Wednesday, June 27, 2012

break up and move on


it have been a few years since last break up, and now i'm survive. aku masih lagi hidup lepas melepaskan sebuah perasaan yang aku ingat aku akan tanam sampai mati.

well heyy. break up bukanlah bererti dunia berakhir sebenarnya. sekarang aku sedar benda ni. sebab aku makin rasional dalam menilai. tapi mengaku la masa mula mula break up dulu, hidup dok asek berendam ayak mata, makan nasik tak lalu, tapi gagahkan jugak, pakai kuah ayak mata jugak. minum air pun, tertitik ayak mata, sedap pulak rasanya air tu. pastu gi memana, jalan asek nak mengelak ngelak, sebab tanak bertembung la konon. then stalk fb dengan blog beliau toksah cakap lah, jadi tebiat dalam jangka masa satu tahun gak la. bukan setakat blog dia, blog gelfren baru pun aku bedal stalk. kekeke. nak tanya perkembangan, tapi taknak tanya direct dengan tuan badan. so stalk la kan. pastu usha usha khabar dengan member member, maklumlah duk satu kolej dulu. wkwkwk. masa tu, memang rasa demotivated sangat la. memang ppfftt la masa tu. 

dan sekarang, sebagai orang yang pernah ada rasa itu, rasa payahnya nak bangkit balik bila sejenis break up tu menghempap kepala ibarat gunung kinabalu runtuh dan menimbus kita, let me tell youuuuuu.


sampai sekarang pun, susah nak terima bebetul sesapa dalam hati ni. sayang ada, tapi rasa unsecured lagi tinggi ni. bimbang sejarah mungkin berulang yeyeah. terkesan kisah lama kot. eh? sedangkan si beliau lepas break dengan aku, terus ada pengganti. dah bahagia sangat dah dia tu agaknya haha. :)

perasaan itu sejenis benda yang kena pupuk, kena baja. kau akan terus sayang dia jika dia reply sayang kau. macam gak pokok sawi, kalau kau jaga, mekarlah ia. kalau kau biar, layuuuuuuu kekusaman. awal awal break, kau rasa sakit. bila lama lama nanti sakit kau akan hilang sendiri. kau akan lupa langsung yang kau pernah kapel dengan dia. wkwkwk.

kalau seriusly nak erase memory, kau kena tegar. masa bercinta, sms genite pun kau simpan. sekarang, slow slow delete. mula dari mesej yang sesimple. lama lama licin. aku amek masa 2 tahun nak clear up segala mesej cintan cintun dulu. punyalah lama. dan akhirnya, recycle bin empty! yeah.eh, jangan clear up sms je. gambar kalau kau perlu bakar, bakarlah. jangan gi bomohkan pulak. sayang nak buang, sorok jelah. kalau pesen hadiah tu, sama ada kau bagi adik kau, bagi nenek kau, atau kau buat buat lupa sapa yang bagi. oh aku ada sehelai baju tido gebar ex aku bagi. okeyy je aku pakai, tak effect perasaan pun. wkwkwk.

then, mungkin ada yang lepas break, memang putus hubungan secara langsung dan rasmi lah. tak jumpa terus lah. sorang utara sorang africa. kalau pesen ni senang. unfriend fesbuk, unfollow twitter, settle. no heart feeling. KALAU jenis jumpa kat tempat belajar, kawan dia kawan kau jua, kolej kau kolej dia jua, ditambah kes orang tak tahuuuu pun korang heart heart ni, ni jahanam sket. pasai apa? pasai kau senang nak tahu update beliau. kes aku, aku pernah nak unfriend beliau, tapi memikirkan banyak benda termasuklah perasaan kawan kawan kami, aku tak jadi unfriend. ini bermakna aku still tahu langsung pasal dia sikit sikit. take it easy. penyelesaian nya, tutup mata, scroll sepintas lalu, buat buat tak tahu. okeyy?




sekarang ni seorang kawan aku sedang mengalami situasi break up ni. lawa orangnya, petik jari ramai pengganti. tapi beliau cantik yang senonoh la, dimana lelaki bukan ditukar macam tukar baju. beliau masih bersedih ni. so kepada beliau, sila renung renungkan nasihat kak jah ni.

jangan tunjuk kau lemah sangat dengan laki ni. jangan nampak bergantung dengan dia, sebab lelaki akan control kita dari situ. lekkk luuuu. ini break up. bukan cerai. move on! jyeah.





p/s: orang lawa kadang nasib bercinta dia lagi durjana dari orang yang kurang kelawaan macam aku ni. wkwkwk. chiao! :)
p/s/s: ampun maaf entri tak tuju sesapa. amik kisah sendiri dan perasaan sendiri. sorry again :)





Friday, June 22, 2012

yang tersirat


assalamualaikum,
terasa lama tak menulis.
terasa lama tak luahkan perkara yang memang susah nak diterangkan dengan mulut.

mulut manusia, fikiran manusia memang susah nak dikawal,
kadang-kadang mulut dan fikiran sendiri pun tak terkawal apetah lagi mulut dan fikiran orang kan?

manusia secara lumrah nya, secara kasarnya bercakap tentang sesuatu berdasarkan pemerhatian.
entah kenapa kita selalu tengok guna mata, tapi tak selalu tengok guna hati.

kadang-kadang aku sendiri pon selalu cakap macam-macam sebelum betul-betul selidik sesuatu perkara tu.
dan bila terkena kat batang hidung sendiri, baru lah aku faham macam mana perasaan mereka.

tak semua perkara kita mudah cerita kat orang,
tak semua perkara kita boleh cerita kat orang.
ada jugak perkara yang kita patut biar tersemat saja dalam hati.
biar kita saja yang tahu.

dan begitu juga keadaan atau masalah aku.
memang selalu aku luahkan segala ketidakpuasan hati, kesedihan jiwa kat twitter.
twitter salah satu cara boleh membuatkan aku rasa lega.
meroyan di garis masa, tak peduli siapa yang baca.
janji hati puas.

tapi pokok pangkal cerita tak pernah aku beritahu sesiapa sebelum ni.
dibiarkan aku bercerita tentang apa yang aku rasa, tapi masalah utama langsung tak diketahui umum.
kawan-kawan yang memberi nasihat secara rambang aku ambil mana yang berkaitan.
aku tak suka bercerita masalah yang sebenar, dan hanya memberi petunjuk atau gambaran secara kasar.
mungkin sebab aku tak selesa.
tapi aku rasa terlalu berat nak tanggung semua ni, dan pada masa yang sama datang seseorang yang baru dalam hidup aku.

semua berlaku secara kebetulan, tak pernah aku sangka.
tapi yang pasti, di kala aku sendiri tak tahan dengan perasaan,
dikala aku penat nak tanggung semua perkara dalam hati keseorangan,
dia hadir dalam hidup, tempat aku mengadu.

walaupun hanya beberapa hari, segala masalah yang aku tanggung seorang diri aku luahkan.
mungkin sebab perwatakan atau aku sendiri rasa selesa bercerita dengannya.
dan hanya dia sahaja yang tahu apakah punca utama masalah aku.
dan tindak balas yang diberi walaupun hanya sekadar nasihat, walaupun hanya sekadar dia pinjamkan bahunya secara virtual,
aku lega. puas. kurang beban.

walaupun begitu, ada juga yang tidak faham.
masih lagi berkata-kata tanpa usul periksa.
sedangkan aku yang jadi mangsa, tapi dituduh aku yang menjadi punca.
tak tahu perkara sebenar terus aku diperkatakan sebegitu.
ah! mungkin itu hanya perasaan aku.

abaikan.
abaikan segala kata-kata mereka yang tak pernah tahu pokok pangkal,
tiba-tiba memberi kesimpulan yang negatif.
mereka tak tahu perkara sebenar.

cuma satu yang aku mintak,
tolonglah jangan berhenti kuatkan semangat aku,
jangan pernah membuat kesimpulan hanya berdasarkan pemerhatian tanpa soal selidik.
ada sebab aku bertindak begini.
semuanya bersebab.

dan apa yang aku lakukan ini adalah mungkin yang terbaik untuk masalah aku.
aku cuba perlahan-perlahan untuk kembali menenangkan jiwa aku.
tak mudah nak bercerita pasal hati kat semua orang.
tak mudah nak bercerita tentang keburukan orang yang pernah kau sayang dulu.

kepada abang, terima kasih atas nasihat. aku cuba lakukan yang terbaik untuk diri aku.
kau sendiri pun tak sangka aku diperlakukan macam tu kan? :)

dan kepada awak, terima kasih sebab sentiasa sudi beri saya ruang untuk mengadu.
tak perlu saya beritahu siapa awak dalam hidup saya.
tapi yang pasti saya masih perlukan awak, dan saya masih ada disisi kalau awak perlukan saya.

(@efyfot - twitterjaya, 2012)
by SeliparLOUR. Powered by Blogger.