Showing posts with label selipar. Show all posts
Showing posts with label selipar. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Bukan Sepantas Kilat.


Assalamualaikum dan Selamat Pagi..!
izinkan aku meroyan disini.

pernah korang rasa cinta pandang pertama?
pernah korang rasa baru seminggu kenal dah jatuh cinta?
PERNAH?

aku TAK PERNAH. aku belum pernah rasa perasaan macam tu.
atau lebih tepat lagi aku tak percaya perkara macam tu.

amende yang aku tak percaya sangat cinta pandang pertama ni?

bagi aku, once kau tengok sekali muke dia lepas tu hati kau dup dap dup dap,
tu tak beerti cinta lagi hoi. tu baru nak kerush2 (baca:crush) je.
normal lah tu kalau kite senang tengok someone kan.
kadang-kadang sebab dia hensem/cantik.
tapi SUKA tak bermaksud CINTA ye dakk?
ke korang rasa Suka tu Cinta gak?
kalau korang rasa Suka = Cinta, korang belum cukup matang untuk bercinta.
*berani nye statement gua!*

bagi korang yang memule tengok jejaka/gadis pertama kali terus hati tak keruan,
terus mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang.
dan tak lupe juge asek terbayang muka jejaka/gadis tersebut,
korang perlu selidik bebetul perasaan korang.
cuba korang biar je perasaan tu seminggu dua.
kalau nak advance sikit, jadikan jejaka/gadis tadi kawan korang.
jangan terus kau cakap "Saya nak tumpang duduk kat hati awak boleh?"
tu terlebih advance pulak.

bagi masa sikit kat hati korang tu.
pasal hati dan perasaan ni bukan boleh macam beli barang Cash and Carry.
Isu hati ni lebih macam beli barang online.
nak kena tengok dulu dah ade reservation ke belum, nak kena tahu harga berapa,
nak kena tunggu di pos ke rumah dulu, baru lah kau boleh guna pakai kann?

once kau dah jadi kawan dia atau secara halusnya, kau mengenali dia yang sebenar,
baru lah kau pikir balik perasaan kau sekarang sama ke tak masa kau jumpa dia memule dulu.
kadang-kadang perasaan tu sama, tapi selalunya perasaan tu takkan sama.
takkan sama membawa maksud perasaan yang dulu tu hanyalah perasaan kau sebagai kerush dia.
bila kau dah kenal dia dengan lebih mendalam, perasaan kau akan lebih complicated.

masa tu kau kena faham ape perasaan sebenar kau terhadap jejaka/gadis tu.
ada yang rasa boleh dijadikan KAWAN je, dan KAWAN yang sangat terbatas.
ada yang boleh dijadikan kawan rapat je,
ada jugak yang rasa macam boleh move on, amek langkah seterusnya dengan lebih berani.
dan ada juga yang rasa perlu bagi masa lagi,
dan ada juga yang rasa selesa dengan keadaan sekarang, tak perlu nak gelojoh.

pada fasa ni lah baru kau faham yang sebenarnye kewujudan kerush tu hanyalah sementara!
wujud pada awal perkenalan je.

so, bagi aku sebenarnye, cinta ni bukan datang sepantas kilat.
ape-ape hal pon kite kena bagi masa untuk memahami dan mengenali jejaka/gadis tersebut.
kau tak tahu perangai dia macam mana, tetiba kau nak bercinta dengan dia.
kan rasa macam pelik tu. ke aku je rasa pelik? =="

ahh! tapi kalau memanjang bagi masa yang bebetul panjang sampai bertahun2 lama tu tak jalan gak.
mengharap pada yang belum pasti tu sesuatu yang sia-sia kalau dibuat dengan jangka masa yang lama.
apa yang boleh kau buat, kenal hati budi jejaka/gadis tu, tetapkan perasaan dan amek step yang seterusnya.
amek step yang seterusnya tu berbeza pada tahap keberanian seseorang la.
kalau kau lelaki wajib lah kau yang buat first step, yang perempuan setakat bagi hints je.
tapi kalau korang ni pesen perempuan yang berani nak buat first step, go on. :)

Wednesday, July 11, 2012

Impian atau angan-angan semata?


Keluar office pukul 5.30pm, tergedik - gedik nak tunggu lif,
nak cari kereta, nak start enjin, letak handbag, bukak kasut dah 540pm.
ahh! drive balik kalau area Johor Bahru ni,
kalau tak sesak bukan JB laa ye dakk. nasib baik jammed sekejap je.
drive sambil mata kuyu je, dengar radio sambil nyanyi2,
kutuk driver sebelah sebab cilok line tak bagi signal tu ade lah perkara biasa.
lagi-lagi aku yang masih lagi nak mahirkan drive kat area JB ni.
aduihh.. lambat nya sampai.

pukul 7.00pm baru nampak signboard Taman XXXXXXX.
AKHIRNYA.
parking, lock kereta, *jalan pantas yang gedik-gedik*,
seluk handbag cari kunci rumah, bukak pagar dan pintu, bukak lampu.
HOME SWEET HOME.

tak payah nak home sweet sangat. terus letak handbag kat kerusi, tuju ke DAPUR.
masak nasi. ala, masak 2 cawan pun dah cukup ni.
berdezup naik ke bilik, tengok frame besar tergantung kat dinding kepala katil *senyum meleret*.
mandi dan solat, turun ke dapur balik.

masak simple je lah ye.
ayam dah siap basuh semalam, kicap ade sebotol.
bawang, bunga lawang, kayu manis dan lain-lain.
taraa! siap satu lauk. next 2 lauk. next 3 lauk.
cukup lah 3 lauk. nanti kang bukan habis. T__T

"assalamualaikum sayang.."

ish! merdu betul suara jejaka itu. ekekeke~

"waalaikumsalam abang sayang busuk.. HAHA!"

salam, tolak jejaka masuk bilik. segala macam aku longgarkan.
tie, baju, tali pinggang. *hulur towel*

"mandi, solat pastu turun bawah ye bang."


"tak nak mandi boleh?"


"tak boleh. bau ketiak. wkwkwkwkk" *bayangkan gelak WKWKWKWKK*


"mandi kan boleh?"

"ayang nak mandikan pinggan kat bawah tu. nanti weekends ayang mandikan abang ye? ihikss"

*muka jejaka mengade-ngade. mintak belas kasihan*

"atotototooii.. comel nya. cepat mandi, pastu kite makan sesama. ayang masak best hari ni"

berdezzup ke bilik air.

ok sampai situ je. sila sambung angan-angan anda dengan lebih advance.
angan-angan aku yang advance haruslah orang tertentu je tahu. :D
oh baideway, ni angan-angan. tapi bukan angan-angan semata. IMPIAN sekali. hiks!

nampak sangat ye aku takde kerja kat office, tak boleh connect social network. nampak sangat ye?

Friday, June 22, 2012

yang tersirat


assalamualaikum,
terasa lama tak menulis.
terasa lama tak luahkan perkara yang memang susah nak diterangkan dengan mulut.

mulut manusia, fikiran manusia memang susah nak dikawal,
kadang-kadang mulut dan fikiran sendiri pun tak terkawal apetah lagi mulut dan fikiran orang kan?

manusia secara lumrah nya, secara kasarnya bercakap tentang sesuatu berdasarkan pemerhatian.
entah kenapa kita selalu tengok guna mata, tapi tak selalu tengok guna hati.

kadang-kadang aku sendiri pon selalu cakap macam-macam sebelum betul-betul selidik sesuatu perkara tu.
dan bila terkena kat batang hidung sendiri, baru lah aku faham macam mana perasaan mereka.

tak semua perkara kita mudah cerita kat orang,
tak semua perkara kita boleh cerita kat orang.
ada jugak perkara yang kita patut biar tersemat saja dalam hati.
biar kita saja yang tahu.

dan begitu juga keadaan atau masalah aku.
memang selalu aku luahkan segala ketidakpuasan hati, kesedihan jiwa kat twitter.
twitter salah satu cara boleh membuatkan aku rasa lega.
meroyan di garis masa, tak peduli siapa yang baca.
janji hati puas.

tapi pokok pangkal cerita tak pernah aku beritahu sesiapa sebelum ni.
dibiarkan aku bercerita tentang apa yang aku rasa, tapi masalah utama langsung tak diketahui umum.
kawan-kawan yang memberi nasihat secara rambang aku ambil mana yang berkaitan.
aku tak suka bercerita masalah yang sebenar, dan hanya memberi petunjuk atau gambaran secara kasar.
mungkin sebab aku tak selesa.
tapi aku rasa terlalu berat nak tanggung semua ni, dan pada masa yang sama datang seseorang yang baru dalam hidup aku.

semua berlaku secara kebetulan, tak pernah aku sangka.
tapi yang pasti, di kala aku sendiri tak tahan dengan perasaan,
dikala aku penat nak tanggung semua perkara dalam hati keseorangan,
dia hadir dalam hidup, tempat aku mengadu.

walaupun hanya beberapa hari, segala masalah yang aku tanggung seorang diri aku luahkan.
mungkin sebab perwatakan atau aku sendiri rasa selesa bercerita dengannya.
dan hanya dia sahaja yang tahu apakah punca utama masalah aku.
dan tindak balas yang diberi walaupun hanya sekadar nasihat, walaupun hanya sekadar dia pinjamkan bahunya secara virtual,
aku lega. puas. kurang beban.

walaupun begitu, ada juga yang tidak faham.
masih lagi berkata-kata tanpa usul periksa.
sedangkan aku yang jadi mangsa, tapi dituduh aku yang menjadi punca.
tak tahu perkara sebenar terus aku diperkatakan sebegitu.
ah! mungkin itu hanya perasaan aku.

abaikan.
abaikan segala kata-kata mereka yang tak pernah tahu pokok pangkal,
tiba-tiba memberi kesimpulan yang negatif.
mereka tak tahu perkara sebenar.

cuma satu yang aku mintak,
tolonglah jangan berhenti kuatkan semangat aku,
jangan pernah membuat kesimpulan hanya berdasarkan pemerhatian tanpa soal selidik.
ada sebab aku bertindak begini.
semuanya bersebab.

dan apa yang aku lakukan ini adalah mungkin yang terbaik untuk masalah aku.
aku cuba perlahan-perlahan untuk kembali menenangkan jiwa aku.
tak mudah nak bercerita pasal hati kat semua orang.
tak mudah nak bercerita tentang keburukan orang yang pernah kau sayang dulu.

kepada abang, terima kasih atas nasihat. aku cuba lakukan yang terbaik untuk diri aku.
kau sendiri pun tak sangka aku diperlakukan macam tu kan? :)

dan kepada awak, terima kasih sebab sentiasa sudi beri saya ruang untuk mengadu.
tak perlu saya beritahu siapa awak dalam hidup saya.
tapi yang pasti saya masih perlukan awak, dan saya masih ada disisi kalau awak perlukan saya.

(@efyfot - twitterjaya, 2012)

Friday, May 6, 2011

cinta yang tak sempurna

as salam.


Ika : kau memang tak sesuai langsung dengan ikram tu. dia dah lah lepas SPM je, kerja tak seberapa,
nak kata anak orang kaya pon bukan. susah hidup kau nanti Idah.
Idah : habis, kau rasa aku sesuai dengan orang macam mana?
Ika : kau kan cantik, cun melecun, pandai pulak tu, bekerjaya, hidup pun senang. mestilah sesuai dengan lelaki macho bergaya,
bijak pandai, kerja gaji lebih tinggi dari kau. macam puteri dan putera raja tu!
Idah : fairy tales? habis tu, beauty and the beast tu pun fairy tale jugak. cerita cinta aku tak boleh jadi macam dyorang?

ok TAMAT. heh.

kenapa kalau bercinta perlu semua serba serbi sesuai, sama taraf, sama perangai, sama hobi etc?
aku tak pernah nafikan kalau kita ada pasangan yang kebanyakkannya sama dengan apa yang kita ada, mesti best.
tapi tak semua orang dapat cinta yang sempurna.
contohnya, kau ada degree, tapi pasangan korang SPM je.
walaupun pasangan korang ada kekurangan dalam aspek mental, *dah macam buku akademik!*
tapi korang pun mesti ada kekurangan korang tersendiri kan?

cinta ini lebih bermakna kalau masing-masing boleh terima kekurangan masing-masing.
bukannya memperlekehkan kekurangan pasangan,
tapi lebih kepada membantu pasangan untuk menjadikan diri mereka sempurna.
macam aku, takde lah reti sangat masak, tapi incek DD *incek BF aku* boleh tahan pandai la masak.
jadi, dia lah yang tolong aku. mengajar masak walaupun tak sesedap mama masak. kih2.

DD : sayang, ayam tu dah masak la. cuba golek-golekkan.
FF : alaa sayang, takut lah. nanti terpercik minyak kena tangan.
DD : sini lah I yang buatkan.
FF : hehe~

tengok? sweet tak kami? ok, aku tau aku gedik tahap tinggi. tapi memang aku tak reti golekkan ayam.

oh, kalau aku update entri insyaALLAH tak jiwang. akan ku cuba dan cuba! kali ini berjaya! yeay!


by SeliparLOUR. Powered by Blogger.