Showing posts with label relationship. Show all posts
Showing posts with label relationship. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Bukan Sepantas Kilat.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi..!
izinkan aku meroyan disini.

pernah korang rasa cinta pandang pertama?
pernah korang rasa baru seminggu kenal dah jatuh cinta?
PERNAH?

aku TAK PERNAH. aku belum pernah rasa perasaan macam tu.
atau lebih tepat lagi aku tak percaya perkara macam tu.

amende yang aku tak percaya sangat cinta pandang pertama ni?

bagi aku, once kau tengok sekali muke dia lepas tu hati kau dup dap dup dap,
tu tak beerti cinta lagi hoi. tu baru nak kerush2 (baca:crush) je.
normal lah tu kalau kite senang tengok someone kan.
kadang-kadang sebab dia hensem/cantik.
tapi SUKA tak bermaksud CINTA ye dakk?
ke korang rasa Suka tu Cinta gak?
kalau korang rasa Suka = Cinta, korang belum cukup matang untuk bercinta.
*berani nye statement gua!*

bagi korang yang memule tengok jejaka/gadis pertama kali terus hati tak keruan,
terus mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.
dan tak lupe juge asek terbayang muka jejaka/gadis tersebut,
korang perlu selidik bebetul perasaan korang.
cuba korang biar je perasaan tu seminggu dua.
kalau nak advance sikit, jadikan jejaka/gadis tadi kawan korang.
jangan terus kau cakap "Saya nak tumpang duduk kat hati awak boleh?"
tu terlebih advance pulak.

bagi masa sikit kat hati korang tu.
pasal hati dan perasaan ni bukan boleh macam beli barang Cash and Carry.
Isu hati ni lebih macam beli barang online.
nak kena tengok dulu dah ade reservation ke belum, nak kena tahu harga berapa,
nak kena tunggu di pos ke rumah dulu, baru lah kau boleh guna pakai kann?

once kau dah jadi kawan dia atau secara halusnya, kau mengenali dia yang sebenar,
baru lah kau pikir balik perasaan kau sekarang sama ke tak masa kau jumpa dia memule dulu.
kadang-kadang perasaan tu sama, tapi selalunya perasaan tu takkan sama.
takkan sama membawa maksud perasaan yang dulu tu hanyalah perasaan kau sebagai kerush dia.
bila kau dah kenal dia dengan lebih mendalam, perasaan kau akan lebih complicated.

masa tu kau kena faham ape perasaan sebenar kau terhadap jejaka/gadis tu.
ada yang rasa boleh dijadikan KAWAN je, dan KAWAN yang sangat terbatas.
ada yang boleh dijadikan kawan rapat je,
ada jugak yang rasa macam boleh move on, amek langkah seterusnya dengan lebih berani.
dan ada juga yang rasa perlu bagi masa lagi,
dan ada juga yang rasa selesa dengan keadaan sekarang, tak perlu nak gelojoh.

pada fasa ni lah baru kau faham yang sebenarnye kewujudan kerush tu hanyalah sementara!
wujud pada awal perkenalan je.

so, bagi aku sebenarnye, cinta ni bukan datang sepantas kilat.
ape-ape hal pon kite kena bagi masa untuk memahami dan mengenali jejaka/gadis tersebut.
kau tak tahu perangai dia macam mana, tetiba kau nak bercinta dengan dia.
kan rasa macam pelik tu. ke aku je rasa pelik? =="

ahh! tapi kalau memanjang bagi masa yang bebetul panjang sampai bertahun2 lama tu tak jalan gak.
mengharap pada yang belum pasti tu sesuatu yang sia-sia kalau dibuat dengan jangka masa yang lama.
apa yang boleh kau buat, kenal hati budi jejaka/gadis tu, tetapkan perasaan dan amek step yang seterusnya.
amek step yang seterusnya tu berbeza pada tahap keberanian seseorang la.
kalau kau lelaki wajib lah kau yang buat first step, yang perempuan setakat bagi hints je.
tapi kalau korang ni pesen perempuan yang berani nak buat first step, go on. :)

Wednesday, July 11, 2012

Impian atau angan-angan semata?


Keluar office pukul 5.30pm, tergedik - gedik nak tunggu lif,
nak cari kereta, nak start enjin, letak handbag, bukak kasut dah 540pm.
ahh! drive balik kalau area Johor Bahru ni,
kalau tak sesak bukan JB laa ye dakk. nasib baik jammed sekejap je.
drive sambil mata kuyu je, dengar radio sambil nyanyi2,
kutuk driver sebelah sebab cilok line tak bagi signal tu ade lah perkara biasa.
lagi-lagi aku yang masih lagi nak mahirkan drive kat area JB ni.
aduihh.. lambat nya sampai.

pukul 7.00pm baru nampak signboard Taman XXXXXXX.
AKHIRNYA.
parking, lock kereta, *jalan pantas yang gedik-gedik*,
seluk handbag cari kunci rumah, bukak pagar dan pintu, bukak lampu.
HOME SWEET HOME.

tak payah nak home sweet sangat. terus letak handbag kat kerusi, tuju ke DAPUR.
masak nasi. ala, masak 2 cawan pun dah cukup ni.
berdezup naik ke bilik, tengok frame besar tergantung kat dinding kepala katil *senyum meleret*.
mandi dan solat, turun ke dapur balik.

masak simple je lah ye.
ayam dah siap basuh semalam, kicap ade sebotol.
bawang, bunga lawang, kayu manis dan lain-lain.
taraa! siap satu lauk. next 2 lauk. next 3 lauk.
cukup lah 3 lauk. nanti kang bukan habis. T__T

"assalamualaikum sayang.."

ish! merdu betul suara jejaka itu. ekekeke~

"waalaikumsalam abang sayang busuk.. HAHA!"

salam, tolak jejaka masuk bilik. segala macam aku longgarkan.
tie, baju, tali pinggang. *hulur towel*

"mandi, solat pastu turun bawah ye bang."


"tak nak mandi boleh?"


"tak boleh. bau ketiak. wkwkwkwkk" *bayangkan gelak WKWKWKWKK*


"mandi kan boleh?"

"ayang nak mandikan pinggan kat bawah tu. nanti weekends ayang mandikan abang ye? ihikss"

*muka jejaka mengade-ngade. mintak belas kasihan*

"atotototooii.. comel nya. cepat mandi, pastu kite makan sesama. ayang masak best hari ni"

berdezzup ke bilik air.

ok sampai situ je. sila sambung angan-angan anda dengan lebih advance.
angan-angan aku yang advance haruslah orang tertentu je tahu. :D
oh baideway, ni angan-angan. tapi bukan angan-angan semata. IMPIAN sekali. hiks!

nampak sangat ye aku takde kerja kat office, tak boleh connect social network. nampak sangat ye?

Saturday, December 10, 2011

LIMITED.RELATIONSHIP


salam

aku bukak page Sintokkian Blogger kat FB.
ni yang aku dapat.

kelik lah kalau bole.
*nampak sangat sedang stalk cik nanumnanum*

oleh kerana jawapan aku macam panjang,
aku buat entri kat sini je lah eh.
mohon cik IDAH AZIMI baca. :P

amaran : penggunaan KORANG bermaksud anda yang membaca.
                ini pendapat aku, lain orang lain pendapat.

seperti pasangan-pasangan bercinta yang lain,
mesti korang terasa sangat bahagia, kadang-kadang sampai lupa orang sekeliling kan?
tapi korang kene ingat, korang tak bole nak kawal mata dan mulut orang lain.
lebih lebih lagi bermanja-manjaan depan orang yang kita kenal.
memang la korang boleh cakap

"takpayah lah nak tengok aksi kitorang" 
"yang pegi stalk kitorang kenapa?"

korang ingat dyorang tu nak tengok sangat ke aksi korang?
dah ternampak nak buat macam mana ye dakk?
korang ingat dyorang nak sangat stalk korang?
dah timeline & newsfeed asyik up status korang je. naik muak le jawabnya.

nak perhubungan kat FB tu boleh, tapi biarlah berpada-pada.
sikit-sikit tu boleh la diterima lagi.
tak semua orang nak tahu pasal hubungan korang.
seriyess..
lebih-lebih lagi kalau reply wall to wall.
dyorang pulak berkawan dengan korang berdua,
FB pulak jadi batu api asek up kan status tu kat newsfeed dyorang.
sudah tentu dan tak syak lagi dyorang akan menyumpah seranah korang.
"bajet kau sorang ada BF?"
betul tak? betul tak? mesti korang pernah dapat komen yang macam ni kan?

kadang-kadang hati ni nak meronta-ronta nak luahkan perasaan kat FB.
bole je. letak DP berdua pon boleh.
tapi jangan lah gambar yang bembukan.
aku ada kawan yang dah berkahwin, letak gambar DP berkissing bagai.
bak kata orang putih mouth to mouth la.
is it sweet?
NOPE! bagi aku sumpah NOPE.
memang la dah tak haram bagi mereka yang dah berkahwin.
tapi bagi kawan-kawan lain yang bujang sangap nak kahwin ni?
itu bukan budaya kita,
itu kan hak pasangan dalam kelambu.
tak perlu kot nak show off sangat kat orang lain.
"WOIH, AKU BOLEH KISSING BAGAI. KAU BOLEH? TAK BOLEH TAK BOLEH. TERUSKAN SANGAP SORANG-SORANG EH"
vaveh vaveh.

"guna FB lebih jimat!"
yup! TAPI...
kan senang kalau PM/IM.
nak lagi syiok dan menusuk kalbu sila install SKYPE.
call free, video call free, chatting free. dan yang lebih penting PRIVATE.
nak cerita ape pun cerita lah!

cinta tu hak masing-masing,
tapi cinta tetap ada LIMIT.
sedangkan TWITTER pon ade LIMIT, apetah lagi CINTA KORANG kan? hee.
akhir kata dari UNKNOWN:


A RELATIONSHIP SHOULD BE BETWEEN TWO PEOPLE, NOT THE WHOLE WORLD


the unperfection me, Cik FF.

Sunday, November 27, 2011

Long Distance Relationship

hey-ho!

berikut adalah pendapat-pendapat gua pasal LDR yang gua tweet. gua malas nak taip balik, lagipun tak ingat. so gua printscreen segala apa yang gua tweet dan attach kat sini.

ingat, ini hanyalah pendapat gua dan beberapa rakan yang lain. yang baik diambil, yang tak boleh diterima mohon jangan butthurt.

*err, ada jugak tweet yang tak berkenaan. mohon abaikan. susunan tweet dari bawah ke atas. enjoice





























gua, AJ.

Monday, July 25, 2011

Long Distance Relationship


topik ni menjadi kebiasaan bagi setiap orang bercinta. banyak persoalan akan timbul dan bersarang dalam diri kalau terpaksa menghadapi situasi macam ni.


"boleh ke aku setia?"


"boleh ke aku percaya dia?"


"nanti aku rindu gila kat dia! taknak jauh jauh, tak sanggup!"


dan lain lain...


tapi korang percaya tak long distance relationship atau dalam malay adalah perhubungan jarak jauh boleh membuktikan kesetiaan korang? nak tau korang ade potensi carik lain, nak uji kesetiaan pasangan korang, korang perlu cuba untuk bercinta jarah jauh. korang tau lah seronok ataupun tak seronok bercinta jarak jauh.


bagi gua, kunci utama hubungan macam ni adalah setia, jujur dan percaya. 3 benda ni jadi kawan dalam diri gua sejak gua terpaksa berjauhan dengan Cikgu Nurul sejak lepas matrik tahun 2008. sejak dari tu, gua tercampak ke Kedah, Cikgu Nurul tercampak ke Kelantan. walaupun dalam peta nampak dekat, tapi jauh bhaiii. 6 jam pergi Kelantan dari Kedah, suku hari gua dalam bas je.


sejak gua terpaksa jauh, gua belajar cara jujur dan percaya. jujur kat diri sendiri dengan diri dia penting. kau tipu dia maknanya kau tipu diri kau sendiri, complete set kan. then kau kena belajar percayakan dia. kalau madah nak cemburu buta, tuduh melulu, kekang pergerakan die nak pergi sana sini, tak macam die lagi nak carik orang lain plak kan? ye memang potensi die untuk di'usha' orang lain tu ade. tapi rileks, kau jangan ingat die yang gatal melayan. taknak awek tak kena kacau, jangan carik yang lawa brader. simple. jangan nak hangin baran kau je boleh kasi tunjuk.


dan yang paling penting, korang setialah kat pasangan korang. kalau korang setia, pasangan korang pun akan buat yang sama.


lagipun tak semestinya hubungan jarak dekat tu menjamin kesejahteraan hubungan korang. dekat dekat pun boleh gaduh. dekat dekat pun boleh main kayu tiga. lagipun kalau dekat, tak wujud istilah rindu dalam kamus hidup korang. betul tak? kalau berbelas jam sehari tu korang jumpe tapi still rindu, aku taktau la nak cakap ape. ikat jelah kaki korang biar tak berjauhan. senang. tapi ingat, takde rindu, hubungan korang tak power sebab satu istilah penting dalam perhubungan tak wujud dalam kamus hidup korang.


gua dengan Cikgu Nurul jenis tak suka berbalas mesej, meleret leret dari awal pagi sampai lewat malam. kitorang jenis suke call. haaa kan surprise tu. anytime boleh masuk call. kalau kantoi tengah date dengan pompuan, mampuslah gua. so untuk elak kantoi, gua tak keluar dengan pompuan kecuali bagitau Cikgu Nurul awal awal.


akhir kata dari gua, kemanisan hubungan korang adalah dari perkataan rindu.


gua, AJ.
by SeliparLOUR. Powered by Blogger.