esok kerja pukul 9pagi, tapi sekarang dah pukul 4pagi.
apa lah yang sibuk sangat otak aku ni fikirkan?
exam dah lepas, tekanan pun takda.
bosan-bosan ni kemas bilik la.
semasa ZALIA sibuk mengemas bilik,
dia menyelongkar segala barang-barang lama kepunyaannya.
otaknya ligat mengimbau kenangan lama yang tersimpan rapi di sebuah kotak.
kadang kala dia tersengih sendirian, kadang kala kelihatan sangat fokus.
mengingati memori barangkali.
tiba-tiba,
dia menjumpai sebuah diari yang sudah lama dicarinya.
diari yang menyimpan beribu kenangan cintanya yang lalu.
"alaa, hari ni tak nampak la muka si F tu. rindunya."
"hari ni si F pandang aku! kira macam bertentang mata lah! syiioknyee!!"
"tak dapat tengok muka dia dekat-dekat, tengok bag dekat-dekat pun jadi lah. hee"
itulah antara ayat-ayat yang membuatkan ZALIA ketawa sendirian.
betapa keanak-anakkan perangainya ketika itu.
tidak langsung mengenal erti cinta sebenar.
setelah suku muka surat di beleknya,
kisah cinta di diari tersebut berubah.
"mamat ni *yang aku sendiri pun lupa nama dia* dah kenapa? asyik pandang-pandang aku je. kalau hensem takpelah jugak."
"mamat yang sibuk asyik pandang aku dengan mengerikan tu berbual dengan aku pulak. arghh! menyampah gila! eh, nama dia AMAR."
"Amar ajar aku main bowling harini, hebat jugak cara dia main."
"ni masalah besar ni, tiba-tiba nak kapel dengan aku pulak? apa aku nak jawab ni??"
"kenapa aku jawab YA tadi? hadoi. aku rasa aku takda perasaan kat dia pun. macam mana ni??"
"sweet jugak Amar ni. kadang-kadang aku tengok dia macho. haha."
"Amar, awak betul-betul jaga saya kan? kalau boleh saya luka sikit pun awak tak nak kan?"
"awak, saya mintak maaf. saya tak boleh keluar dengan awak hari ni. esok kita dating k? promise. :)"
"ape? suruh aku panggil dia ABANG?? beratnya mulut. malu la awak oii... hee!"
dari si F berubah pada AMAR.
AMAR lah orang pertama yang sudi mengenali budi ZALIA.
dialah yang mengajar erti kasih dan sayang.
tetapi, bibit-bibit cinta mereka mulai pudar.
entah kenapa ZALIA tidak ada perasaan langsung terhadap AMAR,
meskipun AMAR tidak pernah menyakiti hatinya.
malah AMAR sering menyatakan cintanya.
akhirnya, ZALIA tekad untuk meninggalkan AMAR.
tetapi ZALIA sangat bersimpati terhadap AMAR.
AMAR merupakan jejaka yang baik, menjaga hatinya, dan tidak pernah mengguris perasaannya.
"maaf awak, saya betul-betul takda perasaan pada awak. sebelum ini memang saya akui saya sayangkan awak.
tapi entah mengapa hati saya tetap mengatakan TIDAK walaupun sudah beribu kali saya pujuk.
awak terlalu baik untuk saya AMAR. saya rasa sangat bersalah dalam perpisahan ini.
saya tahu, sayalah punca keretakkan perhubungan kita dah akhirnya putus tanpa sebarang sebab yang kukuh.
saya sangat berharap awak tidak akan menyimpan dendam terhadap saya.
terima kasih AMAR. awak adalah yang terbaik pernah saya lalui."
itulah nota terakhir buat AMAR. tetapi ZALIA tidak sempat memberikan kepadanya.
mereka terus tidak berhubung.
segala penyesalan ZALIA tidak lagi bermakna.
kini setelah hampir 10tahun berlalu,
dia ingin mencari AMAR kembali.
setelah sekian lama berusaha, dia dapat menghubungi AMAR.
walaupun dia takut dimarahi dan takut AMAR berdendam dengannya,
ZALIA tetap menghubungi dan ingin meminta kemaafan pada AMAR.
dia tahu bahawa dosanya melukakan hati lelaki yang sangat mencintainya berat.
"salam, ini AMAR ke?"
"ye saya. siapa ni?"
"saya ZALIA. ingat lagi tak?"
"ZALIA, tak sangka kita boleh contact lagi kan?"
sepanjang malam tersebut mereka berbicara dan mengimbas kembali kisah percintaan mereka.
indah, kelakar, comel, tak matang. hee.
ZALIA sudah kembali tenang dan ceria apabila memikirkan tentang AMAR.
hubungan mereka berterusan sehingga 3@4minggu, walaupun AMAR tahu bahawa ZALIA sudah mempunyai kekasih hati.
tetapi AMAR sering mengelak sebarang pertanyaan mengenai kisah cintanya.
pada suatu malam,
"ZALIA, saya ada masalah besar ni. saya perlukan seseorang untuk bercerita."
"ok AMAR.kenapa dengan awak? boleh saya tolong apa2 ke?"
"saya dah putus tunang. perempuan tu macam sial. bodoh. dah lama aku kenal dia tau. kenapa baru sekarang dia nak putus?? kenapa? aku sentiasa sayang dia! tapi dia???!!"
"sabar awak.."
AMAR terlalu geram. segala apa yang terbuku di hati diluahkan. dia lupa bahawa itu adalah ZALIA.
ZALIA pula hanya memberikan simpati dan nasihat apa yang dia terdaya.
simpatinya berbelah bagi dengan rasa marah kerana terasa ditipu oleh AMAR tentang statusnya.
tapi hanya rasa simpati dan nasihat boleh di berikan.
maaf AMAR.
setelah seminggu ZALIA tidak mendengar khabar berita dari AMAR, tiba-tiba AMAR menelefonnya.
"saya puas awak. saya dah tak terluka lagi. sebenarnya saya dah "rasa" tubuh badan perempuan tu terlebih dahulu."
"tapi kenapa?"
"perempuan tu yang nak bagi. takkan saya nak tolak pulak? saya takda rugi apa-apa. saya gembira."
ZALIA terkedu. dia hanya mampu senyap. tidak mampu berkata-kata. dia seakan-akan rasa beribu penyesalan.
kenapa perlu diceritakan semuanya? kenapa perlu dia?
ZALIA tidak boleh terima apa yang dikatakan AMAR.
baginya, persahabatan nya bersama AMAR sudah ke penghujung.
tetapi jodoh pertemuan di tangan tuhan.
andai ada jodohnya bertemu kembali dengan AMAR,
dia sangat berharap bahawa AMAR telah berubah.
selipar cinta, cik FF.