Showing posts with label penapeluru. Show all posts
Showing posts with label penapeluru. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

reason





okeh! tajuk harini bahasa omputih. siapa tak faham maksud dia, pergi google translate sana. malas aku nak cerita intro panjang-panjang untuk korang. sebab kalau korang baca cerita yang aku nak cerita ni nanti, korang secara automatik akan faham maksud tajuk tu.

dalam relationship, macam biasalah, banyak cabaran nak kena lalui. bukan setakat berselisih faham je. bermacam-macam lagi. bagi aku, tempoh yang paling memenatkan dalam satu hubungan tu ialah waktu mula-mula nak bercinta. serius! waktu ni sebenarnya yang paling susah. nak belajar macam-macam. memenatkan. ni la sebabnya aku tak cari pengganti. sebab malas nak lalui semua intro-intro ni, whole over again.

okeh. dalam permulaan tu, sepatutnya mestilah ada subjek nya. yang lelaki, subjeknya perempuan lah. yang perempuan pulak, subjeknya tentulah lelaki. kalau ada yang songsang tengah baca ni, boleh-boleh la ringankan tangan untuk tekan button pangkah kat atas belah kanan sana. sebab kat sini takde cerita untuk golongan macam korang. sini untuk orang yang lurus. bukan lurus bendul. maksud aku, straight!

bila dah ada subjek, kena ada move. takkan nak duduk saja. ingat subjek nak turun dari langit? dah tentu kena ada usaha. bila usaha tu, biasalah kena belajar pasal subjek kau. latar belakang dia. dia suka apa. tak suka apa. soal siasat habis semua. dah habis tu, kena ingat pulak. kang lupa kang, kecik hati. aduh! tu la yang penat. lagi penat dari kalau masa bergaduh. sebab aku ni penyabar. kalau gaduh-gaduh pun, senang settle sebab aku mengalah. haha!

dalam soal siasat ni dah tentu la macam-macam soalan keluar. dalam banyak-banyak soalan pulak, ada satu soalan yang aku tak suka tanya kat orang dan aku tak suka orang tanya kat aku. soalan tu ialah:

"kenapa awak/you/kau suka saya/i/aku?"

kalau ada orang tanya macam ni kat aku, aku tak segan silu cakap aku tatau jawapan dia. sebab aku memang taktau jawapan dia. perasaan tu tetibe je datang. lidah aku just sampaikan je. yang lain, semua hati aku punya kerja. kalau kau kata kau suka sorang perempuan ni sebab dia cantik, then kalau dah tak cantik, macamana? tanak suka dah? tak adil la kan kalau macam tu. 

aku nak cerita banyak pun sebenarnya tak guna jugak. sebab entry pasal ni dah pernah ada kat Seliparlour ni lama dulu. cuma entry dulu takda explanation dia bagi perkataan je. untuk orang yang pandai-pandai paham la, kalau yang bangang tu tak paham. jadi, kita kena lah terangkan ye tak? entry tu diupdate oleh M.D, seorang minah typo yang mengaku dirinya doktor cinta pelesu. 


okeh lah. asek-asek update seliparlour, muka aku. haha! dah orang lain bizi, aku conquer la. okeh lah. ni last entry untuk seliparlour sebelum raya. jumpa lagi lepas raya nanti. 










Tuesday, August 2, 2011

jumpa semula




harini nak cerita sikit kisah berpisah, jumpa semula. orang biasa dengar jejak kasih, tapi tu hal kekeluargaan je. ni hal bercinta. berbeza. pernah tak korang menyukai sesiapa tapi hubungan tak terjadi? maybe sebab tak terjadi tu banyak. mungkin sebab dah berpunya, mungkin sebab si dia tak bersedia lagi nak bercinta atau mungkin apa sahaja sebab. dan apabila ditakdirkan, suatu masa korang bertemu balik dengan orang yang korang sukai tu. dan waktu tu, masing-masing dah bersedia dan tiada lagi sebab untuk tidak bersama.

aku ada cerita, tentang diri aku.

story begin ketika aku belajar kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. dahulunyu terletak di Batang Berjuntai. tapi sekarang Bestari Jaya. sekolah tu tak berpindah, tapi nama tempat tu je berubah. back to the story. waktu mula-mula masuk, macam biasalah Orientasi. benda paling aku tak suka dalam hidup aku. tapi terpaksa lalui jugak. semua pelajar baru dibahagi ikut kumpulan kecil. campur la laki pompuan. kelas lain-lain. then ada seorang perempuan ni kumpulan dengan aku. 1st time tengok, crush! dia jadi salah satu sebab aku bersemangat nak pergi orientasi masa tu.

seminggu orientasi, tapi sekali pun aku tak tegur dia. sebab aku ni jadi AMAT pemalu kalau berdepan dengan orang yang aku suka. kelemahan aku. tapi aku think positive. kalau tak tegur or kenal-kenal sekarang pun takpe lah, 2 tahun kat sini. mesti boleh tegur lagi. so, seminggu tu aku sia-siakan sahaja.

habis orientasi, semua masuk kelas masing-masing. aku carik balik dia. aku jumpa, dia budak awam. kelas atas kelas aku. nampak macam dekat, tapi jauh. dengan bertambah pemalu nak naik atas sana. jadi usaha berkenalan ditangguh lagi. tiba-tiba satu hari aku dapat tau dia ni dah jadi adik angkat senior. dan senior tu senior yang paling aku benci. ditambah pulak ada seorang budak kelas aku ni amat berkenan dengan dia tu. memang nak dibandingkan aku ngan budak kelas aku tu, aku ni ape la sangat. kacak pun tidak. membuatkan aku berputus asa dan melupakannya selagi mampu.

so, sejak habis SPM tahun 2006, takde sekali pun aku nampak dia ni. lost contact. macam dah lupa pun ada. then aku pun sebok bercinta lepas tu. dia aku taktau la apa yang dia buat. kata pun lost contact. tak pernah terdetak sedetik pun aku nak fikir pasal dia. dengan hal cinta aku yang tak kesampaian semua. kewangan bagai. belajar. rasa serabut je palotak kalau asek nak fikir pasal orang. tiba-tiba satu hari tu, aku terfikir nak try approach dia. but how? 1st, social network. place where everyone get around. sebab aku dulu rasanya pernah jumpa dia kat Facebook. tapi carik punya carik, tak jumpa.

FYI, tujuan aku nak carik bukan sebab aku desperate ke hape. cuma nak berkawan. bayangkan lah dulu dah suka, tapi berkawan pun tidak. so, kalau dapat berkawan pun dah okeh. sebab aku ni pemalu, memang susah la pompuan nak lekat ngan aku. haha. anyway, baru-baru ni aku mula berjinak dengan Twitter. Timeline, retweet dan berbagai lagi istilah baru yang kena belajar. berbeza dengan wall, like dan haramjadah pada Facebook.

macam tak percaya, aku jumpa dia kat Twitter. terkedu. remind me of past. tapi, masih malu macam dulu. harap dapat berkawan satu hari nanti. dan berharap kali ni peluang takkan aku sia-siakan. semua sebab sifat malu yang tak kena tempat ni. haih~

penapeluru

Thursday, July 7, 2011

cinta di atas talian

peewwitt~

okeh.
straight to the point.
tajuk harini, cinta di atas talian.
pernah tak korang ada cinta atas talian?
atau pernah tak korang jumpa pasangan korang atas talian?
contoh seperti laman sosial, ruangan chatting atau blog.

persepsi orang kita berkaitan perhubungan atas talian ni adalah kurang baik.
identiti palsu adalah salah satu sebabnya.
tak kurang juga ada sesetengah pihak yang meniru identiti orang lain.
tetapi, selaku insan yang dikurniakan akal dan fikiran sempurna, kita perlu menimbang.
tidak perlulah nak menolak 100%.
setiap sesuatu ada baik buruknya.

selesai bab mukadimah.
sekarang nak masuk bab cerita.
berkaitan dengan cinta atas talian @ cyber love!

sejujur-jujurnya, aku pernah mengalaminya 2 kali.
waktu tu zaman facebook baru-baru lagi.
orang semua pakai myspace lagi.
yang 1st, cant really remember.
aku tak rasa dia friend of a friend.
waktu ni zaman tunggu result SPM.
dia ni budak johor.
tak payah la sebut nama.
btw, kitorang still contact lagi kat facebook.
kitorang tak pernah berjumpa.
memang 100% cyber.

yang 2nd, friend of a friend.
the farthest relationship i ever had.
zaman politeknik, student politeknik.
mula-mula, comment kat myspace.
then, chat dekat YM.
later, SMS kat phone.
kalau tak salah, 1 oktober 2008.
hari raya pertama.
masa tu nak balik kampung.
1st time SMS ni, takut.
then, jadi kawan.
susah senang memang aku kongsi ngan dia je.
sekarang dah tak contact.
lost contact.

itu cerita aku.
cerita korang?
pernah tak rasa cinta atas talian ni?
tak pon pernah ke cinta korang bermula dari atas talian?
cuba kongsi sikit.
tulis kat blog korang.
then, tinggalkan link kat comment bawah ni k?

demi Alif Ba Ta,
Taufiq Ahmad

Monday, July 4, 2011

pengorbanan cinta




Pernah tak korang berkorban pada cinta? Bukan berkorban pada pasangan korang berkaitan cinta. Ni korang korbankan cinta korang untuk sesuatu yang lain. Aku ada seorang kawan ni. Dia pernah korbankan cinta dia demi orang yang dia amat sayangi.

Cerita ni tahun lepas. 2010. Dia ngan aku dapat sambung belajar. Aku ke UTeM. Dia ke UTHM. Aku ingat lagi seminggu lepas daftar, dia SMS aku. Dia cakap ada awek cun kat kelas dia. Aku macam biasa la bergurau suruh dia kenalkan ngan aku. Padehal waktu tu aku dah ada awek. Dia cakap sorry, dia nak adjust dulu. Aku pun bagi lah dorongan. Nak tengok kawan-kawan bahagia la katakan.

Lebih kurang 1 bulan ke 2 bulan ntah. Aku tak pasti. Dia ada cerita lagi pasal awek tu kat aku. Nama dia Puteri Farisha. Dengar je nama, aku dah terbayang, mesti cun gila awek ni. Rupanya dia tengah stalk budak ni. Okeh la tu. Ambik langkah. Tapi dia kata, mungkin awek tu dah ada BF. Aku pun tanya la macam mana dia tau orang tu ada BF. Dia cakap kat FB. Orang tu selalu komen 'sayang-sayang'. Aku pun takkan nak kawan aku down. Aku suruh la dia tanya dulu. Mana tau tu BFF je ke. Then, dia setuju.

Seminggu lepas tu, aku balik Shah Alam. Bulan puasa. Aku lepak ngan dia berbuka kat luar. Dia cerita lagi pasal Risha (dah ada nama manja dah). Dia dah approach awek ni. Tapi betul, memang dia dah ada BF. Cuma kat FB diorang tak buat 'in relationship'. Tapi kawan aku ni rilex je. Sebab awek tu okeh. Boleh buat kawan. So, aku kata bagus la. Sekurang-kurangnya takde lah kau bosan sorang-sorang kat Parit Raja (kawasan UTHM) sana. Dia angguk.

Awek ni sumpah terlalu sempoi. Dia layan kawan aku baik gile. Selalu balik sini sekali. Awek ni duduk USJ. Pernah sekali tu, kawan aku ni bawak awek tu jumpa aku. Memang cantik. Tak tipu punya. Waktu tu aku bisik kat telinga kawan aku ni. "BF dia tak kesah ke kau rapat ngan dia?". Terkejut gak la aku dengar kawan aku balas. Dia kata dia dah berkenalan siap dengan BF awek tu. BF awek tu pon sempoi. Dia PERCAYA kat awek dia. Hebat tak?

Sebenarnya, lepas kawan aku ni dapat tau awek tu ada BF, dia dah tak berharap dah kat awek tu untuk jadi GF dia. But then, perasaan cinta tu muncul sedikit demi sedikit. Boleh kata kalau kat Batu Pahat sana, memang diorang berkepit je memanjang. Sampai ada orang ingat diorang ni couple, sebenarnya tak.

Mac 2011, dia call aku. Masa tu aku kat Melaka. Dia cakap dia dah tak sengaja 'fall in love' dengan awek tu. Aku ingatkan dia, yang awek tu dah ada BF. Takkan nak cintakan awek orang. Kang tak pasal-pasal kena pukul kang. Dah la Batu Pahat tu agak jauh. Siapa nak tolong kau kat sana? Lama jugak la bersembang. Dekat 1 jam. Lelaki dengan lelaki. Dah macam GAY dah. At last, aku bagi dia solution.

Aku suruh dia lupakan awek tu. Pergi kat awek tu, mintak maaf. Cakap kat dia, kau tak boleh nak stay macam ni. Mula-mula kawan aku ni macam degil. Dia risau awek tu rasa sakit hati. Tapi aku cakap kat dia. 'kau nak fikir hati dia, hati kau camane? taknak fikir?'. Takkan aku nak tengok kawan aku simpan perasaan tu dalam hati dia je. Nak luahkan dah tentu tak boleh. Awek orang kan. Kang kalau awek tu gaduh ngan BF dia kang, tak pasal-pasal lagi dia benci kau. Betul tak?
Than, masa cuti separuh sem, dia balik dengan awek tu. Turun kat Shah Alam. Dia cakap kat awek tu. Dia tak sanggup nak teruskan hubungan macam tu. Memang dalam hati dia, dah tertanam nama Puteri Farisha. Cinta pertama dia dan cinta yang teramat bermakna bagi dia. Walaupun hanya pada sebelah pihak, aku rasa memang cinta yang hadir tu teramat ikhlas dari dia. Dia sanggup berkorban demi kebahagiaan awek tu. Dia cakap :

"biarlah aku takda cinta sekarang, tapi sekurang-kurangnya aku pernah rasa cinta dan aku hargai dia seumur hidup aku"

sharing is caring,
Taufiq Ahmad


by SeliparLOUR. Powered by Blogger.