Wednesday, July 27, 2011

Ouh lelaki :D


hope you guys get what i'm trying to say :)

LOL,
little ain~

Long distance relationship jugaklahh ;p

Assamualaikum dan selamat hampir tengah malam.

Selepas aku baca previous entry inchek AJ iaitu long distance relationship, terpanggil pulak aku nak ngepos entry ni.

dulu kat dalam entry ini, aku ade tulis pasal long distance relationship ni lahh. takde lah tulis panjang berjela jela, sikit tu je. dan aku sememangnya setuju sangat lah dengan inchek AJ neh. memang betol ape yang beliau(?) cakap tu.


tapi selain dari jenis percintaan begini, ada jugak percintaan jenis lain. percintaan yang jarak jauh dan tak pernah jumpa tapi tak bercinta pon. haa ada tak korang penah rasa pengalaman macam ni?

to be honest, aku penah la kan melalui mende ni. aku cakap ni thru aku punya experience.

can we fall for someone that we have never ever met? 

 al kisah aku dengan dia, kenal kat ym since tahun 2008. waktu tu aku masih lagi di uitm dan pak pandir di mesir. everyday ym. every three or four days akan reply mesej yang berbentuk karangan spm ke mesej facebook masing masing. at early stage, tadhe lah aku rasa apa apa. biasalah, aku sembang pasal malaysia, pak pandir sembang pasal egypt. aku cakap pasal english best, pak pandir citer pasal ubat ubat segala. then, mende ni melarut larut sampai recently. dalam masa few years aku kawan ngan dia, at times pak pandir lambat reply mesej, aku rasa lost. rasa macam something is missing somewhere. then suddenly dapat wall post kat facebook saying sorry sebab takboleh nak reply and whatnot sebab exam, test, klinik yadda yadda yadda. and i felt fine. i felt happy actually. heee :D

then dari situ lah aku sebenarnya start to develop the feelings, without even noticing it coming. it was wonderful. the feeling of falling for someone that you can always talk to almost every day though you have never ever met in real life. then, kalo aku tak available kat ym, he'll send offline message, telling me this and that. to be honest, we never talk about love though i believe he sometimes leaves me some hints. it's just i was too slow to pick up the signals or i was too naive to notice that. i dont know. but all i know was that, i like him.

dan sebenarnya aku percaya cinta jenis begini memang wujud. its just jangan ambik kira lah kisah aku dan pak pandir sebab kami tak bercinta pon. i dont even know what he feels for me. maybe he just likes me as his friend, kann? or maybe he likes me but due to his condition, with distance and what not, then he doesn't want to take the risk. i dont know, i cant tell. but whatever it is, for those yang ada experience macam gini, please don't stop liking. or don't stop loving. maybe you're not that sure of what you really feel for that person. but somehow you'll find out when it's time. and, if the both of you really into each other, then just make it happen. do not be afraid of what we call long distance relationship because all you need is trust :)

good luck, people! :)

LOL,
little ain~

Monday, July 25, 2011

Long Distance Relationship


topik ni menjadi kebiasaan bagi setiap orang bercinta. banyak persoalan akan timbul dan bersarang dalam diri kalau terpaksa menghadapi situasi macam ni.


"boleh ke aku setia?"


"boleh ke aku percaya dia?"


"nanti aku rindu gila kat dia! taknak jauh jauh, tak sanggup!"


dan lain lain...


tapi korang percaya tak long distance relationship atau dalam malay adalah perhubungan jarak jauh boleh membuktikan kesetiaan korang? nak tau korang ade potensi carik lain, nak uji kesetiaan pasangan korang, korang perlu cuba untuk bercinta jarah jauh. korang tau lah seronok ataupun tak seronok bercinta jarak jauh.


bagi gua, kunci utama hubungan macam ni adalah setia, jujur dan percaya. 3 benda ni jadi kawan dalam diri gua sejak gua terpaksa berjauhan dengan Cikgu Nurul sejak lepas matrik tahun 2008. sejak dari tu, gua tercampak ke Kedah, Cikgu Nurul tercampak ke Kelantan. walaupun dalam peta nampak dekat, tapi jauh bhaiii. 6 jam pergi Kelantan dari Kedah, suku hari gua dalam bas je.


sejak gua terpaksa jauh, gua belajar cara jujur dan percaya. jujur kat diri sendiri dengan diri dia penting. kau tipu dia maknanya kau tipu diri kau sendiri, complete set kan. then kau kena belajar percayakan dia. kalau madah nak cemburu buta, tuduh melulu, kekang pergerakan die nak pergi sana sini, tak macam die lagi nak carik orang lain plak kan? ye memang potensi die untuk di'usha' orang lain tu ade. tapi rileks, kau jangan ingat die yang gatal melayan. taknak awek tak kena kacau, jangan carik yang lawa brader. simple. jangan nak hangin baran kau je boleh kasi tunjuk.


dan yang paling penting, korang setialah kat pasangan korang. kalau korang setia, pasangan korang pun akan buat yang sama.


lagipun tak semestinya hubungan jarak dekat tu menjamin kesejahteraan hubungan korang. dekat dekat pun boleh gaduh. dekat dekat pun boleh main kayu tiga. lagipun kalau dekat, tak wujud istilah rindu dalam kamus hidup korang. betul tak? kalau berbelas jam sehari tu korang jumpe tapi still rindu, aku taktau la nak cakap ape. ikat jelah kaki korang biar tak berjauhan. senang. tapi ingat, takde rindu, hubungan korang tak power sebab satu istilah penting dalam perhubungan tak wujud dalam kamus hidup korang.


gua dengan Cikgu Nurul jenis tak suka berbalas mesej, meleret leret dari awal pagi sampai lewat malam. kitorang jenis suke call. haaa kan surprise tu. anytime boleh masuk call. kalau kantoi tengah date dengan pompuan, mampuslah gua. so untuk elak kantoi, gua tak keluar dengan pompuan kecuali bagitau Cikgu Nurul awal awal.


akhir kata dari gua, kemanisan hubungan korang adalah dari perkataan rindu.


gua, AJ.

Tuesday, July 19, 2011

Bella

Nuraina Nabila. lebih mesra dengan panggilan Bella. seorang pelajar tingkatan 5 dengan perwatakan yang simple dan mudah difahami. sesuai dengan umurnya, tiada solekan berat tercalit pada wajahnya cukup sekadar bedak nipis bagi menaikkan seri pada wajahnya. pemakaiannya juga tidak terlalu ekstrim, cukup sekadar jeans dan tshirt tersarung pada tubuhnya.


keramahannya menutup segala duka yang bersarang di hatinya. keramahaannya juga tidak menampakkan kesusahan yang dihadapi malah perangai kebudak-budakannya lebih menguasai dirinya. ya, dirinya masih seperti remaja di awal umur yang tidak serius dan kuat menyakat. mungkin kerana faktor umurku yang lebih tua darinya menampakkan perangai kebudakan padanya.


lumrah remaja, cinta monyet. setiap orang pasti akan melalui ini. walaupun suka-suka, walaupun main-main, walaupun syok sendiri. begitu juga Bella. cinta monyetnya menjadikan dia mencari sesuatu untuk berhibur dan melupakan kedukaannya. menurutnya, dia dan Ejat sudah lama tidak berhubung. entahkan hidup entahkan tidak. Ejat membawa diri ke Negeri Sembilan untuk bekerja bersama abang angkat Bella. pada awal pemergian Ejat, Bella bagaikan hilang arah. menangis hampir tiap hari, dan cuba mencederakan dirinya sendiri dengan mengelar pergelangan tangannya.


walaupun sudah lama, tapi perlakuannya itu mendorong aku untuk memarahinya kerana kebodohannya itu boleh meragut nyawanya sendiri. bagi menutup kesedihan dan melupakan Ejat, dia mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan hidupnya dengan bekerja sementara. dia tidak seperti waktu remaja aku yang hanya duduk di rumah pada waktu malam. aku sangat suka akan ketabahan dan semangat yang ditunjukkan. waktu bekerja, walaupun main-main tapi keseriusan melakukan tugas diberi menampakkan kematangan dirinya.


namun kelemahan terbesarnya adalah malas belajar dan kuat ponteng sekolah. walaupun baru kenal, tanpa segan aku memarahi dan nasihatkan dia supaya pergi sekolah. berbakul nasihat aku bagi galakkan dia pergi sekolah. bukan apa, pada aku walaupun dia taknak sambung belajar lepas sekolah, sekurang-kurangnya dia ada SPM yang kuat untuk memohon kerja dan memudahkan dapat gaji lebih tinggi. walaupun pada masa akan datang, SPM tidak dipandang oleh kebanyakan majikan namun dengan ilmu itulah yang akan dia gunakan untuk melalui hidup.


aku bagi nasihat bukan sebab aku suka atau sayang dia tapi aku sayangkan masa depannya. aku taknak dia susah sama macam family dia. yelah, kalau senang mana mungkin dia bekerja lepas waktu persekolahan bukan? aku menganggap dia seperti adik aku sendiri yang perlukan bantuan menemui jalan sebenar dalam hidup.


dan daripada dialah aku mengenal erti ketabahan dan kekuatan dengan lebih mendalam. ketabahan boleh menjadi pelbagai definisi dalam satu perkataan yang sama.




gua, AJ.

Friday, July 8, 2011

The Break Up

Salam w.bt dan Good Day everybody.
WOW! Sungguh sopan aku pada kali ini, tak pernah-pernah mulakan entri dengan salam. Anjakan paradigma mungkin?

Seperti biasa, kali ni aku nak berkongsi lagi cerita atau pengalaman atau apa-apa sajalah. HAHAHA! Dan macam biasa, ini hanya pandangan aku. Mungkin ada yang setuju, ada yang tidak. Well, kita manusia maaa, mana boleh kepala semua nak sama. Kalau sama tiada bezalah kita dengan robot. Hue Hue Hue... *Gelak sambil muncung bibir*

Rata-rata semua orang pernah putus cinta kan? Heh, aku pon tergolonglah dalam rata-rata semua orang itu. Putus cinta sangatlah tak seronok, kan? Unless kau adalah seorang playar, eh player. Memang seronoklah kau main-mainkan hati orang kan? Kan?

So, how do cope with your break up? Jeng, jeng, jeng.. *Sound effect*
Ohh, ini bukan tips. Ini hanya cerita berdasarkan pengalaman aku. Jadi ada sesetengah point tu korang boleh abaikan. Tak penting pon.

1. Pada masa ni, korang rasa sedih, kecewa, marah dan sebagainya. Hoh, jangan tipu! Yang tak sedih hanyalah orang yang tinggalkan kita. Kita yang kena tinggal lah yang sedih. Ketika ini moleklah kita cuba tenangkan fikiran kita dengan kaedah yang sesuai dengan diri kita. Contoh: tidur siang 6 jam, karaoke melalak lagu leleh-leleh, tengok cerita hantu pastu jerit kuat-kuat, tak pon pergi shower menangis lah kau puas-puas sana.

2. Kawan sangat penting ketika ini. Carilah kawan yang kau rasa boleh luahkan perasaan kau. Kawan tu boleh jadi kawan baik kau, ibu ayah kau... Kalau kau malu nak kongsi cerita dengan orang, kau bentang sejadah, kau ceritalah kat kekasih yang SATU tu. Mungkin takde respon, tapi sangat-sangat melegakan. Aku selalu buat, aku tahulah. Perlu ke mention statement last tu? HAHAHA!

3. JANGAN *caps lock ni tau, maknanya penting. HAHAHA!*, jangan sesekali menzahirkan kemarahan, kekecewaan kau secara berlebihan di rangkaian sosial seperti di Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. Yelah, kau pernah bahagia dengan dia suatu masa dulu kan, alih-alih dah putus cinta kau kutuk dia kaw-kaw. Macam paria je perangai. Itulah orang cakap (bukan orang lain tapi ayah aku selalu cakap), kalau bercinta ni biarlah berpada-pada. Kalau sayang, jangan lah sampai tak tinggal langsung untuk diri sendiri. Ni dah putus cinta, orang yang dulu kau puja-puja kini dimaki-maki. What a shame... *Eh, tak macam panjang pulak huraian point ni. Kekeke...*

4. Stop stalking his/her FB profile/blog/twitter whatsoever. Kalau boleh block je terus ex kita tu. Buat apa nak jenguk-jenguk dia lagi kalau itu lagi membuatkan kita sakit hati. Biarlah dia bahagia dengan hidup dia kan, kita cari lah pulak bahagia kita yang hilang. *Ceh, ceh, ceh... Kemain lagi ayat kan.* Memang bukan senang pon nak move on, at least try lah. Bak kata Jazz Hayat, "I Stalk Your Profile When I Miss You". Kejadah?! Buat sakit hati lagi adalah.

Ini saja lah kot point-point yang aku boleh kongsi. Nak cakap lebih-lebih pon pengalaman aku bukan banyak mana pon.

Ex-bf #1: Aku yang minta putus dengan alasan konon-konon tak boleh fokus belajar. Dia sibuk, aku sibuk.
Ex-bf #2: Aku juga yang minta putus sebab aku masih ingat yang #1 tuh. Jahat gila perangai. Jangan tiru.
*Walaupun aku yang minta putus, aku pun terseksa tahu. -.-" Okay, no need further explaination.*
Ex-bf #3: Dia tak minta putus, tapi dia ada perempuan lain. Aku tahu daripada FB dia. Kecewa, terkilan semua ada. Mungkin juga balasan untuk aku kan. -.-"

Cukuplah 3 kali je putus cinta, tak sanggup dah aku diuji. *Kemain ayat kau ni nyah* HAHAHA!

Ok, sekian saja dari aku.
Doktor Cinta Pelesu.
M.D


Thursday, July 7, 2011

cinta di atas talian

peewwitt~

okeh.
straight to the point.
tajuk harini, cinta di atas talian.
pernah tak korang ada cinta atas talian?
atau pernah tak korang jumpa pasangan korang atas talian?
contoh seperti laman sosial, ruangan chatting atau blog.

persepsi orang kita berkaitan perhubungan atas talian ni adalah kurang baik.
identiti palsu adalah salah satu sebabnya.
tak kurang juga ada sesetengah pihak yang meniru identiti orang lain.
tetapi, selaku insan yang dikurniakan akal dan fikiran sempurna, kita perlu menimbang.
tidak perlulah nak menolak 100%.
setiap sesuatu ada baik buruknya.

selesai bab mukadimah.
sekarang nak masuk bab cerita.
berkaitan dengan cinta atas talian @ cyber love!

sejujur-jujurnya, aku pernah mengalaminya 2 kali.
waktu tu zaman facebook baru-baru lagi.
orang semua pakai myspace lagi.
yang 1st, cant really remember.
aku tak rasa dia friend of a friend.
waktu ni zaman tunggu result SPM.
dia ni budak johor.
tak payah la sebut nama.
btw, kitorang still contact lagi kat facebook.
kitorang tak pernah berjumpa.
memang 100% cyber.

yang 2nd, friend of a friend.
the farthest relationship i ever had.
zaman politeknik, student politeknik.
mula-mula, comment kat myspace.
then, chat dekat YM.
later, SMS kat phone.
kalau tak salah, 1 oktober 2008.
hari raya pertama.
masa tu nak balik kampung.
1st time SMS ni, takut.
then, jadi kawan.
susah senang memang aku kongsi ngan dia je.
sekarang dah tak contact.
lost contact.

itu cerita aku.
cerita korang?
pernah tak rasa cinta atas talian ni?
tak pon pernah ke cinta korang bermula dari atas talian?
cuba kongsi sikit.
tulis kat blog korang.
then, tinggalkan link kat comment bawah ni k?

demi Alif Ba Ta,
Taufiq Ahmad

Monday, July 4, 2011

Jarak.


Percintaan Jarak Jauh (PJJ) adalah satu situasi dimana korang bercinta dengan jarak jauh. OK, definisi ini memang macam haram. Sila gelak. Tapi kalau setakat seorang kat DPP Petronas, dan seorang lagi kat DPP Sime Darby, bukan PJJ namanya tu. Dalam konsep uni aku. Eh?!

Untuk tulisan kali ini, bukan kerana aku mahu berkongsi tips macam mana hendak bercinta dalam keadaan PJJ. Ini semua korang boleh tanya pakar seperti @efyna dan @ariffinjanal. Sebab kalau bab-bab bagi tips dalam sesuatu hubungan, I'm totally a LOSER. =,=" Aku mengaku tu.

Aku hanya nak berkongsi pengalaman aku yang sebesar hama mengenai PJJ ni. Kalau rasa ada input, pakailah. Kalau rasa macam sampah je entri ni, buang lah. Tapi kalau nak kongsi pengalaman kau, kotak komen ada di bawah. Sharing is caring yaw!

Daripada boyfriend yang pertama sehinggalah yang terbaru ni, semuanya PJJ. 
Ex-BF #1= Kami couple waktu form 5. Then lepas SPM aku sambung matrik di Melaka, dan dia masih di Klang.
Ex-BF #2= Kenal since form 1, tapi berpacaran masa aku sem 1 ke 2 ntah *hehe, lupa* di uni. Aku di Kedah, dia di UPM Serawak.
Ex-BF #3= Abang angkat kepada kawan aku, senior di uni tapi masa couple dia dah kerja di KL, aku di Kedah. Masa ni sem 3 kalau tak silap. Ex aku paling ****** sekali.
Pakcik,cinta-yang-aku-harap-akan-jadi-ayah-kepada-anak-anakku. *muntah!*= Kenal kat Kolam Air Panas Ulu Legong, DPP sebelah-sebelah dan sekarang ni aku di KL dia di Nilai, nanti naik sekolah dia kat Kedah pulak. HUH!

See, kesian tak aku? Apa kau ingat nak bercinta tu nak hadap muka si dia hari-hari? Bertuah lah. 

Pakcik pon ada cakap, sayang kekasih tinggal-tinggalkan. Bahagian yang paling manis sekali apabila kau berjumpa kembali *datelah!* si dia yang sudah lama tak ketemu. Aww, hilang rindu dendam I tau nyah! Euww, euww...

Tapi, sebelum manisnya pasti ada yang kelatnya kan? So how do you cope with Long-distance Relationship? Apabila jauh, mesti ada bermacam-macam perasaan dan fikiran yang cuba mengganggu kita kan? Kan? Come on lah, tak baik tipu tau.


Yeah! Tepat sekali. Bukan jarak yang merosakkan hubungan korang. Sifat ragu-ragu dan langsung tiada kepercayaan terhadap pasangan yang merosakkan sesuatu hubungan tu. Hell yeah, kata-kata dari seorang LOSER. HAHA!

Pakcik selalu pesan kat aku supaya jangan nakal-nakal sangat apabila berjauhan ni. Eh, tak boleh lah gitu sebab nature aku memang dah nakal. Cuma menggatal tu je tak. HAHA! Ok, semua ini bullshit. 

Aku takde tips yang berfaedah mengenai PJJ ni, tapi apa yang aku nak tegaskan disini sikap saling mempercayai itu sangat penting dalam konsep PJJ ni. Come onlah, kau nak ragu-ragu, dia pulang tuduh-menuduh. Serius, tak kemana lah beb. 

Jenis aku pulak, aku tak kisah dia nak keluar dengan sesiapa pon asalkan dia tahu batas kawan. Macam tu jugak aku. Aku takkan buat perkara yang aku taknak dia buat terhadap aku.

HAHA! Faham ke tak korang ni? Blur-blur je hah aku rasa?! 


Apa ada hal dengan jarak? Bercinta guna hati, tak kisahlah andai seorang di utara, seorang lagi di selatan. Erm, tapi dugaan kuat juga tu. Pandai-pandailah korang nak hidupkan percintaan korang. 

Akhir kata dari aku, 


well, bukan aku yang kata lah. HAHA! Mamat negro ni yang cakap.

Sekian, ini hanya pandangan aku. Korang?

M.D


pengorbanan cinta




Pernah tak korang berkorban pada cinta? Bukan berkorban pada pasangan korang berkaitan cinta. Ni korang korbankan cinta korang untuk sesuatu yang lain. Aku ada seorang kawan ni. Dia pernah korbankan cinta dia demi orang yang dia amat sayangi.

Cerita ni tahun lepas. 2010. Dia ngan aku dapat sambung belajar. Aku ke UTeM. Dia ke UTHM. Aku ingat lagi seminggu lepas daftar, dia SMS aku. Dia cakap ada awek cun kat kelas dia. Aku macam biasa la bergurau suruh dia kenalkan ngan aku. Padehal waktu tu aku dah ada awek. Dia cakap sorry, dia nak adjust dulu. Aku pun bagi lah dorongan. Nak tengok kawan-kawan bahagia la katakan.

Lebih kurang 1 bulan ke 2 bulan ntah. Aku tak pasti. Dia ada cerita lagi pasal awek tu kat aku. Nama dia Puteri Farisha. Dengar je nama, aku dah terbayang, mesti cun gila awek ni. Rupanya dia tengah stalk budak ni. Okeh la tu. Ambik langkah. Tapi dia kata, mungkin awek tu dah ada BF. Aku pun tanya la macam mana dia tau orang tu ada BF. Dia cakap kat FB. Orang tu selalu komen 'sayang-sayang'. Aku pun takkan nak kawan aku down. Aku suruh la dia tanya dulu. Mana tau tu BFF je ke. Then, dia setuju.

Seminggu lepas tu, aku balik Shah Alam. Bulan puasa. Aku lepak ngan dia berbuka kat luar. Dia cerita lagi pasal Risha (dah ada nama manja dah). Dia dah approach awek ni. Tapi betul, memang dia dah ada BF. Cuma kat FB diorang tak buat 'in relationship'. Tapi kawan aku ni rilex je. Sebab awek tu okeh. Boleh buat kawan. So, aku kata bagus la. Sekurang-kurangnya takde lah kau bosan sorang-sorang kat Parit Raja (kawasan UTHM) sana. Dia angguk.

Awek ni sumpah terlalu sempoi. Dia layan kawan aku baik gile. Selalu balik sini sekali. Awek ni duduk USJ. Pernah sekali tu, kawan aku ni bawak awek tu jumpa aku. Memang cantik. Tak tipu punya. Waktu tu aku bisik kat telinga kawan aku ni. "BF dia tak kesah ke kau rapat ngan dia?". Terkejut gak la aku dengar kawan aku balas. Dia kata dia dah berkenalan siap dengan BF awek tu. BF awek tu pon sempoi. Dia PERCAYA kat awek dia. Hebat tak?

Sebenarnya, lepas kawan aku ni dapat tau awek tu ada BF, dia dah tak berharap dah kat awek tu untuk jadi GF dia. But then, perasaan cinta tu muncul sedikit demi sedikit. Boleh kata kalau kat Batu Pahat sana, memang diorang berkepit je memanjang. Sampai ada orang ingat diorang ni couple, sebenarnya tak.

Mac 2011, dia call aku. Masa tu aku kat Melaka. Dia cakap dia dah tak sengaja 'fall in love' dengan awek tu. Aku ingatkan dia, yang awek tu dah ada BF. Takkan nak cintakan awek orang. Kang tak pasal-pasal kena pukul kang. Dah la Batu Pahat tu agak jauh. Siapa nak tolong kau kat sana? Lama jugak la bersembang. Dekat 1 jam. Lelaki dengan lelaki. Dah macam GAY dah. At last, aku bagi dia solution.

Aku suruh dia lupakan awek tu. Pergi kat awek tu, mintak maaf. Cakap kat dia, kau tak boleh nak stay macam ni. Mula-mula kawan aku ni macam degil. Dia risau awek tu rasa sakit hati. Tapi aku cakap kat dia. 'kau nak fikir hati dia, hati kau camane? taknak fikir?'. Takkan aku nak tengok kawan aku simpan perasaan tu dalam hati dia je. Nak luahkan dah tentu tak boleh. Awek orang kan. Kang kalau awek tu gaduh ngan BF dia kang, tak pasal-pasal lagi dia benci kau. Betul tak?
Than, masa cuti separuh sem, dia balik dengan awek tu. Turun kat Shah Alam. Dia cakap kat awek tu. Dia tak sanggup nak teruskan hubungan macam tu. Memang dalam hati dia, dah tertanam nama Puteri Farisha. Cinta pertama dia dan cinta yang teramat bermakna bagi dia. Walaupun hanya pada sebelah pihak, aku rasa memang cinta yang hadir tu teramat ikhlas dari dia. Dia sanggup berkorban demi kebahagiaan awek tu. Dia cakap :

"biarlah aku takda cinta sekarang, tapi sekurang-kurangnya aku pernah rasa cinta dan aku hargai dia seumur hidup aku"

sharing is caring,
Taufiq Ahmad


Sunday, July 3, 2011

brand new.

Hai, people! :)

Assalamualaikum.

herm herm. how do i start this? my very first entry for Seliparlour. seriously!? yes, serious. u might say i'm a new comer, but taufiq is a bit later than me. but *another but* taufiq has posted his very first entry last week. while i, on the other hand, hasn't. pathetic me, isn't it? ;p

anyway, i actually am ready with my very first entry for Seliparlour, but obviously, it's not and it can't be the first one because, i have to have an introduction entry telling you people who i am, which happened to be this entry. gosh! do you understand what i'm trying to say? because i can't quite really understand myself either ;p

right, right. cut the crap off.
*uhuk uhuk*

well, i'm little ain.
i'm the crew's friend.
the owner of always you and i ;p
our friend here, ariffin janal or the so-called AJ is my second writer ;p
i've joined Seliparlour since Jun 4th.
but, only now, after one long month, i post something in here.
really sorry for that thou i know u don't even care. hehehe :D

heee really don't know what else to say.
anyway people, i'm happy to be here.
really.
and i promise you, i'll write very often after this.

so, until next time okay :)

LOL,
little ain~

Saturday, July 2, 2011

Save The Date

these are nice words, enjoice yawww.



Tuhan jadikan kita berbeza beza,
tapi Tuhan jadikan cinta supaya kita bersatu.


wanita jangan dibilangnya cantik,
tetapi bilangnya sangat cantik.


wanita dijadikan atas nama cinta,
kalau kita cari, pasti jumpa.


"tapi jumpa yang macam mana?"
kita yang buat pilihan.


keindahan wanita tak siapa yang tahu,
tapi yang pasti dia tetap indah.


penantian ini pasti akan membuahkan hasil,
cinta takkan datang kalau tak dicari.







gua, AJ.
by SeliparLOUR. Powered by Blogger.