Showing posts with label GMJ. Show all posts
Showing posts with label GMJ. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Tunggu.

dicopy-paste tanpa edit dari Taufiq Ahmad.


woot woot!

haa.
aku tau, korang mesti tunggu aku nak update blog kan?
biasa la tu.
lumrah manusia.
saling tunggu menunggu.
siapa yang tak pernah menunggu, silalah mengaku dia ALIEN.

apa motif aku nak cerita pasal TUNGGU ni?
cerita dia begini.

al-kisah

cerita ni dah lama berlalu.
cerita ni dah ada before aku ada blog lagi.
so, aku terlupe nak kongsi dengan korang.
pasal ada sorang member aku ni, Jack (bukan nama sebenar)
dia ni memang baik la ngan aku.
so, waktu tu aku cerita pasal kisah cinta aku yang kian pudar masa tu kat dia.
dia pun layan kan je.
mata dah tingtong pun dia layan jugak.
tu la nama kawan-kawan.

habis cerita, dia diam.
dia gerak tangan amek rokok, cucuh guna lighter.
hembusan pertama dia diiringi dengan kata-kata ni.

"lu nak dengar satu cerita tak?"

aku pun layankan je la.
sebab dia rilex je layan cerita aku.
cerita dia pun bermula.

"dulu, waktu wa belajar dulu, wa mana ada kereta macam lu.
gi mana-mana wa memang naik public transport je.
kalau wa nak gi KL tu, wa tunggu bas punya lah lama.
waktu wa dulu, mana ada rapidKL ni.
dulu tak ikot time.
kadang-kadang tunggu berjam-jam, bas tak sampai gak.
wa selalu naik cityliner (yang kaler merah tu).
turun betul-betul depan kotaraya, wa jalan kaki sampai sungai wang.
tapi kadang-kadang bas tak sampai.
pernah sekali tu wa tunggu dekat setengah hari, bas takde.
so, sebab kawan-kawan wa dah bising, wa tahan teksi, pergi KTM.
wa naik komuter pergi KL.
sejak dari tu, wa memang dah tak naik bas plusliner lagi dah.
wa dah fedup."

ikot hati, aku dah rasa Jack ni memang dah tingtong kaw-kaw punya.
yela, cerita benda takda point.
tapi aku sabar, aku tanya baik-baik.
dia balas simple.
dia tanak aku jadi macam dia.

dia cakap:

"lu banyak sangat berharap cinta lama lu datang balik kat lu.
umpama tunggu bas sampai setengah hari.
yang takda khabar berita.
last-last, tak datang jugak.
cuba move on.
naik teksi.
jangan sampai member-member lu bising.
jangan sampai diorang kata lu bukan Taufiq yang dulu.
carik medium lain untuk sampai ke destinasi.
keluarga.
kawan-kawan.
kekasih baru.
mana-mana boleh sampai kat destinasi.
KL umpama kebahagiaan dan kegembiraan.
so, bila bas yang lu nak tu sampai, lu mesti tanak naik kan.
sebab dulu lu dah tunggu, penat, tak sampai pun.
macam la kalau cinta lama lu datang balik.
cuba DENY.
kalau lu makan kat kedai, servis lambat, mesti lu tak datang balik kan.
macam tu jugak lu kena buat dalam hidup lu.
wa bukan nak racun lu, wa tanak kawan-kawan wa down."

mula-mula aku ego beb.
aku sambar kunci kereta aku.
letak duit 2 ringgit untuk milo ais aku.
aku chow.
aku dengar dari jauh, Jack jerit:

"hati lu sakit, wa pun terasa"

dalam kereta, on the way balik.
aku terfikir.
ada logik.
jangan sampai driver bas tu gelakkan kita bila dia tahu kita tunggu dia 24 jam kat stesen bas tu.
malu kita nanti.
so, aku berlalu.

woot woot!


Dicopy-paste oleh,
M.D


Thursday, May 26, 2011

Tiada Pelangi Sekiranya Tiada Hujan.

Aku harap betullah ungkapan tu.

Aku hanya orang luar yang lagaknya seperti pemerhati.
Pendapat aku mungkin 'bias', pedulilah.

Betul kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.
Kadang-kadang aku rasa macam 'useless' gila, tak dapat nak buat apa-apa.
Yang hanya mampu aku kata: "Sabar, sabar, sabar..."
Demm...

Sedangkan pasangan yang sudah berkahwin pon ada badainya,
apatah lagi kalian yang hanya tunangan.
Dan apatah lagi aku yang baru nak mengenal cinta. *Cait!*

Kepada kamu,
aku sangat kagum dengan ketabahan kamu.
Berkali-kali dia menipu kamu, berkali-kali juga kamu sabar. *Dah macam lagu Siti Nurhaliza dah*
Belum pernah aku jumpa perempuan yang sekuat kamu.
Apa yang boleh aku katakan, semoga bahagia milik kamu suatu hari nanti kawan.
Aku sentiasa doakan itu untuk kamu.
Penat.
Melihat kamu dalam keadaan macam ini selalu.

Kepada si lelaki,
aku tak menjatuhkan hukum terhadap kau.
Mungkin kau ada alasan kau sendiri kenapa kau berbuat demikian.
Cuma, janganlah memainkan perasaan orang.
Cukup-cukuplah kau menjerut perasaan tunang kau.
Kalau kau betul cintakan dia, perlukan dia.
Tunjukkan lah sebaiknya.
Kalau betul kau lebihkan yang lagi satu, lepaskan lah tunangmu dengan cara elok.

Disini kau cakap sayang, disana kau cakap cinta.
Disini kononnya dia lebih memahami, disana pulak lebih kau perlukan.
Jadi?
Kau nak dua-dua?
Jangan tamak wahai kawan.
Soal hati dan perasaan ni.

Kepada yang lagi satu,
nak kata kau PERAMPAS, bukan hak aku.
Mungkin kau juga tak dapat menahan rasa.
Ya, tepuk sebelah tangan tak berbunyi.
Ada salah di pihak kau, ada salah di pihak dia.
Mungkin...
Bukan hak aku juga untuk jatuhkan hukum.
Tapi, tidakkan kau pernah letakkan tempat kau di tempat dia?
Bagaimana rasanya bila orang bermain cinta dengan bakal suami kita?

Ouh, aku lupa.
Bila masuk bab-bab cinta.
Ada segelintir manusia jadi tamak, pentingkan diri sendiri.
Aku pon tak terkecuali kot.
Cuma kadang-kadang kalau bercinta, bawalah sekali akalmu.
Sampai mana saja kau nak bawa cintamu yang tak pasti tu.
Tepuk dada...





I can't bite my tongue forever
While you try to play it cool
You can hide behind your stories
But don't take me for a fool


[Your Love Is A Lie by Simple Plan]



Setiap hubungan itu pasti akan diuji,
untuk dilihat sama ada pasangan itu mampu atau tidak berusaha untuk kekalkan hubungan itu.
Tapi, kalau setakat menanam tebu di bibir tanpa ada usaha baik tak payah kan.

Mungkin sakitmu sekarang, bahagia di kemudian hari.
Kita tak tahu tu kan?
Allah tidak akan menguji sesuatu yang tidak tertanggung oleh hamba-Nya.

M.D


Wednesday, May 25, 2011

Sempurna.



The more I learn, The more I love
The more my heart can't get enough
Thats when I love you,
When I love you no matter what

[That's When I Love You, Aslyn]

Betul, kita adalah diri kita.
Sesiapa pon tak boleh mengubah kita.

Tapi, cinta boleh.
Dari sisi kita yang gelap, ke arah yang lebih baik.
Mungkin juga yang sebaliknya.

Walau apa pon,
jika dia tak boleh terima yang buruk dari diri kau, baik kau blah.
Sebab dia memang tak layak untuk menerima yang terbaik.

Tiada satu pon hubungan yang sempurna.
The perfect guy/girl hanya wujud di wayang saja.
Kita lah yang kena berusaha untuk jadikan sesuatu hubungan itu sempurna.



Masa bercintalah kena tunjuk perangai kita yang ntah pape, tengok dia boleh terima ke tak.
Kalau tak boleh terima, nanti kalau dah kahwin macam mana kan?

Kadang-kadang masa bercinta, kita memang jadi bodoh.
Taktau yang mana betul salah.
Tapi, janganlah bodoh sentiasa.
Dah pernah buat salah, belajar lah untuk tak mengulanginya.

Random babbling,
M.D


Tuesday, May 10, 2011

Words Can't Bring Us Down.

Baru-baru ni Cik Jerri (jerawat) timbul kat hidung gua.
Hinggakan Nur' Ain dapat kenal pasti Cik Jerri dari jarak yang jauh.
Demm!
Bab-bab Cik Jerri ni memang boleh buat semangat gua jatuh.
Rasa macam sekalian alam gelakkan gua.

=,="

Pernah tak kalau lu orang (terumata sekali perempuan) duduk ramai-ramai dalam geng,
lepas tu berborak macam ni...

A: "Eh, cantik lah si Bedah tu. Jealous aku tengok. Kening dia tebal, mata dia bulat."
B: "A'ah, putih pon putih. Tak macam kulit aku, gelap"

Terus si A dan B ni macam hilang semangat (down) apabila terus membanding-bandingkan diri mereka dengan Bedah yang cantik pun.

Esoknya pergilah Watson kat C-mart Changlun,
hendak cari losyen untuk putihkan kulit,
cari alat-alat solek bagi naikkan seri muka tu.

Tak salah pon kalau lu orang ada inisiatif untuk hendak menjadi cantik.
Tapi tak perlu lah lu rasa rendah diri dengan diri lu,
sampai sanggup jadi orang lain.

Contoh,
lu tengok orang lain cantik je pakai skirt labuh,
pakai tudung lilit-lilit,
pakai foundation tebal 3 inci,
bibir pula merah menyala.
Jadi, lu pon nak tiru dia.
Sedangkan, lu lagi sesuai tanpa alat-alat solek ni.
Lu nampak lagi cantik dengan wajah polos lu.
Lu tak tahu setail lu yang macam perempuan kampung tulah yang membuatkan ada hati yang memuja lu dalam diam  (Waahh, ayat).

Tapi, lu tak kira.
Lu tengok cermin.
Dalam hati lu berkata,

"Ahh, perempuan tu boleh nampak cantik kenapa aku tak boleh cantik jugak dengan pakai gitu?"

Lu lupa satu.
Yang bahawasanya manusia tu sebaik-baik kejadian.

Sumber: Tumblr

Lu janganlah rasa lemah semangat.
Setiap orang tu cantik dengan cara dia sendiri.

Gua ada kawan.
Kawan gua ni ada kawan.
Maknanya kawan gua punya kawan.
Kita namakan Tipah untuk mengelakkan kekeliruan.

Tipah badan dia besar,
kalau bahasa kasar sikit, gemok.
Tapi gua kagum dengan dia.
Dia tak pernah rasa badan dia yang besar tu sebagai penghalang dia.

Dia cantik pada pandangan mata gua.
Sebab pandai bawa diri.
Yakin dengan diri dia sendiri.
Dan tak pernah meletakkan alasan gemuk tu sebagai halangan untuk membuat perkara yang dia suka.
Yang paling penting, Tipah gembira dengan diri dia sendiri.

Sumber: Tumblr

Ada juga kawan-kawan gua selalu main-main dengan gua.
Tanya gua macam ni,


"Eh, Mie. Kau ingat kau cantik lah pakai macam tu?"

Yelah, gua kan suka pakai tudung ala-ala Hana Tajima.
Tu yang depa sound tu.
Gua balas macam ni.

"Cantik ke tak belakang cerita, janji aku selesa."

Sebenarnya, apabila kita selesa dengan apa yang kita pakai.
Kita akan nampak yakin.
Apabila kita nampak yakin, automatiknya kita rasa diri kita cantik.

Logik tak teori ni?
Gua rasa logik.
Lu rasa?
Sila kongsi apa yang lu rasa pada bahagian komen.

Sumber: Tumblr

Yep, cantik tu datang dari dalam diri lu.
Kalau ada orang cakap lu tak cantik.
Pedulikan je dia.

Lagipun, cantik fizikal ni bukan kekal pon.
Esok lusa hilang jugak.
Ye tak?!

Every day is so wonderful
And suddenly, I saw debris
Now and then, I get insecure
From all the pain, I'm so ashamed

I am beautiful no matter what they say
Words can't bring me down
I am beautiful in every single way
Yes, words can't bring me down
So don't you bring me down today

To all your friends, you're delirious
So consumed in all your doom
Trying hard to fill the emptiness
The piece is gone left the puzzle undone
That's the way it is

You are beautiful no matter what they say
Words can't bring you down
You are beautiful in every single way
Yes, words can't bring you down
Don't you bring me down today...

No matter what we do
(no matter what we do)
No matter what they say
(no matter what they say)
When the sun is shining through
Then the clouds won't stay


And everywhere we go
(everywhere we go)
The sun won't always shine
(sun won't always shine)
But tomorrow will find a way
All the other times

'cause we are beautiful no matter what they say
Yes, words won't bring us down, oh no
We are beautiful in every single way
Yes, words can't bring us down
Don't you bring me down today

Don't you bring me down today
Don't you bring me down today

(Beautiful, Christina Aguilera)

Yep,
we are beautiful no matter what they say. 

Cintai diri lu sendiri.
Hargai diri lu.
Barulah orang lain jatuh hati dengan lu.

Sumber: Tumblr

Nasihat dan peringatan untuk diri sendiri jugak.

Peace yaw!
M.D


Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Gua bukan datang dari keluarga yang sempurna.
Bak kata orang Birmingham, "broken family" gitu.

Ini kerana ayah dan bonda gua telah bertalak kasih pada umur gua 17 tahun.
Mungkin kerana memikirkan masa depan anak-anak mereka rujuk semula.
Dan akhirnya tiada persehafahaman, mereka akhirnya setuju untuk berpisah lagi pada umur gua 18 tahun.

Nak kata tak pernah salahkan sesiapa, itu tipu.
Masa tu, umur gua boleh dikatakan pada peringkat yang kurang matang.
Jiwa remaja pula asyik memberontak.
Mungkin kerana gua anak sulung, jadi sikap memberontak tu kurang kerana gua perlu tunjuk contoh yang baik untuk adik-adik gua.

Hubungan bonda dan gua memang tak berapa nak rapat.
Sebab kami ada banyak sangat krisis sejak dari gua zaman sekolah lagi.
Jadi apabila perpisahan antara ayah dan bonda terjadi, gua lebih cenderung menyalahkan bonda gua.
Tapi, gua tak pernah menzahirkan tidak puas hati gua secara lisan.
Semuanya hanya nampak pada tindakan gua yang kebudak-budakkan.

Gua kalau bercakap dengan bonda dulu, hanya cakap yang penting je.
Selebihnya angguk-angguk, geleng-geleng.
Sampai bonda cakap mulut gua ni simpan emas.

Kalau bonda hulur duit belanja, gua ambil.
Tapi tak pernah berterima kasih secara ikhlas.

Walaupun ayah asyik cakap, kisah dia dan bonda adalah urusan mereka saja.
Biarpun mereka bercerai, kasih sayang mereka terhadap gua adik-beradik takkan putus.
Ayah juga berkali-kali pesan, bahawa apa yang terjadi antara mereka, mereka akan terus mengasihi kami sampai bila-bila.
Gua masih dengan jiwa remaja gua, yang memberontak dalam diam.
Bukan gua saja, adik-beradik gua pon begitu.
Masing-masing dengan perangai sendiri.

Dan seterusnya, pada tahun 2009 ke 2010 ntah (gua lupa).
Bonda jumpa pengganti ayah.
Memang waktu tu, gua memang tak boleh terima.
Gua dan dua adik gua tak pergi pon majlis nikah tu.
Sampaikan nenek, dan sekalian saudara-mara paksa sekalipon kami nekad tak nak pergi.
Hingga ayah gua (masa tu kerja) terpaksa call dan pujuk kami pergi ke majlis akad tu.

Malam tu, memang gua menangis.
Tak pernah gua menangis macam tu sekali.
Menangis sampai tertidur.
Sebab, gua selalu berdoa dan berharap yang ayah dan bonda gua akan bersatu kembali.
Dan nampaknya harapan tinggal harapan.

Malam yang sama, ayah balik.
Ayah kejutkan aku, ayah cakap.

"Along, apa yang jadi antara ayah dan bonda tu benda yang dah lepas. Apa sekalipun, dia tetap bonda along. Ayah tak pernah ajar anak-anak ayah macam ni."

Gua diam, ayah sambung lagi.

"Ajal, maut, jodoh, pertemuan tu kan kuasa Allah. Dah jodoh kami sampai sini je, apalah daya ayah nak melawan kuasa Allah ni. Andai dia bahagia dengan pilihan baru dia, ayah hanya mampu doakan yang terbaik je.
Lagipon, ayah nak anak-anak ayah kuat. Jangan cepat patah semangat. Lagipon along kan kakak, kalau kakak kuat, adik-adik yang lain pon kuat lah."

Tapi, masa tu.
Cakaplah macamana sekali pon, gua memang boikot tak pergi majlis akad bonda.

Pada peringkat awal, gua memang tak boleh terima langsung bapak tiri gua.
Gua nak pandang muka dia pon tak mahu, kalau boleh.
Nak panggil dia ayah pon, tersekat je rasa kerongkong ni.
Balik cuti pon, memang kalau boleh tu tak mahulah pergi rumah bonda.

Gua tahu, kelakuan gua masa tu memang buat bonda gua sedih.
Saudara-mara semua cuba pujuk gua untuk terima bapak tiri gua, kasihankan bonda.
Bonda pon selalu mesej gua dengan nada-nada yang patah hati dan merajuk.

Ya Allah, betapa besarnya dosa gua buat bonda gua menangis masa tu.
Tapi, hati gua masa tu keras lagi. Memang tak boleh buat apa lah.

Tapi sekarang alhamdulillah.
Setelah gua boleh berfikiran matang dan waras ni.
Gua akhirnya boleh terima semua ni dengan terbuka.

Apabila difikir balik, memang bergunung dosa gua dengan bonda gua.
Memang golongan derhaka betul, asyik buat bonda gua sedih.

Gua bukan tak sayang bonda gua.
Tapi sikap memberontak tu lebih menguasai.
Lagi-lagi bila benda berlaku pada waktu gua masih berfikiran tak matang.

Gua memang tak pandai masak macam anak-anak tiri bonda gua.
Hari Ibu tahun lepas, bonda cakap diorang buat kek untuk bonda.

Gua belajar lagi, tak macam anak-anak tiri bonda gua masing-masing dah kerja.
Dah boleh bagi duit, sebagai tanda kasih sayang mereka.

Jiwa memberontak gua memang kuat, kalau tak suka memang gua tak suka.
Tak macam anak-anak tiri bonda gua yang boleh taat dan bermulut manis.


Sebusuk-busuk gua, gua tak pernah lupa berdoa untuk bonda gua.
Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Semoga dikurniakan rezeki yang berkat.
Semoga dilindungi dari sebarang kecelakaan.

Bagaimana tiada siapa yang boleh mengganti ayah dalam hati gua.
Macam tulah tempat bonda dalam hati gua.
Sampai bila-bila pon tiada yang boleh mengganti.

Gua bukanlah anak yang baik, gua tahu.
Tapi gua berjanji untuk berusaha tidak buat bonda menangis lagi lepas ni.

Hargailah bonda lu orang.
Kalau pon bukan dengan kata-kata, sekurang-kurangnya janganlah susahkan hati dia.

Selamat Hari Ibu.
Untuk ibu-ibu yang hebat diluar sana.

p/s: cinta tu sifatnya universal. kasih sayang antara ibu dan anak juga merupakan rasa cinta yang dikurniakan Allah terhadap hambaNya.

M.D


Friday, May 6, 2011

Facts About Love.

Gua rasa benda ni menarik.
Gua dapat dari sini.
Sharing is caring, yaw!








Cinta tak perlukan sebab kan?
M.D


Thursday, May 5, 2011

Kawan.

Hari tu (gua tak ingat bila), gua keluar dengan seorang member ni untuk berjumpa dengan pensyarah.
Member ni, gua kenalkan sebagai Cik Lia lah.
Bukan nama sebenar.

Dah nak tunggu bas tu punyalah lama kan,
jadi gua dan Cik Lia ni borak-borak lah.

Cik Lia bercerita tentang kisah percintaan nya yang lalu,
dan macam mana percintaan dia tu mempengaruhi hubungan dia dan kawan-kawan dia.
Dan gua pon setia saja tadahkan telinga dengar luahan rasa dia.

Cintanya Cik Lia dulu ni pada pendapat gua mungkin paranoid, takut atau ayat-ayat yang sama waktu dengannya.
Yelah, bagi gua Cik Lia ni cantik.
Mungkin sebab itu, Cintanya tu terlalu mengongkong kehidupan Cik Lia.
Sampaikan, Syah (bukan nama sebenar, cintanya Cik Lia ni lah) tak suka Cik Lia kawan dengan kawan-kawan Cik Lia tu sendiri, walau perempuan sekalipun.
Hingga, kawan-kawan baik Cik Lia semua pulaukan Cik Lia.
Sebab menyampah gila dengan perangai si Syah tu.

Malangnya, jodoh tak panjang kan.
Si Syah dan Cik Lia masing-masing bawa haluan sendiri.
Tambah malang lagi, kawann-kawan Cik Lia semua memang dah menjauhkan diri dari dia.

Cik Lia sangat terkilan dengan sikap kawan-kawan dia.
Yang mana tiada disaat Cik Lia ni perlukan mereka.
Yelah, lu orang kalau putus cinta ke apa ke mesti lu orang cari kawan-kawan baik untuk bercerita kan?
Macam tulah yang Cik Lia rasa.

Sampaikan Cik Lia cakap macam ni,

"Mie, aku tahu yang dulu mungkin pilihan aku salah. 
Aku tahu dulu mungkin sikap si Syah tu mengecewakan diorang.
Tapi, kenapa diorang tinggalkan aku saat aku perlukan diorang?"

Gua diam, gua hanya angguk-angguk, geleng-geleng.
Cik Lia sambung lagi,

"Ibaratkan lah yang jalan aku pilih ni salah. Aku jalan, aku jatuh. Aku jalan, aku jatuh.
Tak boleh ke diorang tunggu aku di hujung jalan yang salah tu, lepas tu pimpin aku balik, beri sokongan dan galakan.
Bukannya gelakkan aku, dan tinggalkan aku terkontang-kanting.
Kita bukan tahu apa yang kita buat dulu betul ke salah kan, at least let me experienced the mistakes so I won't do it again."

"Sebab tu kan Mie, aku sekarang sangat menghargai setiap kawan yang aku ada.
Tapi malangnya, masing-masing suka tikam aku dari belakang."

Apabila Cik Lia cerita macam tu kan.
Bergenang air mata gua Cik Lia bercerita macam tu.
Habis kemachoan gua masa tu.
Demm!

Teringat gua, waktu mula-mula gua nak bercinta dengan pakcik dulu.
Kawan baik gua tak suka pakcik atas sebab-sebab tertentu.
Gua sedih gilavavi masa tu, fikir kenapa kawan baik gua sendiri tak boleh terima pakcik.

Pakcik pon nasib baik jenis yang cool je.
Dia suruh gua bagi masa dulu kat kawan baik gua tu.

Nasib gua baik sikit dari Cik Lia sebab kawan baik gua tak terus tinggalkan gua.
Lepas gua cerita elok-elok.
Terangkan keadaan sebenar, macam jawab soalan shipping 10 markah tu.
Barulah keadaan kembali seperti sedia kala.

Gua memang bersyukur gila-gila apabila tengok pakcik dan kawan baik gua boleh ngam.
Dua-dua memang pentinglah dalam hidup gua.

Sumber:Tumblr

Kepada Cik Lia (kalau dia bacalah) dan mereka yang menghadapi situasi yang sama,
gua hanya mampu berkata, sabar jelah.
Dugaan yang Allah bagi tu sangat sikit, berbanding kasih sayangNya.
Masih ada lagi yang menyayangi kita, kita je yang mungkin buta hati untuk melihatnya.

Dan kepada pasangan bercinta tu,
bercinta, orang lain bercinta juga.
Tapi jangan sampai lupa kawan-kawan.

Peringatan juga untuk diri gua yang sentiasa terlupa ni.

Entri pertama gua untuk Seliparlour ni.
Salam perkenalan dari gua.

Gadis Merah Jambu,
M.D


by SeliparLOUR. Powered by Blogger.