Saturday, October 5, 2013

Letih.


Letih.

bila bicara pasal hati,

bila ada yang datang mengganti,
apakah si pengganti mampu menanti?

menanti perubahan.
perubahan pada fizikal mental zahir batin.

bukan kah "aku terima kau seadanya" ?
saat mula kita kenal.
prosa kata itu yang sering engkau ungkap.

namun.
sebaliknya.

tarikh diberi,
untuk melaksana perubahan.

bukan kata aku tak mampu.
melihat faktor sekeliling.
nilaikan.
congakkan.
takrifkan.
besar perubahan yang kau minta sayang.

tapi.
berbalik pada tuan empunya diri.

perubahan memerlukan banyak pengorbanan.
mampukah aku galas pengorbanan itu?

tapi.
berbalik pada hati.

ikhlaskah perubahan itu?
atau sekadar memenuhi hasrat hati?


yang pasti.
aku sedang mencuba.
mencuba menjadi yang terbaik.

terbaik.
pada diri sendiri.
pada keluarga.
dan pada sesiapa disi.


tulang reput, sendi karat,
walaupun serabut, aku tetap buat.

Wednesday, April 10, 2013

ihklas.

hai.

kau tahu apa makna ikhlas? aku pasti kau tahu. you can feeeeeeeeeel it. macam mana nak ikhlas dalam sebuah perhubungan? macam mana nak kekalkan ikhlas tu? how how how?

'expect less, give more'

dipendekkan katanya lagi, bagi je. nak balas ke tak, belakang cita naaaaa.

bagi aku la, lebih aku memberi dan kurang aku mengharap, aku rasa lebih lega. give more with love, kau rasa ikhlas tu best sangat. walaupun adakalanya memberi buat kau rasa rugi, tapi atlast kau akan senyum tengok orang gembira dapat apa yang kau bagi. konsep membagi ni boleh digunapakai dalam banyak aspek. sama ada kasih sayang, wang ringgit, material, dan sebagainya, asalkan kau bagi. cuma, gembira tu kau tak rasa jika kau seorang bergenetik haji bakhiliah.

mengharap pulak, kau jangan harap lelebih. orang ni, kalau dia bagi ke kita ikhlas, dia takkan ungkit ungkit tau. kalau dia bagi sebab dia tahu kita expect moreeeeee, mula lah at the end, dia ungkit. blerghhh lemas. macam aku lah. kau jangan mintak lelebih. karang aku ungkit kangggg. kakaka.

maka, mari meng-ikhlaskan diri dalam segala hal.

paham tak intipati entri aku ni? kalau tak paham, takpe. anggap je ni sebuah comeback yang ikhlas. kakakaka. kbye.

Monday, September 17, 2012

mampukah.

hati tu apa?
oh. organ dalam badan.
yg bila mana perasaan tu wujud, datangnya dr hati.
suka. duka. tawa. tangis. sumua.
datang nya dari satu tempat.
hati.


kau belai. kau cium.
indah rasa nya.
kau caci. kau hina.
pedih. rasa nya.
rasa itu datang dari satu tempat yang sama.
iaitu hati.

tapi..

nama kau nan satu dalam hati.
bahagia aku pada engkau.
tangis aku pada engkau.
susah aku pada engkau.
senang aku pada engkau.
lelaki/ perempuan.


oh. 
hati lg yang menangggung.
hati lagi yang terasa.
hati juga yang memendam rasa.


jangan pernah kau kata kau takde hati.
habis yang kau menangis tu, perasaan sedih datang nya dari mana?
yang kau pergi serang perempuan/ lelaki tu menyatakan apa kau rasa tu, datang nya dari mana? 
dari mana datang nya rasa dan perasaan itu?

ahh!
persetankan rasa hati.
kata kau pada aku.

tapi.
mampukah engaku?
mampukah aku?
mampukah kita sebagai manusia menidakkan perasaan?




mampukah?






theoryteah.
by SeliparLOUR. Powered by Blogger.