebegitu.
ah! mungkin itu hanya perasaan aku.

abaikan.
abaikan segala kata-kata mereka yang tak pernah tahu pokok pangkal,
tiba-tiba memberi kesimpulan yang negatif.
mereka tak tahu perkara sebenar.

cuma satu yang aku mintak,
tolonglah jangan berhenti kuatkan semangat aku,
jangan pernah membuat kesimpulan hanya berdasarkan pemerhatian tanpa soal selidik.
ada sebab aku bertindak begini.
semuanya bersebab.

dan apa yang aku lakukan ini adalah mungkin yang terbaik untuk masalah aku.
aku cuba perlahan-perlahan untuk kembali menenangkan jiwa aku.
tak mudah nak bercerita pasal hati kat semua orang.
tak mudah nak bercerita tentang keburukan orang yang pernah kau sayang dulu.

kepada abang, terima kasih atas nasihat. aku cuba lakukan yang terbaik untuk diri aku.
kau sendiri pun tak sangka aku diperlakukan macam tu kan? :)

dan kepada awak, terima kasih sebab sentiasa sudi beri saya ruang untuk mengadu.
tak perlu saya beritahu siapa awak dalam hidup saya.
tapi yang pasti saya masih perlukan awak, dan saya masih ada disisi kalau awak perlukan saya.

(@efyfot - twitterjaya, 2012)

2 comments:

niesasukasuki said...

baru jumpa blog ni, nice. kipidap!

cik FIFFY said...

thanks awak!

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.