Sunday, March 25, 2012

insyaAllah.

assalamualaikum cinta, ;)

biar apa halangan mendatang,
biar apa jua dugaan menjengah,
biar apa orang nak kata,
biar apa makian cacian mereka,

jika hati kata cinta,
jika Allah restui kita,
jika jodoh akan bersama,
insyaAllah sampai ke syurga.

pesanan untuk diri,
cik FF.

Tuesday, March 20, 2012

beauty of love

kadang kadang kau akan terbawak bawak sayang kau sehingga kau break up. bila dah sandang jawatan EX pun, sisa sayang kau masih ada. tu mungkin menyebabkan kau cenderung menjadi stalker. stalker boleh diklasifikasikan kepada berjenis jenis. yang aku nak highlightkan di sini cuma dua, stalker yang stalk tapi ibarat angin lalu dan stalker yang stalk pastu meroyan kat semua orang keliling ex dia tu.

kalau kau stalk pastu tak buat ape ape, tak harm perasaan sape sape. means kau dah redha bahawasanya hubungan korang sampai situ. dan tujuan stalk tu mungkin jadi sekadar nak tahu perkembangan semasa tanpa direct tanya ex kau tu.

tapi kalau spesis stalk pastu emo meroyan macam seorang yang kematian suami yang meninggalkan anak yang ramai, tu aku rasa kena tengok cerminlah. mohon muhasabah kenapa kau break up, mohon pergi cari pasangan baru yang boleh terima perangai kau seadanya. ya, memang sukar menerima sebuah perpisahan. tak siapa mahukan perpisahan. but you're not meant to be. so janganlah meroyan pastu maki hamun orang lain eh. kbye.


sakit hati? 


Monday, March 12, 2012

apakah yang ada pada kau sebenarnya yang membuat aku peduli?



kita berbatu jauhnya kalau diukur dengan peta, dihitung dengan google maps. yang menghubungkan kita adalah telefon je. internet? adalah sekali sekala. kalau kita hidup zaman sebelum zaman 1876 dimana alexander graham bell tak cipta telefon lagi, canelah kita nak bertegur sapa dengan nilai satu sen melalui talian selkom kan? ape yang membuat aku peduli? itulah yang sedang bersarang dalam otak genius aku. sehinggakan aku sudah kelihatan tak genius lagi memikirkan hal ini. lantaran itu, aku mencuba untuk menjauh dari kau dengan pelbagai taktik busuk dan kejam, tapi aku seringkali tak kukuh hati dek kata katamu semanis gula sehingga dihurung semut. ibarat pepatah, manis tebu di pinggir bibir.

dan aku punya satu solusi. barangkali sebaris ayat cukup untuk jadi ubat penenang hati.

'aku tak punya sebab untuk peduli kerana kau sudah menjadi sebahagian hati'

adakah kau pun sama? ihiks.




:)

by SeliparLOUR. Powered by Blogger.