Thursday, August 16, 2012

sayang, tapi melepaskan?


assalamualaikum,

sebab saya sayangkan awak, saya lepaskan awak dengan lelaki yang boleh bahagiakan awak

ayat ni selalu aku dengar.
nak faham? dah banyak kali aku fahamkan.
mula-mula tu memang lah terima je ayat penyata tu.
tapi bila di fikir balik dalam-dalam dan digabungkan dengan pengalaman,
sebenarnye ayat ni ade 2 maksud (double meaning).

1. ok, memang betul lelaki tu tak nak kau hidup susah dengan dia dan suruh kau cari yang lebih baik.
2. ayat reject-kan awek secara halus (barangkali)

yang nombor satu tu, memang jelas dan nyata lah maksudnya. so, malas nak explain, malas nak bagi pendapat.

yang nombor dua tu.
ngapenye aku kabo begitu?

bila difikirkan secara logik,
bila kau bercinta/berpasangan mesti lah kau dah boleh fikir baik buruk dia kan?
mesti kau tahu kelemahan secara zahirnya pasangan kau kan?
daaannn bila dah sayang, mostly kau boleh terima kelemahan pasangan tu, atau pun bantu perbaiki kan?
dan paling penting, sudah semestinya bila bercinta kau nak akhirinya dengan pernikahan kan?
jadinya, takkan lah kau nak bernikah bila kau rasa tak sedia?
takkan lah kau nak bernikah dengan lelaki yang tak meyakinkan boleh membahagiakan kau kan?

bila seseorang perempuan tu dah rasa bersedia dengan pilihan hatinya,
selalunya perempuan dah fikir apa bakal berlaku selepas bernikah.
dah boleh merancang macam mana nak buat family planning.
family planning tu merangkap segala masalah dalam rumah tangga.
dan yang paling penting ialah dari segi KEWANGAN.

berbalik pada ayat persoalan tadi,

"... lepaskan awak dengan lelaki yang boleh bahagiakan awak ..."

sudah pastinya bercinta adalah untuk dapatkan kebahgiaan kan?
kalau kau tak bahagia, tu bukan bercinta nama nya. Eh
tapi bila kau sedang elok rasa bahagia dengan pasangan,
tiba-tiba pasangan kau kabo macam ayat penyata tu, apa perasaan kau?
kau tak terfikir ke yang kau sedang bahagia dengan pasangan,
tetibe dia suruh kau cari lelaki lain yang KONON nya boleh bahagia kan kau.
kan ke PELIK namanya tu?

senang cerita..

"saya ni sedang bercinta dengan awak tau.
yang awak suh saya cari lelaki lain yang boleh bahagiakan saya tu kenapa?
bila saya maksudkan saya sedang bercinta dengan awak,
saya memang terasa bahagia dengan awak. buat apa saya cari lain?
bukan bahagia yang sekarang yang saya dah fikirkan,
tapi masa depan pun saya dah fikirkan,
dan insyaAllah saya sanggup susah senang dengan awak.
dan sesebuah perkahwinan tu memerlukan kerjasama kedua belah pihak untuk susah senang bersama.
dan bagi saya, insyaAllah kita boleh bahagia bersama."

"kalau betul awak sayang saya,
dan awak tahu saya bahagia dengan awak,
kenapa perlu awak nak lepaskan saya?"

ah, kalau fikir-fikir balik, ayat penyata tersebut macam ayat lelaki yang dah tak sayang kau.
kalau sayang kenapa nak lepaskan?


Tuesday, August 7, 2012

standing still


'cukuplah sayang yang aku rasakan ini adalah dari hati, walau tak pernah sekalipun kau luahkan.'

aku rasa sayang macam ni lagi best. lebih best dari sayang yang di tulis dalam sms, yang disebut dalam phone, atau di cakap depan depan. tanpa luahan secara fizikal. rasakan dengan hati, zahirkan dengan perbuatan. bukan kata kata manis bergula tapi tajam berbisa. diam, tetap diam.

mungkin tanpa penzahiran ini menyebabkan kita keliru, tambah lagi tanpa sokongan pengakuan. keliru, syok sendiri, perasan. kan?

tapi ikut hati. yakin dengan apa yang kau rasa.

dan tawakal. andai hati itu milik kau, tuhan akan beri bukan? lambat dengan cepat je. 

dan jadilah diri sendiri juga. jangan kau berubah untuk menarik orang, kerana jika matlamat kau rumahtangga, takkan lari ke mana. at the end dia akan nampak juga. be yourself okey. jika kau, tak tahu atau tak pandai, atau tak reti, mengaku sahajalah. well itu lebih bagus bukan, berterus terang.

dan sekali lagi yakin, jika bukan dialah jantung hati mu, redhakanlah sayang yang pernah diberi. dan cari lain :)

random. kbye.

Monday, July 16, 2012

Bukan Sepantas Kilat.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi..!
izinkan aku meroyan disini.

pernah korang rasa cinta pandang pertama?
pernah korang rasa baru seminggu kenal dah jatuh cinta?
PERNAH?

aku TAK PERNAH. aku belum pernah rasa perasaan macam tu.
atau lebih tepat lagi aku tak percaya perkara macam tu.

amende yang aku tak percaya sangat cinta pandang pertama ni?

bagi aku, once kau tengok sekali muke dia lepas tu hati kau dup dap dup dap,
tu tak beerti cinta lagi hoi. tu baru nak kerush2 (baca:crush) je.
normal lah tu kalau kite senang tengok someone kan.
kadang-kadang sebab dia hensem/cantik.
tapi SUKA tak bermaksud CINTA ye dakk?
ke korang rasa Suka tu Cinta gak?
kalau korang rasa Suka = Cinta, korang belum cukup matang untuk bercinta.
*berani nye statement gua!*

bagi korang yang memule tengok jejaka/gadis pertama kali terus hati tak keruan,
terus mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.
dan tak lupe juge asek terbayang muka jejaka/gadis tersebut,
korang perlu selidik bebetul perasaan korang.
cuba korang biar je perasaan tu seminggu dua.
kalau nak advance sikit, jadikan jejaka/gadis tadi kawan korang.
jangan terus kau cakap "Saya nak tumpang duduk kat hati awak boleh?"
tu terlebih advance pulak.

bagi masa sikit kat hati korang tu.
pasal hati dan perasaan ni bukan boleh macam beli barang Cash and Carry.
Isu hati ni lebih macam beli barang online.
nak kena tengok dulu dah ade reservation ke belum, nak kena tahu harga berapa,
nak kena tunggu di pos ke rumah dulu, baru lah kau boleh guna pakai kann?

once kau dah jadi kawan dia atau secara halusnya, kau mengenali dia yang sebenar,
baru lah kau pikir balik perasaan kau sekarang sama ke tak masa kau jumpa dia memule dulu.
kadang-kadang perasaan tu sama, tapi selalunya perasaan tu takkan sama.
takkan sama membawa maksud perasaan yang dulu tu hanyalah perasaan kau sebagai kerush dia.
bila kau dah kenal dia dengan lebih mendalam, perasaan kau akan lebih complicated.

masa tu kau kena faham ape perasaan sebenar kau terhadap jejaka/gadis tu.
ada yang rasa boleh dijadikan KAWAN je, dan KAWAN yang sangat terbatas.
ada yang boleh dijadikan kawan rapat je,
ada jugak yang rasa macam boleh move on, amek langkah seterusnya dengan lebih berani.
dan ada juga yang rasa perlu bagi masa lagi,
dan ada juga yang rasa selesa dengan keadaan sekarang, tak perlu nak gelojoh.

pada fasa ni lah baru kau faham yang sebenarnye kewujudan kerush tu hanyalah sementara!
wujud pada awal perkenalan je.

so, bagi aku sebenarnye, cinta ni bukan datang sepantas kilat.
ape-ape hal pon kite kena bagi masa untuk memahami dan mengenali jejaka/gadis tersebut.
kau tak tahu perangai dia macam mana, tetiba kau nak bercinta dengan dia.
kan rasa macam pelik tu. ke aku je rasa pelik? =="

ahh! tapi kalau memanjang bagi masa yang bebetul panjang sampai bertahun2 lama tu tak jalan gak.
mengharap pada yang belum pasti tu sesuatu yang sia-sia kalau dibuat dengan jangka masa yang lama.
apa yang boleh kau buat, kenal hati budi jejaka/gadis tu, tetapkan perasaan dan amek step yang seterusnya.
amek step yang seterusnya tu berbeza pada tahap keberanian seseorang la.
kalau kau lelaki wajib lah kau yang buat first step, yang perempuan setakat bagi hints je.
tapi kalau korang ni pesen perempuan yang berani nak buat first step, go on. :)

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.